by myilham.com
” Keseronokan kahwin itu hanya satu bulan “Bunyinya agak tidak munasabah. Masakan perkahwinan yang begitu bahagia, cuma bertahan satu bulan?
Namun bukan itu maksud ungkapan. Isyaratnya lebih kepada menyedarkan anak-anak muda bahawa perkahwinan, tidak cukup dengan seronok-seronok sahaja. Kalau berasa cukup dengan seronok-seronok, padahnya menanti selepas sebulan.
Kerana hakikatnya, perkahwinan adalah
Dek kerana itu, orang tua-tua tidak mudah mahu memberi izin anak muda berkahwin.
” Kahwin ini berat nak, kamu masih terlalu muda…”
Begitu lebih kurang ungkapannya. Menghalang dalam pujukan.
Bukan kerana orang tua-tua tidak nampak kebaikan berumahtangga.
Bukan juga kerana menafikan kebaikan berkahwin di usia muda.
Tetapi kerana rasa risau dengan kebolehan dan kemampuan jiwa-jiwa muda zaman sekarang untuk memasuki alam rumahtangga.
Sudah cukup bersediakah mereka?
Sudah cukup matangkah mereka?
Ini antara persoalan yang membebankan benak mereka dalam memberi izin berkahwin kepada anak muda.
KESEDIAAN BERUBAH
Ramai anak muda agak tidak berpuas hati apabila keinginan mereka untuk berumahtangga seolah tersekat dengan ketidakyakinan orang tua.
Mereka merasakan alasan ‘mereka masih muda’ atau ‘banyak lagi perlu diubah’ adalah tidak relevan, kerana dalam diri mereka sendiri benar-benar telah wujud satu tekad dan keazaman yang jitu untuk melakukan perubahan.
Mereka yakin yang mereka sedar, perubahan itu suatu yang mesti dalam menuju perkahwinan.
Maka mereka membuat perubahan pada sikap, cara berfikir dan cara bertindak.
Azam untuk mendirikan masjid menjadi tonggak utama yang menyokong perubahan tersebut.
Namun di pihak orang tua, sekali lagi mereka bukanlah menafikan kesediaan anak muda untuk berubah. Mereka tahu, anak muda yang ingin berkahwin di usia muda bukan calang-calang anak muda. Anak muda yang tiada inovasi dalam diri tidak akan berfikir untuk berkahwin kerana masih muda.
Cuma, mereka mahu menyatakan bahawa orang tua lebih dahulu makan garam berbanding orang muda.
Justeru bukan kesediaan berubah yang dibimbangkan, tetapi kesediaan untuk mengekalkan momentum perubahan yang dimulakan.
HANGAT-HANGAT TAHI AYAM
Maklum saja, anak muda banyaknya cenderung bertindak atas dasar semangat.
Tika semangat berkobar-kobar, apa sahaja rasa mampu ditempuh. Namun tatkala semangat merudum, apa lagi yang tinggal?
Lebih
Semangat berkobar-kobar hanya untuk bulan-bulan pertama, dan bulan madu. Kemudiannya apabila didatangi jemu, bosan, terbeban, lemah semangat dan sebagainya, mengeluh tidak tenang dan tidak senang, sehingga sampai ke tahap mahu membubarkan perkahwinan.
Inilah yang ditakuti dan dibimbangi.
CARA MENGATASI
Mungkin akan ada yang berkata ; lemah itu lumrah manusia. Mana ada manusia yang sentiasa bersemangat.
Benar, justeru itulah pesanan ini ditulis.
Bukan untuk memenangkan hujah orang tua, atau keyakinan anak muda.
Tetapi untuk sama-sama beringat dan berwaspada, bahawa hakikatnya kahwin itu bukan untuk sehari dua.
Cara mengatasi perasaan putus asa, jemu dan bosan dalam mengharungi cabaran berumahtangga, pertamanya adalah dengan kembali kepada nawaitu kita mula-mula.
Nawaitu mula-mula harus betul.
Matlamat membahagiakan pasangan adalah lebih kecil berbanding matlamat untuk menyempurnakan pencarian redha Allah.
Apabila matlamat agung itu menguasai jiwa, ia akan menjadi perisai ampuh dari serangan putus asa.
Tidak mengapalah jika hingga hari ini aku merasa tidak beroleh apa-apa dari dia, kerana hakikatnya Allah menghitung penat lelah dan keikhlasanku sejak dari mula.
Seorang mukmin, tidak melihat ungkapan itu sebagai ‘dongengan’ sebaliknya ungkapan itu adalah pegangan keimanan.
Dia berkahwin bukan semata-mata untuk diri dan pasangan, sebaliknya untuk Allah.
Perkahwinannya adalah jalan ke syurga, bukan terhenti setakat di dunia.
Maka dia tidak pernah merasakan kahwin itu cuma sehari dua, sebaliknya perkahwinan itu adalah sehingga ke akhirnya. Hingga ke syurga.
Lalu hidupnya dalam rumahtangga disuburi dengan keikhlasan dan dibajai dengan kesabaran. Tiada satu pun yang dia lakukan dalam melengkapi tanggungjawabnya melainkan diniatkan ikhlas kerana Allah.
Justeru Allah hadirkan baginya suatu bentuk kekuatan.
Setahun.
Tiga tahun.
20 tahun.
40 tahun.
Sehingga dia tersedar dan tersenyum, betapa dirinya telah melalui perjalanan yang cukup jauh dalam kehidupan berumahtangga, dan dia masih ‘selamat’ dengan penjagaan dari Allah.
Kalam itulah yang ingin disampaikan kepada anak-anak muda.
Bukan tidak mahu mengizinkan, tetapi tersekat dengan gelora kebimbangan.
Berkahwinlah dengan suatu persediaan.
Bukan hanya persediaan untuk berumahtangga, sebaliknya persediaan untuk terus sedia berubah dan mengekalkan momentum perubahan.
Kerana kegagalan akan segera mendatang tatkala seseorang itu berhenti melakukan perubahan.
Lalu berpanjanganlah peringatan ; kahwin itu, bukan hanya sehari dua.
Sekian.
No comments:
Post a Comment