Monday, January 31, 2011

5 Tip Kewangan Yang Bagus

Kekayaan bukan sahaja bererti berapa banyak kita peroleh pendapatan, tetapi, berapa banyak kita boleh menyimpan.




Mudah-mudahan tip kewangan ini memberi manfaat kepada anda ;)

5 Tip Kewangan Yang Bagus

  1. Biar hidup sederhana, rumah sederhana, kereta sederhana, tetapi tak berhutang. Daripada hidup mewah, rumah besar, kereta hebat, tapi hutang keliling pinggang dan terkejar-kejar nak bayar payment setiap bulan! Ramai orang 'kaya' hidup begini.
  2. Bagi yang dah berkeluarga, pengurusan wang adalah tanggungjawab semua suami, isteri & anak-anak. Kalau anda bijak urus wang, tapi ahli keluarga lain tak pandai, bocor juga. Sering bawa berbincang isu wang dengan pasangan. Mulakan didikan wang kepada anak-anak pada umur yang muda. Galakkan mereka menabung & hargai wang yang diberi. Bila bebas kewangan bukan anda sorang-sorang tetapi satu keluarga.
  3. Awal tahun, kita sering ada matlamat kewangan. Seperti, pendapatan bertambah dengan 30%, atau tambahkan keuntungan perniagaan kepada RMxxxxx dan sebagainya. Kita sering fokus pada berapa banyak kita nak DAPAT. Tapi jangan lupa, kita juga kena letak matlamat berapa banyak kita nak JIMAT! Kerana kalau banyak yang kita DAPAT, tapi tak banyak yang kita JIMAT, maka tak guna juga.
  4. Apa sahaja yang tidak diingini terjadi, yakin bahawa ada hikmah sebaliknya! Sekiranya tertutup satu pintu rezeki, terbuka lagi beberapa tingkap rezeki yang lain. Don't worry! Rezeki Allah yang beri. Kita cuma perlu berusaha dan bertawakal saja.
  5. Prioroti utama adalah lindungi diri sendiri dulu dengan simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk menyara diri (dan keluarga) 3-6 bulan. Kemuaidn baru fikirkan, nak melabur, atau nak mulakan perniagaan (yang memakan modal besar) atau beli barangan besar seperti rumah atau kereta baru. Nama pun simpanan kecemasan…kalau takde, memang bahaya untuk diri!


Sekian, itu saja untuk tip kali ini. Harap ada manfaat.
Oleh : Dr Irfan Khairi

__._,_.___

No comments:

Post a Comment