Bahan-bahan
1 ekor ikan lampan jawa seberat 600 g (atau ikan kesukaan anda)
10 biji cili hijau
4 sudu besar tauchu
2 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
Sedikit halia
Sedikit asam jawa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Cara Menyediakkanya:
1. Ikan dibersihkan dan dipotong ikut suka.
2. Cili hijau dibelah dua, bawang putih, halia, dihiriskan dan bawang merah dipotong membulat.
3. Goreng ikan sehingga garing. Setelah ikan masak, angkat dan asingkan.
4. Di dalam kuali yang sama, masukkan bawang besar, bewang putih dan halia dan goreng hingga kekuningan.
5. Selepas itu masukkan taucu dan kacau buat sementara waktu. Kemudian masukkan air asam jawa dan garam.
6. Apabila mendidih bolehlah diangkat dan dituangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
Selamat Mencuba
No comments:
Post a Comment