Friday, March 9, 2012

DAGING BISTIK

Sumber: Diana


*Bahan-bahannya*
1/2 kg daging batang pinang, dihiris nipis
3 biji kentang, dipotong wedges
2 batang karot, dipotong ikut suka
2 biji tomato, dipotong empat
3 sudu makan rempah kari daging
3/4 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap
4 cawan air
sedikit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis

*Bahan untuk dikisar*
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 batang lada merah
10 batang cili padi thailand

*Cara-caranya*
1. Panaskan minyak, kentang yang telah dipotong wedges dan karot digoreng
setengah masak, angkat, toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan
bunga lawang. Kemudian masukkan rempah yang telah dikisar dan tumis
sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari dagiing kacau hingga sebati
dan tuang sedikit air. Biar ia mendidih sekejap.
3. Masukkan sos tomato, garam, serbuk perasa dan juga kicap. Gaul rata.
Masukkan pula air dan daging yang telah dihiris nipis. Gaul rata dan
biarkan ia reneh pada api yang sederhana selama 10 minit.
4. Bila daging telah setengah masak, masukkan pula kentang dan karot yang
telah digoreng tadi. Biarkan ia reneh lagi selama 10 - 15 minit sehingga
semua kuah dan bahan-bahan sebati. Kalau airnya kurang boleh tambah
sedikit.
5. Rasakan kuahnya jika kurang perasa, tambah apa yang patut. Masukkan
tomato dan tutup api. Biarkan sebentar dan sedia untuk dihidang.

*NOTA: *Masakan ini sedap dimakan dengan roti atau nasi putih bersama telur
mata lembu.

No comments:

Post a Comment