Saturday, March 10, 2012

Menakjubkan... Tasik Merah Jambu Bergaram Di Senegal...

Menakjubkan... Tasik Merah Jambu Bergaram Di Senegal

Tasik Lac Rose terletak di utara semenanjung Retba Cap Vert, Senegal, Dakar. Subhanallah,Sungguh menakjubkan air tasiknya berwarna merah jambu, ia disebabkan oleh cyanobacteria dalam air. Warna ini muncul terutama pada musim kemarau. Tasik ini juga dikenali kerana kandungan garamnya yang tinggi, seperti di Laut Mati, membolehkan orang mengapung badan dengan mudah dipermukaannya,ditasik ini juga mempunyai industri kecil pengumpulan garam .
Ramai penduduk Dakar bekerja disini dalam 6-7 jam sehari di tasik ini, dikatakan kandungan garam di tasik ini hampir 40%. Untuk melindungi kulit ketika penggumpulan garam, mereka akan menggosok kulit mereka dengan mentega Shea, yang dihasilkan dari pohon kacang Shea diperolehi dari kacang Shea, yang merupakan emolien yang digunakan untuk mencegah kerosakan kulit dan dll.
Air tasik ini juga memiliki sejumlah besar mikroorganisme, dan wanita di sana menghabiskan 14 jam sehari bagi mengumpulkan garam ditasik ini.Kepekatan garam bagi satu liter air sekitar 380 gram.Mari kita lihat pemandangan disekitar tasik ini.



No comments:

Post a Comment