Thursday, January 6, 2011

Som Tam (Thai)

Bahan-Bahan:

½ biji betik muda
Tomato (pilihan)
5 ulas bawang putih kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak udang kering (agak-agak)
10 tangkai cili padi (ikut selera)
3 sudu kicap sotong
3 sudu gula kabung (warna putih dan likat)
2 sudu jus limau nipis sedikit perasa
kacang panjang
kangkung

Cara:

Betik diparut.
Masukkan bawang putih dan cili padi ke dalam lesung kayu dan tumbuk kasar.
Masukkan gula kabung (kalau nak real cari gula kelapa), jus limau nipis dan kicap sotong, gaul biar sebati.
Masukkan kacang tanah, kacang panjang tumbuk kasar & akhir sekali masukkan betik yang telah di parut dan tomato gaul biar sebati.
Tuangkan ke dalam bekas untuk dihidangkan.

Cadangan Hidangan:


Dihidangkan bersama kangkung.

No comments:

Post a Comment