Kegagalan bukanlah bererti anda seorang yang gagal. Ia hanyalah bererti anda masih belum berjaya lagi. Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa. Ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari sesuatu. Kegagalan bukanlah bererti anda seorang bodoh kerana mencuba. Ia bererti anda berani, anda teguh, bersemangat waja - berbanggalah dengan diri anda.
Kegagalan bukanlah bermakna anda tidak akan berjaya Ia hanyalah bermakna anda memerlukan sedikit masa lagi. Kegagalan bukanlah bermakna anda kecundang. Ia hanyalah bermakna anda berpeluang untuk bermula semula . Mencuba sesuatu yang baru. Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan anda . Ia hanyalah bermakna dia mempunyai rancangan yang lebih baik lagi. Jadi benarlah kegagalan itu tidak pernah muktamad...
DR. Robert Schuller BUKU: BERANI GAGAL
|
No comments:
Post a Comment