by Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”. Riwayat Muslim
Sahabat2 yang saya kasih dan cinta kerana Allah. Saya ingin kongsi, berkaitan dengan sikap manusia, mungkin jika diri kita sendiri mempunyai sifat sombong atau bangga diri..mudah2an kita
Rupa cantik/hensem, harta yang banyak, kereta mewah, pandai bercakap, terkenal. Itu bonus untuk kita yang perlu untuk disyukuri. Bagi saya setiap orang masing2 ada kelebihan. Cuma pakaian cantik belum tentu terbaik, sebab Hafiz Awan Nano menang, hanya mengenakan pakaian rm50 sahaja..hihi
Bukan AJL yang saya nak ceritakan, tapi berkaitan dengan cerita seorang professor dengan pendayung sampan..semoga ada pengajaran. =)
Diceritakan orang pada suatu ketika dahulu terdapat seorang professor yang tersangatlah pandainya dalam hal ilmu-ilmu sains duniawi. Pada suatu hari professor tersebut teringin membuat satu kajian masyarakat di pendalaman yang tinggal di tepi sungai. Maka si professor tadi menyewa sebuah sampan untuk ke hulu sungai.
Sepanjang perjalanan memudiki sungai si professor terpesona dengan keindahan alam serta kekayaan flora dan fauna di bumi
Sedang professor memerhatikan flora dan fauna, si pakcik bertanya ; “Professor tahu berenang ?” Professor tu jawab ; “Tak tahu, saya tak ada masa nak belajar berenang.” Lalu pak cik itu mengulas ; “Professor akan kehilangan 100% hidup professor kerana sampan ini bocor dan kita tak sempat sampai ke tebing.”
~Jangan Bangga DIRI Dengan Pakaian Cantik Harga Ribua2an..
Kerana Pakaian Terakhir Kita Cuma KAIN KAFAN...
~Jangan Bangga DIRI Dengan Kereta Mewah BMW MATA BELALANG KITA, Kerana Kenderaan Kita Yg Terakhir hanya KERANDA papan lapis cuma...
~Jangan Bangga DIRI Dengan Tempat Tidur Baldu Yang Empuk....
Kerana Tempat Tidur Terakhir kita Adalah TANAH...
~Jangan Bangga DIRI Dgn Kulit Mulus Gebu Kita..
Kerana Semua Tu Akan Menjadi Makanan Cacing...
~Jangan Bangga DIRI Dengan Banglow2 Yang Mewah..
Kerana Rumah Terakhir KITA Adalah KUBUR...
~Jangan Terlalu Bangga DIRI Dengan Tittle ‘’DATO’’TAN SRI’’ APA SAJA..
Kerana Tittle Kita Yg Terakhir Adalah ALMARHUM/ALMARHUMAH.
~Biar Kita Di Pandang Hina Di Mata Manusia...Tapi Betapa Mulianya ALLAH Memandang Kita Di Sisinya...
No comments:
Post a Comment