Wednesday, January 5, 2011

Cara Untuk Membuat Tauhu

1. TAUHU

BAHAN asas tauhu ialah biji-bijian kacang soya. Biji-bijian kacang soya yang bermutu tinggi sahaja yang digunakan untuk diproses menjadi tauhu. Oleh itu ia hendaklah terlebih dahulu dibersihkan daripada sebarang kotoran seperti tanah, pasir, habuk, kulat dan sebagainya. Biji-bijian kacang soya yang hendak dibuat tauhu mestilah bukan yang sudah busuk atau rosak, pecah dan juga keadaannya mestilah bebas daripada serangga dan penyakit serta tidak yang sudah kecut.

Tauhu diperbuat daripada protein kacang soya yang dibekukan oleh agen pembeku iaitu Calcium Sulphate atau dipanggil Siako atau Plaster of Paris; digunakan ia hendaklah dibakar terlebih dahulu kemudian ditumbuk atau dikisar supaya menjadi halus seperti tepung. Penggunaannya ialah: Bagi setiap kilogram kacang soya, gunakan sebanyak 60 gram Siako.

Warna semulajadi tahu ialah putih, tetapi boleh dibuat menjadi berwana kuning dengan menggunakan kunyit. Isi kunyit ditumbuk dengan sedikit air bersih, dan airnya dimasukkan ke dalam adunan, dikacau ke tahap warna kuning yang dikehendaki. Boleh juga kunyit dimasukkan ke dalam air semasa merebus tauhu yang sudah siap di peringkat akhir memproses, Sedikit garam juga boleh dimasukkan ke dalam air rebusan di peringkat akhir memproses, iaitu pada Langkah 10. Peralatan Membuat Tauhu Yang paling penting sekali ialah alat untuk mengisar kacang Biji-bijian Kacang Soya itu supaya ia menjadi hancur halus. Secara mudah ialah dengan menggunakan blender. Yang lain-lainnya ialah pencetak tauhu dan lain-lain yang akan disebut semasa langkah memproses bagi membuat tauhu dihuraikan. Semua peralatan mestilah bersih dan stril tidak terdapat kuman, kulat dan bekteria yang boleh memudaratkan yang makan tauhu itu.

Langkah Memproses Tauhu Secara Tradisional

Ada 10 langkah bagi menghasilkan tahu dari kacang soya. Bagi setiap langkah, tahap kebersihan mestilah dijaga rapi bagi memastikan tauhu yang dihasilkan tidak akan membawa mudarat kepada pengguna yang memakannya.

Langkah 1: Biji-Biji Kacang Soya Ditampi

Biji-biji Kacang Soya hendaklah dibersihkan melalui tampian menggunakan nyiru atau pun dulang bagi mengasingkan kacang-kacang soya itu dengan segala bahan kotoran seperti pasir, habuk, akar, tanah, dan apa saja yang mesti dibuang supaya tidak masuk ke dalam tauhu yang dihasilkan nanti.

Langkah 2: Biji-Biji Soya Kacang Dibasuh-cuci

Biji-biji Kacang Soya yang telah ditampi dimasukkan ke dalam baldi atau takungan mengandungi air bersih bagi menanggalkan segala kotorang yang masih melakat padanya. Adalah lebih baik lagi jika air yang digunakan untuk membasuh biji-biji kacang soya itu dalam keadaannya mengalir perlahan-perlahan agar ia dapat menghanyutkan keluar segala kotoran yang tanggal dari biji-biji kacang soya itu dan meninggalkan bijibiji kacang soya itu.

Langkah 3: Biji-Biji Kacang Soya Direndam

Kacang Soya yang sudah dibasuh bersih, direndam dengan Air Bersih selama 6 – 12 jam supaya ia menjadi lembut dan kulitnya boleh menjadi mudah dapat dikupas.

Langkah 4: Pengupasan Kulit Biji-Biji Kacang Soya

Kacang Soya yang sudah direndam dengan Air Bersih selama 6 – 12 jam itu dibuang kulitnya dengan cara memicit-micitnya di dalam air bersih hingga kulitnya tanggal, dan kulitnya dibuang. Kacang Soya itu dipicit-picit supaya terbelah.

Langkah 5: Pengisaran Biji-Biji Kacang Soya

Kacang Soya yang sudah dibuang kulitnya itu direndam dengan Air Panas ( 1 Bhg. Kacang Soya + 8 Bhg. Air Panas). Masukkan Kacang Soya sedikit demi sedikit ke dalam alat pengisar (blender), dan kisar sehingga menjadi halus seperti bubur pekat. Ini dipanggil Bubur Mentah Kacang Soya.

Langkah 6: Memasak Bubur Mentah Kacang Soya

Masak Bubur Mentah Kacang Soya dengan Air Panas di dalam periuk yang cukup besarnya ( 1 bhg. Bubur Kacang Soya + 1 bhg. Air Panas). Masak sehingga mendidih sambil dikacau-kacau agar ia tidak meruwap. Apabila dua kali ia membusa (naik meruwap), tutuplah api.

Langkah 7: Penyaringan

Sediakan sebuah takungan atau baldi yang di bahagian dalamnya di beri alas dengan kain belacu. kain belacu ini mestilah yang cukup besarnya. Kain belacu ini akan digunakan untuk membungkus Bubur Mentah Kacang Soya itu. Tuangkan adunan dari hasil Langkah 6 itu ke dalam takungan (atau baldi) yang siap beralas dengan kain belacu tadi.

Bungkus Bubur Mentah Kacang Soya itu di dalam kain belacu tadi dan diikat kemaskemas untuk bungkusan itu supaya bungkusan itu dapat pula diapit dengan Pengapit Papan bagi mengeluarkan Pati Air Kacang Soya. Hasil apitan ini mengeluarkan Pati Air Kacang Soya yang akan mengalir masuk ke dalam tadahan takungan (baldi) plastik.

Setelah selesai mendapat Pati Air Kacang Soya itu, hampas kacang soya yang berada di dalam bungkusan kain belacu itu tidak digunakan.

Langkah 8: Penggumpalan dengan menggunakan Tepung Halus Calcium Sulphate

Dalam satu bekas lain pula larutkan dengan sedikit air 180 gram Tepung Halus Calcium Sulphate ( iaitu 3 Kg. Pati Kacang Soya + 180 gram Calcium Sulphate ). [Peringatan: Siako atau Calcium Sulphate mestilah terlebih dahulu dibakar, kemudian ditumbuk halus menjadi seperti tepung ]. Masukkan ia ke dalam Pati Kacang Soya yang masih panas itu dan dikacau. Pati Kacang Soya akan menjadi bergumpal-gumpal. [ Birakan 5 – 10 minit agar proses penggumpalannya sempurna. ]

Sediakan alat pencetak atau acuannya untuk membentuk Tauhu.

Langkah 9: Mencetak atau Membentuk Tauhu

Ambil hanya gumpalan pati Kacang Soya dan buangkan airnya. Masukkan Gumpalan tauhu ke dalam acuan/pencetak yang terlebih dahulu dialas dengan kain belacu. Temukan atau lipat bahagian hujung kain belacu ini supaya menutup adunan, kemudian diletakkan benda berat yang boleh menekan adunan di dalam kain belacu itu. Potong Tauhu mengikut saiz yang dikehendaki, biasanya 5 x 5 sm. atau mengikut saiz yang dikehendaki.

Langkah 10: Perebusan:

Rebus Tauhu dan semasa merebus inilah boleh dimasukkan sedikit garam jika inginkan tauhu itu terasa masin sedikit, dan dibubuh serbuk kunyit jika inginkan tauhu itu berwarna kuning. Setelah selesai direbus, tutup api dan biarkan ia sejuk dan terus berada terendam di dalam Air Rebusan. Tujuan tauhu itu terendam di dalam air rebusannya supaya ia tidak menjadi basi atau masam. Percubaan Membuat Tauhu Sendiri

Bahan

Air Bersih : Secukupnya untuk merendam Kacang Soya

Kacang Soya : 3 kg

Calcium Sulphate : 180 gram (Hendaklah dibakar, kemudian ditumbuk halus)

Air Panas : 2 liter 400 ml

Garam : Mengikut Keperluan

Serbuk Kunyi : Secukupnya (jika inginkan Tauhu berwarna kuning)

Cara Membuat:

1. Tampi Kacang Soya untuk membuang segala kekotoran, pasir dan sebagainya.

2. Basuh kacang Soya dengan Air supaya menjadi bersih.

3. Rendam Kacang Soya dalam baldi dengan Air Bersih selama 6 – 12 jam.

4. Ramas Kacang Soya di dalam Air supaya kulitnya tanggal menjadikan biji kacang soya terbelah dua.

5. Rendam Kacang Soya yang sudah dibuang kulitnya itu dengan air panas.

6. Blender Kacang Soya sehingga hancur menjadi seperti Bubur Mentah Kacang

Soya. Di dalam sebuah periuk yang cukup besarnya panaskan hingga mendidih Bubur Mentah Kacang Soya ini bersama dengan Air Panas. [Sukatan Air Panas ialah sama banyak dengan sukatan Bubur Mentah Kacang Soya]. Kawal api, dan kacau adunan supaya adunan tidak membuak keluar tumpah dari dalam periuk. Masak selama 15 - 30 minit atau setakat 2 kali adunan membuak naik, tutup api.

7. Sediakan baldi yang dialas dengan kain belacu yang cukup besarnya di dalamnya untuk dituangkan Bubur Mentah Kacang Soya yang panas itu, dan dibungkus dengan kain belacu itu serta diikat untuk sudia diapait, bagi mendapatkan Pati Kacang Soya.

8. Masukkan Garam dan Air Kunyit secukupnya ke dalam Pati Kacang Soya. Kacau sebati. Kemdian masukkan pula 60 gram Tepung Calcium Sulphate dan dikacau adunan menjadikan adunan bergumpalan. Biarkan selama 5 – 10 minit supaya adunan menjadi gumpalan dengan sempurna.

9. Siapkan sediakan alat pencetak tahu. Sebelum dimasukkan gumpalan tauhu ke dalam pencetak yang dialas dengan kain belacu yang cukup besarnya, airnya hendaklah dipisahkan. Setelah gumapalan tahu diisi penuh di dalam pencetak, bahagian tepi kain belacu itu diangkat untuk menutup gumpalan tauhu, dan diletakkan pula bebanan berat di atasnya bagi menindihnya selama satu minit agar tauhu itu menjadi agak mampat. Potong tauhu mengikut saiz yang dikehendaki.

10. Tauhu yang sudah dipotong-potong itu hendaklah direbus dengan Air Bersih.

Sewaktu merebus tauhu ini, masukkan sedikit garam jika suka hasil tahu itu berasa sedikit masin, dan kunyit, jika mahukan ia berwarna kuning. Setelah direbus, tutup api dan biarkan tauhu itu terendam dan sejuk di dalam air rebusannya.

(koleksi daripada yahoogroup penawarku)

No comments:

Post a Comment