Wednesday, January 5, 2011

Resepi Bebola Roti

Ini resepi yang aku kumpul dari yahoogroup penawarku…. Lama dah

Resepi hari ini ialah Bebola Roti. Sesiapa yang berminat nak membeli Kek Lapis Medan, Indonesia (Halal) sila email saya untuk tempahan dan keterangan lanjut. Terhad KL/Selangor saja.

Bahan-bahan

1 kg tepung gandum
100 gm ibu roti
sedikit garam
4 gelas air
10 biji telur, dipukul

2 camca sedang serbuk lada sulah
4 biji bawang besar, dipotong dadu
3 tangkai cili merah, dipotong
3 tangkai cili hijau, dipotong
Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakannya:

Pukul telur bersama serbuk lada sulah, garam, cili hijau, bawang besar dan cili merah. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng telur dan hancur-hancurkan. Ketepikan. Tepung diayak dan diuli bersama air, garam dan ibu roti. Biarkan hingga tepung naik. Kemudian bulat-bulatkan tepung dan goreng hingga kuning. Angkat. Apabila roti sejuk, potong melintang ditengah-tengah roti dan bubuh inti telur tadi.

Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment