Wednesday, January 5, 2011

Resepi hari ini ialah Ayam ala Afrika

Resepi ini aku kumpul dari yahoogroup penawarku. Pun dah lama jugak.

Resepi hari ini ialah Ayam ala Afrika

Bahan-bahan

1 ekor ayam sederhana

1 batang karot-potong besar

2 biji kentang-potong besar

1 sudu makan rempah kari daging

2 biji tomato-potong kiub

2 biji bawang besar-potong kiub

Minyak masak 2/ 3 sudu

Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih

Cara Menyediakannya:

1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar dan bahan tumis.

2. Bila sudah lembut-kekuningan masukkan rempah kari. Tunggu sampai pecah minyak masukkan tomato.

3. Biar hancur sikit baru masuk ubi kentang dan carrot serta ayam. Tambah air kalau perlu.

4. Masukkan garam dan biar masak perlahan atas api.

Sedap dimakan bersama nasi atau roti.

Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment