Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Tuesday, August 16, 2016

BETUL KE MAKANAN SUNNAH?

Pertamanya ingin kami jelaskan yang kami bukan nak sabotaj penjualan makanan tambahan.

Ramai orang kita berminat dengan pemakanan sunnah. Jualan makanan sunnah pun dah jadi industri besar sekarang.

Tapi betul ke ambil suplemen itu bermakna anda ikut sunnah dan mendapat kelebihan pemakanan sunnah?

Tahukah anda bagaimana pemakanan sunnah sebenarnya?

Pemakanan sunnah bukan terletak pada jenis pilihan makanan, tetapi cara pemakanan.

Nabi (SAW) sebenarnya sangat kurang makan. Baginda lebih kerap berpuasa daripada makan.

Ingat kisah Nabi ikat beberapa ketul batu di perut demi menghilangkan lapar? Ingat kisah isteri baginda Aishah yang menceritakan dapur di rumah Nabi tak berasap selama beberapa bulan, mereka bertahan dengan memakan air dan kurma sahaja?

Nabi (SAW) kita makan sikit, makan makanan yang baik (zaitun, kurma, gandum), pernah menggunakan madu dan cuka sebagai ubat, namun baginda (SAW) tak makan semua itu setiap hari.

Kita ni bagaimana pula?

Kita ni makan banyak; selagi tak tersandar dan tak sendat kancing pinggang kain dan seluar memang takkan berhenti. Makan daging setiap hari kalah harimau. Makan nasi berpinggan-pinggan kalah buruh kasar atau kerja sawah. Jenis makanan pula semua bantai, lagi berproses lagi suka. Tak cukup makan di luar, siap tapau pula sambung makan di rumah.

Bila dah datang semua penyakit barulah sedar diri. Ubat tak mahu ambil tetapi nak amal pemakanan kononnya makanan sunnah. Cara pemakanan masih tak ikut cara Nabi. Cuma beli pemakanan segera daripada tin berlabel sunnah.

Nabi tak ajar begitu. Nabi ajar cara hidup sihat dengan kurangkan makan, lebihkan kerja. Bukan makan belasah semua, lebihkan berehat kemudiannya berlakon dengan pengambilan makanan segera dalam tin konon sunnah. Salah konsep tu.

Masih belum terlambat nak berubah. Jika sudah pun datang penyakit, ambillah ubat mengikut nasihat doktor. Ubah cara pemakanan, banyakkan berpuasa. Lebihkan ibadah, lebihkan kerja, ubah gaya hidup. Setelah badan kembali sihat, besar kemungkinan ubat-ubatan doktor boleh dikurangkan.

Nabi SAW ajar makan untuk hidup. Tapi umat Nabi SAW hidup untuk makan.

Dr Hana Hadzrami
Pakar Anestesiologi & Rawatan Rapi

Friday, August 12, 2016

DURIAN DAN NANGKA MENJADI PEMBUNUH

Oleh: Dr Mohd Syamirullah

Sejak seminggu dua ini, di hospital tempat saya bertugas,  kami mendapati peningkatan kes-kes jantung (serangan jantung dan tekanan darah tidak terkawal), kencing manis (diabetis ketoacidosis dan paras gula tidak terkawal) yang sangat ketara. Saya sendiri selaku pegawai perubatan nefrologi (buah pinggang) menerima beberapa kes pesakit buah pinggang yang berkomplikasi sehingga ada yang terpaksa dihantar ke hospital besar, bahkan ada yang meninggal dunia.

"Makcik nak makan durian..dah sembilan tahun sejak dia disahkan menghidapi penyakit buah pinggang, dia tak pernah sentuh durian. Jadi semalam dia minta kat anak dia..makan seulas sahaja.. sedar-sedar pagi ini dah keletihan, sesak nafas, sakit dada." ujar seorang gadis muda, sambil mengurut-urut dada ibunya yang laju.

Pesakit ini datang ke jabatan kecemasan dengan bacaan serum potassium setinggi 7.3. Rentak jantungnya (ECG) menunjukkan sinus arrest, dengan kadar denyutan jantung hanya 32 per minit. Hemodialisis kecemasan dilakukan, hanya menurunkan bacaan serum potassium untuk sementara sahaja sebelum kembali meningkat.

Beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung (cardiogenic shock).

POTASSIUM

Ada banyak jenis mineral dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Kalsium, fosfat, magnesium, potassium, sodium adalah diantaranya. Kesemua galian dan garam mineral ini, dikawal kandungan dan kuantitinya oleh buah pinggang kita. Tidak boleh terlalu kurang, dan tidak boleh terlalu lebih.

Potassium, adalah sejenis bahan galian dan unsur elemen yang penting bagi tubuh manusia. Ia bertanggungjawab ke atas fungsi otot untuk mengecut (contraction). Kekurangan potassium, dipanggil hypokalemia, contohnya disebabkan muntah atau cirit birit yang berterusan boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah, sengal dan lenguh seluruh badan, cramping dan muscle ache (myalgia).

Terlebih potassium pula, dipanggil hyperkalemia, boleh membahayakan nyawa kerana ia mengganggu fungsi contraction otot jantung. Hyperkalemia, adalah sebuah medical emergency yang perlu dirawat SEGERA, kerana ia boleh menyebabkan cardiac arrhythmia bahkan asystole.

Bagi orang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, khususnya end stage yang bergantung kepada dialisis, mereka ini tidak lagi boleh menghasilkan air kencing. Tubuh badan mereka tidak lagi boleh mengeluarkan bahan-bahan kumuh yang antaranya terdiri daripada garam mineral dan zat yang berlebihan ini. Dalam kes ini, potassium.

Umum mengetahui, bahawa antara makanan yang paling banyak mengandungi potassium, adalah pisang. 100 gram pisang, mengandungi 358 mg potassium. Yang keduanya, adalah sayur bayam (spinach). 100 gram bayam mengandungi 558 mg potassium.

Namun tak ramai yang mengetahui, dua jenis buah-buahan tempatan kita sebenarnya mempunyai kandungan potassium yang tinggi. 100 gram durian mengandungi 436 mg potassium, iaitu lebih tinggi dari pisang. Begitu juga dengan nangka, 100 gram nangka mengandungi 448 mg potassium, lebih tinggi dari keduanya.

Atas sebab itulah, saya menggesa kepada anda yang mengenali sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga, jiran mahupun rakan yang menghidapi penyakit kerosakan fungsi buah pinggang, khususnya yang bergantung kepada diaisis, agar BERPANTANG buah-buahan ini. Ia boleh meragut nyawa mereka.

BERPANTANG dalam erti kata mengurangkan atau kalau boleh, berhenti terus pun tak apa. Mungkin sekali sekala hanya dalam kuantiti yang sedikit, bukannya sekaligus. Secara kasarnya, pesakit buah pinggang tetap memerlukan dietary potassium yang mencukupi, iaitu sekitar 1500 ke 2000 mg sehari. Pendek kata jika pesakit mahu makan durian, maka kurangkan makanan high potassium lain seperti yang dinyatakan di atas.

Jangan pula tengahari sudah makan gulai nangka, malamnya hendak menjamah durian pula!

Saya kongsikan di sini, sebuah case study yang berlaku di sebuah hospital di tanah air : http://e-mjm.org/2011/v66n1/Hyperkalaemia.pdf

Bahkan sebenarnya, KURMA yang kita selalu makan, mengandungi kandungan potassium yang jauh lebih tinggi. 100 gram kurma mengandungi 656 mg potassium, hampir dua kali ganda pisang.

Cumanya, kita lazimnya jarang mengambil kurma dalam kuantiti yang banyak mencecah 100 gram. Kita biasa makan ketika berbuka puasa dalam jumlah kiraan ganjil sahaja, kerana itu ia jarang memberi kesan kepada kita.

Namun awas, kerana mutakhir ini ada banyak produk yang memproses kurma. Ada yang dijadikan jus yang sudah tentu memekatkan konsentrasi potassium yang ada didalamnya. Ada yang menjadikannya cokelat, ada yang diproses dalam minuman seperti kopi dan sebagainya.

Tapi, kurma kan makanan Nabi? Makanan "sunnah"? Mustahil lah ia boleh bawa keburukan.

"Itula dengar sangat cakap doktor ni, doktor ni semua kan belajar ilmu dari yahudi, sampai tak reti nak bezakan mana sunnah. "

Dalam bidang toksikologi, kita ada sebuah prinsip asas yang dipanggil sola dosis facit venenum, bermaksud "the dose makes the poison."

Kita juga ada dalam bidang farmakologi, sebuah subbidang khas dipanggil farmakokinetik yang mengkaji tentang bagaimana tubuh badan manusia memproses setiap bahan khususnya ubat-ubatan.

Setiap tubuh badan manusia secara individu, mempunyai kapabiliti tersendiri memproses setiap bahan yang ada.

Bagi manusia yang sihat seperti kita, habiskan sebijik durian pun tak apa. Kerana buah pinggang kita sihat, ia boleh mengkumuhkan dan membuang potassium berlebihan.

Tetapi bagi pesakit ESRD, ini tidak boleh bagi mereka. Mereka tidak boleh mengkumuhkan potassium, sebab itulah hatta seulas durian pun boleh membahayakan nyawa mereka.

Begitu juga dengan pesakit ESRD dan kegagalan fungsi jantung. Mereka ini, PANTANG air berlebihan.

Air, benda yang bagus bagi manusia. Bahkan kita digalakkan meminum sehingga 4 litre air sehari.

Tetapi ini, tidak benar bagi pesakit ESRD dan CCF. Mereka ini, hanya dibenarkan meminum sekitar 500ml air sahaja. Sekiranya lebih, air ini tidak dapat dikumuh keluar dan akan berkumpul di kaki sembab, bahkan sehingga ke paru-paru menyebabkan sesak nafas.

Begitu juga contoh seterusnya, nasi untuk pesakit kencing manis. Benar, nasi tu makanan berkhasiat dan berzat. Namun sudah tentulah pesakit kencing manis, tidak boleh mentekedarah nasi seperti orang sihat.

Atas sebab itulah, saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada kita semua, agar BERHATI-HATI dengan sesetengah pihak yang bermotifkan keuntungan menjual "bahan-bahan beracun."

Mereka ini mengambil kesempatan atas keterdesakan dan atas nama "ikhtiar" seorang pesakit, serta memanipulasi dan memomokkan dengan ketakutan ke atas "bahan kimia".

Bahkan ada yang sanggup menggunapakai nama agama. Arwah seorang ahli keluarga saya sendiri, antara yang terpedaya, mengamalkan "kopi habbatussauda" kerana terpengaruh dengan dakwaan penjualnya bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi yang dihidapinya. Beliau dihasut dengan dakwaan ubat hospital tidak boleh menyembuhkan, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dsb, dan disuruh mengamalkan 'perubatan sunnah' iaitu habbatussauda. Kesudahannya, kombinasi darah tinggi yang tidak terkawal dan faktor pengambilan kaffein yang berterusan, beliau meninggal dunia akibat strok (angin ahmar).

Berhati-hatilah dengan apa sahaja yang dipanggil "natural" kerana apa yang "natural" bagi seorang, mungkin menjadi "pathological" bagi seorang yang lain.

Dapatkan nasihat doktor YANG MERAWAT ANDA, bukannya orang sebarangan, hatta saya sekalipun sering ditanya di FB "bolehkah saya ambil supplemen ini", saya tidak akan menjawabnya kerana saya tidak mempunyai maklumat mengenai kesihatan orang yang bertanya. Saya tidak tahu fungsi buah pinggang anda normal atau tidak, fungsi hati anda ok atau tidak, apa masalah kesihatan yang anda ada.

Akhir kata, orang yang bertanggungjawab atas kesihatan anda, first and foremost adalah diri anda sendiri. Justeru buatlah pilihan yang selamat dan letakkanlah kepercayaan kepada orang yang betul. Kerana in the end, yang akan menanggung kesannya, adalah anda sendiri.

Monday, March 26, 2012

‎10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Saturday, March 17, 2012

GOOD INFOR: Air dimasuki lalat boleh diminum

From: Blogger

[TAZKIRAH] Air dimasuki lalat boleh diminum

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Apabila lalat masuk ke dalam minuman kamu, hendaklah ditenggelamkannya, kemudian dibuang lalat itu kerana sesungguhnya salah satu sayapnya mengandungi penyakit dan satu lagi mengandungi ubat." (Sahih Bukhari)

Posted By Blogger

Written by Syihabudin Ahmad

Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda:

“Sekiranya seekor lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang dari kamu, maka celuplah ia. Kemudian buanglah ia kerana salah satu sayapnya mempunyai racun, dan disebelah yang lain mempunyai penawar.”

[Hadis Sahih Riwayat Bukhari (3320), Abu Daud (3844), Ibnu Majah (3505)]

PENGERTIAN UMUM

Hadis ini menjelaskan, sekiranya lalat termasuk ke dalam bekas minuman, maka janganlah tergesa-gesa memandang hina makanan tersebut lalu membuangnya, bahkan perlulah mencelup atau menyelamkan lalat itu di dalam bekas terlebih dahulu, kemudian barulah membuang serangga tersebut. Tidak menjadi masalah untuk meneruskan makan dan minum di dalam bekas yang pernah mengandungi lalat. Ini adalah disebabkan, sebelah kepak sayap lalat yang jatuh ke dalam air itu mengandungi racun, manakala disebelah lain pula mengandungi penawarnya.

KEFAHAMAN HADIS

KELEBIHAN LALAT

Disebutkan di dalam kitab Musnad Abu Ya`la:

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. telah berkata:

Umur lalat adalah selama 40 malam, dan kesemua lalat akan berada di dalam neraka kecuali lebah

[Ibnu Hajar mengulas: Sanad hadis ini tidak mengapa]

Keberadaan lalat di dalam api neraka bukanlah untuk di seksa, bahkan ia ditempatkan disana bagi menyeksa ahli neraka.

Sains moden pula, menjadikan lalat buah, khususnya "drosophila melanogaster" sebagai bahan kajian utama bagi mengenali penyakit dan penawar bagi manusia. Nabi Muhammmad dalam hadis ini menyebutkan berkenaan rahsia lalat dalam konteks perubatan dan ahli-ahli sains membuktikan kebenarannya pada hari ini.

HUKUM AIR YANG MENGANDUNGI LALAT

Majoriti ulama berpandangan: Air yang sedikit tidak menjadi najis sekiranya dimasuki dengan sesuatu yang tidak najis. Oleh itu, air yang mengandungi lalat tidaklah najis, kerana menjadi suatu kemustahilan apabila Rasulullah mengarahkan umatnya mencelupkan sesuatu najis ke dalam air minuman. Ibnu Qayyim mengulas: ini adalah pendapat majoriti ulama yang tidak diketahui dari mana-mana salaf yang berselisih terhadapnya.

Sebahagian ulama yang lain pula berpandangan: Tujuan hadis ini bukanlah untuk menjelaskan kesucian air, tetapi menerangkan cara perubatan yang disebabkan oleh masalah lalat. Ibnu Hajar mengulas: ini adalah pendapat yang benar, akan tetapi tidaklah terhalang dari mengambil hukum yang lain.

KELEBIHAN MENCELUP LALAT

Mampu mengeluarkan penawar yang ada di sebelah sayap lalat yang terjatuh di dalam air. Bahkan, makanan atau minuman itu pula boleh diminum mengikut kadar kesanggupan.

MENJAWAB DAKWAAN ORANG YANG MENENTANG HADIS INI

Sebahagian orang Islam dan orang bukan Islam telah memperolok-olokkan hadis ini. Diantara mereka, ada yang mengatakan:

Bagaimana boleh berkumpul antara racun dan penawar pada sayap lalat? Bagaimana pula lalat boleh tahu sehingga dia mampu mendahulukan sayap yang mempunyai racun dan melambatkan sayap yang mempunyai penawar? Apa yang membuat ia begitu pandai??

Imam al-Khatabi berkata: “Ini adalah pertanyaan orang yang benar-benar jahil atau memang hanya berpura-pura jahil. Seorang yang dapat merasai kehidupan dalam dirinya dan kehidupan keseluruhan haiwan, dia akan mendapati bahawa terkumpulnya hawa panas dan sejuk, kering dan basah yang saling berlawanan dimana apabila bertemu maka akan saling merosakkan. Tetapi Allah mampu untuk menyatukannya dan menjadikannya sebagai kekuatan haiwan agar tidak ada orang yang akan mempertikaian akan terkumpulnya penyakit dan ubat dalam satu haiwan. Dialah yang memberi ilham kepada lebah untuk membuat rumah yang sangat menakjubkan serta mengeluarkan madu dan Dia juga yang memberi ilham kepada semut agar mencari makanan rujinya serta disimpan untuk keperluan hidupnya, Dialah yang menciptaan lalat dan mengajarnya agar mengedepankan sayap penyakit terlebih dulu kemudian sayap penawarnya. Semua itu adalah keinginan Allah untuk menguji hamba-Nya supaya wujud ta’abbud (ibadah). Pada segala sesuatu terdapat pelajaran dan hikmah. Dan tidak ada yang dapat memahaminya kecuali orang-orang yang berakal

[Maalim Sunan 4:239]

Ibnu Jauzi Juga mengatakan: Apa yang disebutkan itu tidaklah aneh, kerana lebah pun mengeluarkan madu dari bahagian atasnya, dan mengeluarkan racun dari bahagian bawahnya.

KAJIAN SAINTIFIK

Kajian saintifik telah mendapati bahawa, lalat akan mengeluarkan unsur-unsur kecil dari jenis enzim yang dinamakan bacteriphages iaitu, suatu organisma kuman yang merosakkan hidupan lain. Ianya merupakan kuman yang sangat kecil, bersaiz panjang 20;25 mµ. Oleh itu, apabila lalat jatuh ke dalam air, hendaklah lalat tersebut dicelup kerana ia akan mengeluarkan kuman bacteriphages yang menentang bakteria perosak.

Pernah terjadi di Negara India pada tahun 30an. Mereka dilanda wabak taun (Kolera). Sehinggakan, ada yang mengatakan; rakyat india akan mati disebabkan taun. Dan lalatlah puncanya, lalat tidak menyihatkan dan tidak pula menyembuhkan.. semua rakyat akan mati..

Namun, selepas dua minggu, pengamal perubatan telah mendapati rakyat India semakin pulih. Mengapa? Ada sebab: kerana lalat telah menukar bakteria yang menyebabkan penyakit ini. Dan menukarnya menjadi sesuatu yang lain, yang dinamakan bacteriphages yang membunuh bakteria menggunakan sayap kedua. Lalat turun ke sumur-sumur, dan masuk ke dalam air dan membunuh bakteria. Rakyat India minum, dan mereka sembuh. Bermulalah kesihatan secara perlahan-lahan dalam tubuh mereka.

[Mausuah Az-Zahabiah:1017]

M.A. Stewart, pada tahun 1934, mendapati lalat berbentuk larva, ketika ‘dicelupkan’ ke dalam luka-luka, mengeluarkan bahan ammonia dan kalsium karbonat yang menjadikan luka itu alkali. Di dalam keadaan ini kuman-kuman dapat dibunuh di samping meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel. Di samping itu larva-larva ini berperanan menelan kuman-kuman bakteria dan membunuhnya. S.W. Simmons pada tahun 1935 pula mendapati, lendir yang dikeluarkan oleh larva mampu membunuh kuman-kuman bahaya seperti Staphylococcus aureus, Haemolytic streptococci dan Clostridium welchii. Tambahan daripada itu, pada tahun yang sama, W. Robinson mendapati larva juga mengeluarkan allantoin. Allantoin merupakan bahan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel. Penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku Insect Immunology karangan Edward Steinhaus.

Penemuan-penemuan ini menjadikan larva lalat begitu popular digunakan bagi merawat luka-luka terutamanya pada tahun 1930-an. Walau bagaimanpun popularitinya mula menurun selepas penemuan ubat-ubat antibiotik. Baru-baru ini, bermula tahun 1982, penggunaan larva menjadi popular semula berdasarkan kajian-kajian saintifik terkini. Hal ini dilaporkan oleh Fakulti Perubatan Universiti Indiana di Sound Medicine: October 10, 2010

Sebagai contoh, ia dicadang untuk digunakan bagi merawat luka disebabkan kencing manis. Hal ini dilaporkan dalam jurnal Diabetes Health terbitan Mac 1995. Antara institusi perubatan yang telah menggunakan pendekatan ini ialah Long Beach Veterans Affairs Medical Center. Di Belanda pula pakar-pakar perubatan melaporkan mereka berjaya merawat sebelas kes luka yang teruk dengan menggunakan larva lalat. Kaedah ini berjaya mengawal infeksi kuman dan menyelamatkan kes-kes ini dari pembedahan amputasi. Hal ini dilaporkan dalam jurnal Clinical Infectious Diseases.

Wallahu Alam.

________________

Syihabudin Ahmad Mohd Yatim.

Kuliah Dirasat Islamiah, Syukbah Syariah Islamiah,

Universiti al-Azhar Dumyat.

Rujukan :

· Ar-Ruh wal Raihan Fi Ahadis Ahkam , Dr Syed Ahmad Muhammad Sahlul, Dar al-Islamiah , Cetakan Pertama 2011.

· Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, Dr. Danial bin Zainal Abidin. Terbitan PTS Publication.

Sunday, March 11, 2012

Mati pucuk di malam pertama...



HUBUNGAN seksual adalah ibadah yang memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan suami isteri.

Untuk menunaikan apa-apa ibadah, persediaan dan persiapan itu penting. Ini boleh dilakukan dengan mudah dan dalam keadaan selesa untuk kedua-dua pasangan.

Dalam melakukan persediaan, setiap pasangan disarankan merujuk kepada buku ilmiah yang sahih untuk mendapat panduan.

Mereka juga dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan cerita yang bukan-bukan mengenai hubungan intim.

Perkara yang seronok itu sudah semestinya sempurna lebih-lebih lagi dalam keadaan bersedia.

Yang pasti, malam pertama memberi banyak cabaran kepada suami dan isteri, lebih-lebih lagi jika kedua-dua mereka jahil tentang bermain cinta.

Seandainya suatu ketika dahulu mereka hanya boleh melihat wajah walaupun dengan batasan tertentu, kini mereka boleh melihat keseluruhan tubuh badan waima aurat juga tiada batasan.

Dahulu jika berdua mereka mesti ditemani dengan mahram wanita itu, tetapi kini mereka boleh berdua-duaan dan bersentuhan seluruh badan sehingga ke peringkat persetubuhan.

Begitupun, tahukah anda, malam pertama bukan sahaja memberi penuh makna serta debaran kepada isteri, malah situasi tersebut sebenarnya turut berlaku kepada suami.

Menurut Profesor Emeritus Dr. Mohd. Ismail Tambi dalam penulisannya yang bertajuk Adab Malam Pertama, beliau menyenaraikan tiga dilema yang sering dihadapi suami ketika menghadapi malam pertamanya.

*Tekanan

Masalah boleh berlaku jika suami terasa tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya iaitu melakukan hubungan seksual.

Sekiranya suami gemuruh, dia akan kehilangan rangsangan dan ketegangan atau ereksi. Rangsangan dan ketegangan itu akan kendur dan hilang kekerasan.

Seterusnya suami akan gagal untuk melakukan penembusan faraj yang biasa dikaitkan dengan malam pertama kepada isteri.

Keadaan ini dikenali sebagai 'mati pucuk malam pertama.' Tetapi dalam keadaan penuh yakin dan bersemangat kejantanan, ereksi akan kembali segar dan hubungan seksual suami isteri akan dapat dilakukan.

l Masalah ejakulasi

Suami berasa amat teruja sehingga belum pun sempat menyalurkan ereksinya, klimaks telah pun berlaku.

Kadangkala perasaan teruja itu amat ketara sehingga ejakulasi boleh berlaku secara spontan apabila isteri memegang alat kelamin suami.

Bila suami dapat mengatasi kelemahan daya kawalan ereksi dan dapat mengawal ejakulasi maka masalah itu akan menjadi terkawal.

l Kurang keyakinan

Suami amat yakin dengan kemampuan ereksi dan kawalan ejakulasi tapi masih juga terpancut awal dan hilang daya ereksi apabila dia gagal untuk menembusi faraj isteri.

Suami terasa seperti ada sesuatu yang menghalang di depan pintu faraj dan mula berasa tidak yakin tentang kemampuannya untuk melakukan penembusan dan mengawal ejakulasi.

Perasaan kurang yakin itu akan membuatkan suami hilang kemampuan mencapai ereksi dan kesudahannya dia akan mengalami mati pucuk.

Dalam hal ini, seorang isteri yang tahu memainkan peranan dalam persetubuhan dapat berinteraksi bersama suaminya dengan selesa. Jika tiada apa-apa halangan, dia boleh mencapai klimaks atau mendapat kepuasan dalam hubungan intim itu.

Ini secara tidak langsung, isteri dapat membantu suami mengatasi masalah malam pertamanya.

Saturday, March 10, 2012

Khasiat Kayu Manis untuk Ubat Diabetes

Oleh: Genisha Mahananda

Siapa kata ubat diabetes sukar dan mahal??

Rawatan diabetes boleh menggunakan kayu manis. Kayu manis adalah jenis rempah-rempah utama yang banyak digunakan sebagai bahan pemberi aroma dan citarasa dalam makanan dan minuman, bahan aditif pada pembuatan minyak wangi, ubat-ubatan serta dapat diolah menjadi anti mikrob. Menurut kajian beberapa ahli, kayu berkulit kasar itu ternyata tersusun dari sinamaldehid , turunan dari senyawa fenol .

'Cinnamon variaties' photo (c) 2009, Robin - license: http://creativecommons.org/licenses/by-sa/2.0/

Di dunia perubatan, sinamaldehid diketahui mempunyai sifat anti-agregasi platelet dan sebagai vasodilasator secara in vitro . Platelet adalah kolesterol yang menempel pada pembuluh darah. Agregasi (pengumpulan) platelet menyebabkan terjadinya aterosklerosis atau lemak mengeras di pembuluh arteri.

Kerana kandungan tersebut, banyak manfaat dari pengambilan kayu manis, misalnya untuk mengurangkan risiko aterosklerosis dan strok. Selain itu, rempah-rempah bernama latin Cinnamomum burmannii ini ternyata juga sudah sejak lama dipercaya dapat mengubati kencing manis ( diabetes mellitus).

"Rempah-rempah dengan aroma manis ini bekerja terhadap pankreas," kata pakar naturopati DR dr Amarullah Siregar. Pankreas adalah organ tubuh yang menghasilkan insulin. Hormon insulin berperanan sebagai semacam kunci untuk memasukkan gula darah ke dalam sel-sel tubuh. "Dengan insulin, gula yang terdapat dalam darah diolah menjadi tenaga sehingga tidak mengendap dalam sel-sel darah," kata Amarullah.

Pada pesakit kencing manis, tubuh mengalami gangguan sehingga tidak boleh menghasilkan insulin secukupnya atau sensitiviti tubuh terhadap insulin berkurang sehingga kadar gula darah tetap tinggi kerana tidak boleh masuk ke dalam sel-sel.

Menurut DR dr Amarullah Siregar, kayu manis mempunyai kesan biomolekuler di pankreas. "Kayu manis mengandungi bahan kimia yang disebut PTP1B yang bekerja mengaktifkan senyawa di pankreas dengan cara mengaktifkan sel beta yang berfungsi menghasilkan insulin," ujarnya. Selanjutnya, insulin akan membuka pintu sel darah merah sehingga gula boleh masuk dan diubah menjadi tenaga.

Sebatian PTP1B juga bekerja di sel alfa yang berfungsi membantu hati menghasilkan glikogen. "Sel ini mengubah gula menjadi glikogen atau cadangan tenaga," kata Amarullah. Ia menambah, berbeza dengan ubat-ubat diabetes yang langsung menurunkan gula darah, ubat herbal seperti kayu manis bekerja dengan cara mengoptimalisasi fungsi organ tubuh yang masih baik. "Kenaikan kadar gula darah hanyalah simptom dari gangguan insulin. Sumbernya adalah pankreas yang bermasalah. Kerana itu, fungsi pankreas harus diperbaiki, "katanya.

Para Ilmuwan di Amerika mendakwa bahawa satu sudu teh kayu manis sehari boleh membantu mencegah diabetes. Penyelidik dari US Agricultural Research Services 'nutrition laboratories di Beltsville, Md., mencari kalau ekstrak kayu manis boleh meremajakan kemampuan tubuh agar lebih responsif terhadap insulin. Faktanya, hasil percubaan di makmal menunjukkan bahawa pemprosesan glukosa meningkat hingga 20 kali ganda. Kesan ini disebabkan oleh kandungan methylhydroxy chalcone polymer yang terdapat di dalam kayu manis. Hasil percubaan pada tikus menunjukkan bahawa konsentrasi glukosa darah yang tinggi menurun dramatik setelah pemberian turunan kayu manis tersebut.

Kajian lain dari Pakistan juga menunjukkan penurunan kadar gula darah puasa, trigliserida, kolesterol jahat LDL dan kolesterol total setelah penggunaan kayu manis selama 40 hari. Penurunan itu terus terjadi hingga 20 hari berikutnya. Kajian ini menunjukkan bahawa mereka yang menerima kayu manis yang paling tidak 1 gram sehari boleh merasakan manfaat ini.

Kayu manis banyak tumbuh di Indonesia, seperti di Sumatera. Namun, penggunaan kayu manis sebagai ubat, sudah lebih dulu dipatenkan di Amerika Syarikat dengan jenama dagang Cinulin.

Tentang Penulis:

Genisha Mahananda adalah seorang mahasiswa sebuah universiti negeri di Jawa Tengah yang sedang mengadakan penelitian pengendalian diabetes dengan ubat tradisional.


Bersihkan Buah Pinggang dengan RM3.00

Bersihkan Buah Pinggang dengan RM3.00

|by adanaberkat on March 5, 2012


Daun Parsley,Pasli

Bertahun telah berlalu, buah pinggang kita telah sekian lama menapis darah dengan membuang garam, racun dan mana-mana tidak dikehendaki memasuki badan kita. Seiring dengan masa, garam dan racun merbahaya ini berkumpul dan amat perlu kita membersihkan buah pinggang kita.


Bagaimana kita nak bersihkan buah pinggang??
Ia amat mudah, terlebih dahulu ambil sedikit Parsli/Parsley dan basuh ia dengan air bersih (disyorkan basuh dengan Mineral Water).


Kemudian potong daun parsli tadi dalam kepingan kecil kemudian letakkan ia ke dalam sebuah periuk dan tuang air bersih dan masak ia selama sepuluh minit dan biarkan ia sejuk, kemudian tuangkan airnya ke dalam botol/gelas dan simpan di peti sejuk.


Amalkan minum satu gelas sehari dan anda akan dapati perbezaan ketara dimana segala garam, racun akan keluar dari buah pinggang anda melalui air kencing. Juga anda akan dapat merasai perbezaan yang anda belum pernah dirasakan.


Daun Parsli telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!


Antara lain Kegunaan dan Khasiat Daun Parsli /Parsley


Tahukah anda apa itu daun Parsley?
Daun parsli adalah daun yang digunakan untuk membuat sup.


Pokok Daun Parsley juga dikenali dengan nama Pasli.Daun parsley juga biasanya digunakan untuk masakan Itali.


Pokok Parsley (Petroselinum crispum) merupakan sejenis pokok herba dwitahunan yang daunnya biasa juga digunakan sebagai rempah.

Khasiat Daun Parsley/Pasli Kaya dengan vitamin
Daun parsley kaya dengan vitamin B, C dan E serta zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil.

Khasiat Daun parsley untuk Rambut
Daun parsley yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagi menjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.

Khasiat Daun parsley Pulihkan Hipotensi
Air rebusan daripada sayuran yang mengandungi pelbagai zat ini merupakan minuman terbaik untuk pesakit hipotensi iaitu penyakit tekanan darah rendah yang berpunca daripada anemia, kekurangan saraf akibat diabetes, paras gula rendah dalam darah, tiriod yang tidak aktif atau kekurangan zat makanan.

Parsley/ juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.


kredit : wikipidia,oldtraffords,petua.org


Friday, March 9, 2012

Larangan minum sambil berdiri

Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.


Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.
Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.

Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan. Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.

Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.

Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.



Sumber: http://abgcek.blogspot.com/2011/11/ada-hadis-melarang-minum-sambil-berdiri.html#ixzz1oR7HFT8Y
Under Creative Commons License: Attribution

Petua Untuk Hilangkan Mengantuk di Pejabat

1. Bau-bauan – Anda tidak perlu minum kopi. Bau aroma akan membantu anda untuk berasa segar. Aroma minyak boleh membantu – eucalyptus atau mint. Setiap aroma yang kuat sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk beberapa waktu membuat anda tetap terjaga.

2. Urut – Ada beberapa teknik untuk sistem tubuh anda kembali segar. Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala. Dalam masa beberapa sahaja, anda akan berasa segar dan aktif semula.

3. Cahaya – Ketika keadaan gelap di sekeliling anda, satu isyarat akan membawa ke otak anda bahawa tidur adalah pilihan yang baik. Pastikan ada cukup cahaya di bilik atau pejabat anda. Pergi ke tempat terang atau banyak cahaya matahari untuk beberapa minit. Jika pejabat anda tidak ada jendela, pastikan cahaya di sekeliling cukup terang. .

4. Jangan duduk terlalu lama di kerusi anda. – Mengubah kerusi atau banyak berjalan akan mengaktifkan anda semula.

5. Makanan – Jangan biarkan diri anda lapar. Jangan makan terlalu banyak. Makanan ringan lebih baik. Jika perut anda sudah penuh, dan kepala anda berkabut dari tidur tidak cukup, ini suatu alas an untuk rasa hendak tidur.

6. Muzik - Muzik boleh membuat anda tetap terjaga. Mainkan muzik yang mempunyai rentak “up-beat”, supaya anda lebih segar dan bermotivasi positif.

7. Berjalan-jalan – Jika anda tidak boleh pergi ke luar, anda boleh berjalan-jalan di kawasan pejabat anda sambil berinteraksi dengan rakan-rakan sepejabat.

8. Air - Minum air suam selalu untuk menyegarkan minda dan tubuh anda.

9. Bersihkan meja – Jika anda masih tidak dapat menumpukan perhatian pada pekerjaan anda, buat sesuatu kerja yang bermanfaat seperti membersihkan meja. Dengan cara ini anda tidak akan hanya duduk diam sahaja. Meja yang bersih dan teratur mencerminkan imej positif. Anda sendiri akan berasa puas dan selesa. yang dapat menggembirakan.

10. Tidur - Sewaktu rehat, tidur di meja anda. Tidur atau melelapkan mata selama 20 minit sudah mencukupi untuk menyegarkan anda semula.

Monday, March 5, 2012

‎4 WAKTU TERBAIK MINUM AIR MASAK


Dah jadi lumrah manusia, bila haus; mesti air yang dicarinya. Tak kiralah air tu sejuk ke, suam ke, manis ke, semuanya boleh. Janji ianya bersih dan dapat membasahi tekak masing2. Tapi, sebaik-baiknya biarlah AIR MASAK yang menjadi pilihan utama.

Kenapa air masak???

Air masak ni akan memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan kita (mesti ramai yang suka topik ini).

Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh. Kan bagus begitu...

Memang nikmat tak terkata bila dapat air ketika ini. Begitu juga kalau tersedu mahupun tercekik, kan?

Bilakah 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus?

#1 Sebelum tidur

Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok.

Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.

#2 Bangun tidur

Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.

#3 Sebelum mandi

Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

#4 Sebelum makan

30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Perut tidak jadi terkejut olehnya!

Alhamdulillah... sekarang anda dah tahu waktu yang baik untuk minum air masak, kan? Akhir kata, jangan lupa amalkannya ya!
Mari kita bersama berdakwah..Sesiapa sahaja boleh ambil, share atau copy. Saya izinkan. Sharing for caring...Tinggalkan komen boleh juga untuk sama sama kita berbicang...

Saturday, March 3, 2012

How to prolong their Sexual Youth ?

How to prolong their Sexual Youth ?

Overweight and poor nutrition has a bad effect on sexual function.

Follow the simple advice of doctors to conduct a full sex life.

CATERING



Seafood is called "food of love." They contain zinc, phosphorus, calcium and protein. For example, zinc activates cell metabolism and ovarian activity of sperm.

Bananas are rich in potassium, which is absolutely necessary for normal functioning of the cardiovascular system, regulating blood pressure, prevention of stroke and thrombosis. Bananas contain high amounts of vitamin B6, which boosts immunity, improves the functioning of the nervous system and promotes active metabolism of protein in the body. Sources of potassium are also tomatoes, apricots, beans, broccoli, oranges, almonds.

Oil-rich fish contain valuable omega-3. These substances reduce the risk of blood clots, bringing the body of "bad" cholesterol. By fatty include herring, salmon, tuna, trout, mackerel, sardines, mackerel and mackerel.

Corn bread, unpolished cereals, meal rich in fiber and "slow" carbohydrates. These carbohydrates are not deposited in the fat depot and go to building muscle, nutrition of the heart muscle and does not contribute to the formation of excess weight.

Vegetables and fruits red and orange colors contain a huge amount of vitamin C, beta carotene and antioxidants that protect cells from oxidation and activates metabolic processes. Include a menu red Bulgarian pepper, tomatoes, carrots, oranges, etc.



LIFESTYLE

1. Once a year should receive preventive care.

2. Control your weight. Being overweight negatively affects sexual function for women and men.

3. During sexual intercourse with new partners must take care of security. Sexually transmitted infections, lead to violations of reproductive and sexual functions.

4. Physical activity is very important! Daily 30-minute training significantly increases sexual desire.

Rahsia Penjagaan Saraf Untuk Kesihatan Akal

Rahsia Penjagaan Saraf Untuk Kesihatan Akal
Oleh AfifZahrah

Untuk memelihara prestasi akal supaya tidak berkurangan dan melemah, kita harus benar-benar menjaga kesihatan urat saraf. Urat saraf yang lemah menyebabkan akal fikiran turut menjadi lemah dan buntu.

Kesihatan urat saraf pada tahap yang terlalu lemah dan kronik menyebabkan seseorang akan hilang akal dan kesiumannya. Kelemahan urat saraf menyebabkan kelemahan akal fikiran dan kebinasaan urat saraf menyebabkan kebinasaan akal fikiran.

Berikut adalah panduan penjagaan urat saraf :-

1- Kurangkan meminum kopi dan teh. Kopi tidak bagus untuk saraf. Meminum kopi secara berlebihan menimbulkan ketegangan saraf, darah gemuruh, sukar tidur, jantung berdebar-debar, membuang air kecil dengan berlebihan, merosakkan buah pinggang, mempercepatkan penuaan, gastrik, darah tinggi, peluh yang berlebihan dan sebagainya. Teh juga menganggu fungsi sistem saraf. Tukarkan minuman kepada susu.

2- Tidur haruslah mencukupi. Elakkan tidur yang berlebihan. Elakkan tidur selepas Subuh dan Asar.

3- Penjagaan makanan : Amalkan pemakanan seimbang, berzat dan berjadual. Makanlah secara sederhana iaitu tidak terlalu kenyang atau tidak terlalu lapar.

4- Rehat apabila badan memerlukan. Jangan melakukan sesuatu pekerjaan fizikal/mental secara berlebihan. Sekiranya badan atau fikiran terasa letih sewaktu bekerja atau membaca, berilah sedikit kerehatan padanya.

5- Elakkan ketegangan fikiran, sedih, berlarut-larutan dengan emosi dalam tempoh yang lama. Ikhtiarkan untuk memulihkan kedamaian jiwa dengan sentiasa berwudhu', membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa dan bersolat sunat, membaca buku-buku agama atau berjumpalah dengan seseorang yang boleh menenangkan anda.

6- Kurangkan memakan makanan yang mengandungi bahan awet, bahan perasa, pewarna dan ubat tahan seperti makanan ringan, minuman bergas atau sebagainya.

7- Jangan sesekali Melakukan onani. Onani akan melemahkan akal fikiran dan melemahkan badan. Elakkan dari melakukan persetubuhan yang terlalu kerap.Ini untuk memastikan badan sentiasa bertenaga.

PEMULIHAN SARAF

Amalkan sekiranya mengalami kelemahan saraf :-

1. Berehat dan berbaring di tempat tidur.
2. Banyak minum air susu. Kurangkan meminum teh dan kopi.
3. Mandi dengan air hangat.
4. Banyak minum air oren, lemon atau segala jenis limau.
5. Makan makanan yang berselera.
6. Makan tomato secara mentah.
7. Kunyah dua atau tiga ulas bawang putih pada setiap pagi.
8. Makan telur separuh masak yang dicampur dengan madu dan beberapa biji buah badam

Tuesday, February 28, 2012

The Undeniable Benefits of Water

About 90% of heart attacks occur early in the morning and it can be minimized if one takes a glass or two of water NOT grog or beer before retiring in the evening.

I knew water is important but I never knew about the special times to drink it.

Did you??

Drinking water at the correct time Maximizes its effectiveness on the Human body :

1 glasses of water after waking up - helps activate internal organs

1 glass of water 30 minutes before a meal - helps digestion

1 glass of water before taking a bath - helps lower blood pressure

1 glass of water before going to bed - avoids stroke or heart attack

Monday, February 27, 2012

15 Things You Didn't Know About Tongue



"Kelemahan" Roti Putih pada Kesihatan

Suatu ketika dulu kita adalah pencinta makanan berasaskan roti. Sebut apa saja jenis roti kita mampu menikmatinya. Roti sandwich, roti tuna, roti pizza, soft bun, hard bun. Paling suka dan mudah pula untuk didapati tentulah roti putih jenama Gardenia atau High 5. Samada disapu mentega, dibakar atau dicicah milo panas, semua ini dapat membangkit lagi selera kita. Pernah dulu bercita-cita tak mau makan nasi. konon-konon nak jaga badan, jadi kita ganti la dengan makan roti putih mau setengah buku. Pastu bila timbang berat badan makin naik juga. Kenapa eh?

Fakta roti putih yang anda tak tahu..saya pun baru tahu

Terdapat banyak roti dipasaran Malaysia. Salah satunya adalah roti putih. Selain karbohidrat, roti putih juga mengandungi protein, vitamin dan mineral. Rupanya putih, teksturnya lembut dan harganya berpatutan menjadi faktor orang ramai gemar membelinya.

Dikatakan roti putih kurang baik untuk kesihatan kerana :

1. Semasa proses pembuatan roti putih terdapatnya proses penyulingan – roti putih diperbuat daripada tepung putih halus daripada butiran tepung gandum. Ia melalui proses penyulingan sebelum diPUTIHkan dengan agen peluntur kimia yang mengandungi klorin. Setelah itu, tepung akan dikeringkan pada suhu yang tinggi sebelum “gluten” sejenis bahan ditambah untuk menghasilkan lebih udara dalam roti. Impak daripada hasil campuran bahan kimia ini sebenarnya akan memudaratkan tubuh. Metabolisme badan terganggu kerana ketiadaan serat dalam roti yang hilang ketika proses penyulingan. Serat sangat diperlukan tubuh badan untuk melancarkan proses pencernaan, mengawal berat badan, mencegah risiko sakit jantung, kanser dan diabetis.

2. Kandungan karbohidratnya yang tinggi tidak mampu membantu kita untuk mencapai berat badan yang diimpikan. Kecekapan sistem pencernaan akan semakin berkurangan dan ini menyebabkan lemak-lemak terkumpul. Rupa-rupanya 2 keping roti putih bersamaan dengan sepinggan nasi. Kalau macamtu baik la kita makan nasi. Lebih mengenyangkan !

3. Kekurangan khasiat dalam roti putih akan menyumbang kepada penyakit Osteoatritis atau tulang rapuh. Keadaan ini selalunya akan berlaku pada tulang belakang, pergelangan tangan dan pinggul yang berubah menjadi semakin nipis, lemah dan mudah retak.

info : majalah i-sihat

Bertukarlah kepada roti gandum/serat

pilihan kita – Gardenia Breakthru

Benarlah dulu kita kurang prihatin. Jarang sekali membaca kandungan yg terdapat pada sekeping roti putih. Hanya tahu makan dan makan ! Tetapi sekarang tidak lagi. ! Selepas peristiwa badanku dinaiki kolestrol yang tinggi membuat kita lebih berhati-hati memilih makanan. Luckily akhirnya terjumpa juga roti yang sedap, lembut lagi berkhasiat ini. The brand is Gardenia Breakthru..haritu jalan-jalan jumpa kat Village Grocer. Susah benar nak jumpa roti ni kat kedai runcit biasa. 7eleven pun tak de jual. Roti ni yang bagusnya untuk jantung sihat kerana ia 28% kurang karbohidrat dan 35% lebih serabut diet.

bersepah serat pada permukaan roti ini !

Roti Gandum Penuh (whole grain)

Perbezaan nilai pemakanan roti gandum di pasaran. Buat lah perbandingan yang mana lebih baik

Kalau selama ni anda makan terutama breakfast dengan nasi lemak ayam atau nasi goreng telur mata kerbau atau mee goreng… tak de masalah seminggu sekali, ok ape ! Cuma di waktu-waktu lain ubahlah breakfast yang berkhasiat sikit. Tukarlah kepada roti gandum pula ! Memang roti ni tawar sikit. Olehitu, anda perlulah kreatif agar roti ini menjadi sangat menyelerakan !

Gardenia- wholegrain fibremeal
High 5 – High Grain