Thursday, January 6, 2011

PUTERI BERSIRAM

Bahan bahan:

1) 300 gram tepung pulut

2) 1 cawan jus pandan (air perahan daun pandan yang dikisar)

3) ½ sudu garam

4) ½ biji kelapa muda parut (ambil putih sahaja)

5) 2 cawan air

6) 1 keping gula melaka (hancurkan)

7) ½ cawan gula pasir

8) 1 helai daun pandan

9) ½ sudu teh pewarna merah, hijau dan kuning

Cara :

1) Bancuh tepung pulut bersama garam dan jus pandan. Jadikan doh. Bahagikan kepada tiga bahagian. Warnakan satu bahagian dengan warna merah, satu bahagian dengan warna kuning dan satu lagi bahagian dengan warna hijau.

2) Didihkan air di dalam periuk.

3) Sementara itu gentel ketigatiga bahagian adunan tadi bulatbulat sebesar guli.

4) Masukkan doh yang telah digentel satu persatu ke dalam periuk. Angkat doh yang masak apabila timbul di permukaan air dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air sejuk. Toskan setelah sejuk.

5) Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk yang lain. Masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan. Kacau dan masak hingga gula hancur.

6) Tapis adunan air gula tadi. Masak semula hingga mendidih. Masukkan kelapa parut dan kacau selalu.

7) Masukkan adunan doh yang telah ditoskan. Kacau hingga rata.

8) Angkat dan masukkan ke dalam bekas.

Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment