Sunday, February 25, 2018

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN PENGARUH HORMON ESTROGEN PADA WANITA

Copy & paste Dari FB Dr Zubaidi

Saya ingin kongsikan tip-tip dari Dr Hamid Arshat, Pakar Sakit Puan dan Perbidanan yg terkenal.

"LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN PENGARUH HORMON ESTROGEN PADA WANITA

Punca sebenar bagi penyakit2 yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidakalah diketahui .

Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca2 sekitaran saperti kelemahan immunity, toksin, dan hormone estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormone estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut

Dalam keadaan biasa, hormone Estrogen adalah sangat penting bagi fungsi2 edaran haid, kesuburan, kehamilan, sifat2 kewanitaan, kecantikkan,  fungsi2 seks, bentuk badan dan lain2..

Tindakan2 estrogen terhadap tisyu2 biasanya diesimbangkan oleh hormon kedua wanita iaitu hormon Progesteron, yang hanya dikeluarkan jika wanita mengalami penetasan telur/ovulation. Banyak situasi yang menyebabkam wanita  tidak mengalami penetasan telur / ovulation.

Oleh itu, kekurangan hormone Progesteron boleh menyebabkan hormone Estrogen bertindak sewenang-wenangnya. 

Beberapa situasi yang menyebabkan hormon Estrogen meningkat ialah kegemukan atau obesity. Lemak- lemak yang berlebihan boleh menggalakkan pembentukkan estrogen serta pengurangan Progesteron.

Selain daripada kilang telur, sumber lain bagi estrogen ialah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang.  Wanita – wanita yang mengalami masalah pembengkakan ovary seperti Polycystic ovaries Syndrome (PCOS) juga sering mengalami masalah hormon Estrogen yang berlebihan dan kekurangan hormone Progesteron. 

Oleh itu, saya cadangkan  beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh Estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk dari cholesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enjim aromatase diperlukan.

Langkah2 mengawal estrogen.

1, Kekalkan berat badan ketahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.

2.Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron

3.Mengawal stress.  Selain boleh meningkatkan hormone cortisol/steroid, stress juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita.  Ia juga meningkatkan tahap Estrogen. 
Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stress  seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise. 
Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.

Pengambilan makanan yang berkhasiat.

Ada beberapa jenis makan yang bertindak mengawal tahap Estrogen iaitu:

4.Buah delima/ promegranate
Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah  mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung. 
Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.

5.Sayur- sayuran
Sayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang  bertindak mengawal penghasilan hormone Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.

6.Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)
Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan estrogen)  di mana sekaligus mengawal penghasilan hormone Estrogen yang berlebihan

7. Cendawan
Cendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.

8. Biji anggur (grapeseed)
Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia.  Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.

9.Chia Seed
Chia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita.  Begitu juga flexseed.  Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.

10. Oats
Oats adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen.

11. Buah – buahan citrus
Buah buahan citrus seperti lemon,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C,dan anti-oksidan,  ia juga mengandungi unsur anti-estrogen
Minum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juz kedalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.

12. Bawang- bawang
Bawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping megandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan ,ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung.  Ia juga mengandungi  bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap Estrogen dalam badan.

13. Kunyit
Kunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.  Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron

14. Algae ( spirulina/ chlorella)
Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrigen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.

15. Makanan – makanan fermented
Makanan fermented daperti Tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah  dan juga berbillion bacteria baik untuk badan dan melawan bacteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti - Estrogen

16.Minyak kelapa Dara
Minyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen

17. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.

18. Daun Kuchai
Daun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.

19. Berries (black berries, blackcurrant, mulberry)
Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan  tubuh badan wanita.  Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-Estrogen

Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormone serta mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit  seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal di samping mengambil langkah- langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut."

Semoga bermanfaat.

Monday, February 12, 2018

WASIAT AYAH

Ayah : Nak...ini wasiat sebelum ayah pergi...
Anak : (sambil menangis) Apa dia ayah?...
Ayah : Ingat! Tanah yang sebelah rumah kita tu, jangan sekali-kali di jual.....
Anak : Kenapa ayah?
Ayah : Itu tanah orang ...

Sunday, February 11, 2018

Kisah garisan

Seorang Guru membuat garis sepanjang 100cm di papan tulis, lalu berkata :
“Anak2, cuba pendekkan garisan ini!”

Anak pertama maju ke depan,
dia padamkan 20 cm dari garisan itu menjadi 80 cm.

Anak ke 2 melakukan hal yang sama,
sekarang garisannya tinggal 60 cm.

Anak ke 3 & ke 4 pun maju ke depan melakukan hal yang sama, hingga garisan itu tinggal 20 cm.

Terakhir,

seorang anak yang bijak maju ke depan. Dia tidak memadam garisan yang sudah tinggal 20 cm, tetapi membuat garisan baru sepanjang 120 cm, lebih panjang dari garisan yang asal...

Guru itu menepuk bahunya. "Kamu memang bijak, untuk membuat garisan itu menjadi pendek, kita tidak perlu memadamkan sebahagiannya, cukup dengan membuat garisan lain yg lebih panjang, maka garisan asal akan menjadi lebih pendek dengan sendirinya."

*Moral of the story*... Untuk menjadi yang terbaik tidak perlu *menjatuhkan, menyingkirkan atau memperlekehkan* pihak lain.
Cukup lakukan sesuatu yang *lebih baik* secara konsisten.

Biarkan *waktu yang akan membuktikan* kebaikan kita.

"Orang lain yang memang sudah baik akan tetap bersinar meskipun terpendam dalam lumpur yang gelap pekat."

*Majulah tanpa menyingkirkan...*

*Naiklah tanpa menjatuhkan...*

*Jadilah baik tanpa harus memperlekehkan*..

*Jadilah benar tanpa harus menyalahkan...*

😊😉

Thursday, February 8, 2018

Indian english very dangerous

EXTRACTED from  a  COURT REPORT FROM INDIA

Judge : "Raj, why were you beaten up in public? What did you do?"

Raj : "Sir, I am innocent."

Judge : "Why do you say that?"

Raj   : "Your Honour, I was in crowded bus and my photo fell from wallet. So I only say to lady in front of me, "Aunty,  please lift your sari,  I want to take photo ..."
😂😂😂

Ambulan sakit jiwa

Hari ini satu ambulance dari hospital sakit jiwa terpaksa berhenti di tepi jalan  karena tayar bocor. Waktu sedang ganti tayar , si pemandu tidak sengaja tertendang 4 skru rim ke longkang tepi jalan dan hilang.

Dengan panik si pemandu berteriak, “Waduh, cammaner nak pasang tayar kalau tak ada skrunya?!”
Salah seorang pesakit gila di dalam ambulance teriak “Bang, ambil  saja  1 skru dari setiap 3 rim lainnya, maka bolehlah terus pasang tayar tu, jadi tiap rim dapet 3 skru...boleh jalan apa. Nanti kalau ada bengkel tayar, tinggal beli 4 skru dan pasanglah bakinya “

Si pemandu langsung lega. “Pandai juga ko, Tapi kenapa ko  masuk rumah sakit jiwa ni”

Pesakit itu menjawab, “HELLOOOO!!! PLiiiis lah! Aku ini Cuma gila, bukan bonggok  macam ko !”
🤣😄🤣

Wednesday, February 7, 2018

PANDANGAN SEORANG PEGUAM MENGENAI KEMELUT PELANCONG MALAYSIA YANG MENGGUNAKAN KENDERAAN SENDIRI APABILA BERLAKUNYA KEMALANGAN DI THAILAND

1. Muqaddimah

Setiap tahun, kita mendengar keluhan para pelancong Malaysia apabila berlakunya kemalangan di Thailand. Keluhan yang selalunya kedengaran ialah kerana ia melibatkan satu kos yang sangat besar yang perlu ditanggung oleh pelancong Malaysia tersebut untuk membayar ganti rugi yang kadang-kala di luar kemampuan pelancong tersebut.

Kes yang terbaru adalah kemalangan yang berlaku di Phatthalung, Thailand di mana penunggang telah meninggal dunia dan pemboncengnya cedera parah dan perlu mendapatkan pembedahan segera. Saya difahamkan jumlah yang dituntut untuk membayar ganti rugi kenderaan oleh pihak Thailand yang dilanggar adalah sebanyak 250,000 Baht.

Memandangkan jumlah tersebut tidak dapat dibayar pada hari kejadian, persetujuan telah dicapai oleh  kedua-dua pihak supaya sebuah motosikal perlu dicagarkan (rakan-rakan kepada yang meninggal dunia yang bersama di dalam konvoi tersebut secara sukarela mencagarkan 2 buah motosikal Harley Davidson) di balai polis dan pihak rakyat Malaysia tersebut diberi tempoh 2 minggu untuk menyelesaikan jumlah ganti rugi kenderaan Thailand yang dilanggar tersebut.

2. Persediaan untuk memasuki Negara Thailand

Sebelum seseorang pelancong  Malaysia memasuki Thailand dengan kenderaan sendiri, mereka perlulah mengetahui sedikit sebanyak undang-undang mengenai Negara tersebut terutamanya apa yang perlu mereka ada seperti Insurans dan juga maklumat-maklumat serta autoriti-autoriti yang mereka boleh hubungi dan juga hak-hak mereka sebagai seorang pelancong di Thailand.

3. Insurans

Sebelum sesebuah kenderaan memasuki Negara Thailand, sesebuah kenderaan wajib membeli insurans di bawah (Motor Vehicle Accident Victims Act 1992). Permasalahan yang timbul ialah rakyat Malaysia yang membeli Insurans sama ada di sempadan Malaysia atau Thailand tidak mengetahui apa yang di lindungi oleh Insurans yang mereka beli tersebut.

Di Malaysia, secara umumnya, Insuran Kenderaan terbahagi kepada dua (2) iaitu:-

i. Insurans Komprehensive;
ii. Insurans Pihak Ketiga

Secara ringkasnya, Insurans Komprehensive melindungi kenderaan dan tubuh badan yang cedera/mati kedua-dua pihak iaitu pihak yang membeli Insurans dan pihak ketiga. Manakala Insurans Pihak Ketiga hanya melindungi kenderaan dan tubuh badan yang cedera /mati pihak ketiga sahaja.

Melalui perbincangan saya dengan Peguam Thailand, saya dimaklumkan bahawa di Thailand terdapat dua (2) jenis Insurans :-

1) Insurans yang Wajib di ambil yang di panggil Por Ror Bor atau Compulsory Motor Insurance (CMI). CMI hanya melindungi kecederaan tubuh badan atau kematian dan tidak melindungi kenderaan atau harta benda. CMI boleh di beli daripada Department of Land Transport office (DLT) Thailand, Syarikat Insurans atau daripada ejen yang dilantik berhampiran sempadan.

Peguam Thailand tersebut memaklumkan jika berlaku :-

a) Kecederaan – Perlindungan tidak lebih daripada 30,000 Baht setiap seorang
b) Kecederaan Kekal – 35,000 Baht setiap seorang
c) Melibatkan kecederaan dan kecederaan kekal maksimum 65,000 Baht
d) Kos perubatan dan seterusnya Meninggal Dunia – maksimum 65,000 Baht

Namun, daripada polisi-polisi yang saya baca, kebanyakan Insurans wajib ini memberi perlindungan sehingga 80,000 Baht.

Ada sedikit perbezaan Had masa Minima CMI di antara rakyat Thailand dan rakyat Malaysia

Fakta yang tidak dipertikaikan ialah untuk rakyat Thailand, had masa minima CMI yang wajib diambil adalan 3 bulan. Namun kebiasaannya, rakyat Thailand mengambil terus selama 1 tahun.

Fakta yang ada sedikit pertikaian di sini ialah apabila melibatkan Pelancong. Ada pihak menyatakan Had Masa Minima selama 3 bulan. Namun, Peguam Thailand yang saya jumpa telah memaklumkan kepada saya bahawa untuk Pelancong, had masa minima untuk CMI adalah selama 9 hari. Melalui pengalaman Cikgu Joe Satun juga, beliau berjaya membuat tuntutan CMI yang diambil selama 9 hari.

Oleh yang demikian, buat masa ini, saya mengambil pendapat Peguam tersebut dan pengalaman Cikgu Joe Satun bahawa Pelancong boleh mengambil CMI had masa minima selama 9 hari dan bukan 3 bulan. Bukan semua Syarikat Insurans di Thailand yang menawarkan CMI had masa minima selama 9 hari, ada yang menawarkan had masa minima 3 bulan.

Peguam tersebut juga memaklumkan kepada saya bahawa Insurans wajib ini melindungi tubuh badan/kematian kedua-dua pihak iaitu pemegang insurans dan pihak ketiga. Ini disahkan oleh pengalaman Cikgu Joe Satun melalui pengalamannya membantu mangsa kemalangan

2) Insurans yang di ambil secara Sukarela ( Voluntary)

Insurans Sukarela melindungi kenderaan dan harta benda dan ada pakej yang melindungi tubuh badan dan kematian juga

Insurans Sukarela ini terbahagi kepada tiga (3) iaitu :-

i. Kelas Pertama – Perlindungan kenderaan seperti perlindungan Insurans Komprehensif di Malaysia
ii. Kelas Kedua – Perlindungan kenderaan seperti perlindungan Insurans Pihak Ketiga di Malaysia dengan tambahan kebakaran dan kecurian.
iii. Kelas Ketiga – Perlindungan kenderaan seperti perlindungan Insurans Pihak Ketiga di Malaysia

Insurans Kelas Satu dan Kelas Dua hanya dibenarkan dan ditawarkan untuk rakyat Thailand sahaja. Pelancong hanya dibenarkan untuk membeli Insurans Sukarela (Voluntary) Kelas Tiga bagi melindungi kenderaan dan harta benda Pihak Ketiga

Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah kebanyakan kes kemalangan di Thailand yang  melibatkan jumlah wang yang banyak adalah kerana kebanyakan pelancong hanya membeli Insurans Wajib yang melindungi kecederaan tubuh badan dan kematian sahaja DAN TIDAK MELINDUNGI KENDERAAN ATAU HARTA BENDA. Oleh yang demikian, apabila berlaku satu-satu kemalangan, pihak yang di dapati bersalah terpaksa menanggung kos baiki kenderaan atau harta benda pihak yang tidak bersalah. Jumlah yang di tuntut kadang kala mencecah Ratusan Ribu Baht @ Puluhan Ribu Ringgit. Inilah isu yang selalu di perdebatkan oleh rakyat Malaysia apabila berlaku satu-satu kemalangan di Thailand

Apa yang sebaik-baiknya dibuat oleh pelancong Malaysia yang membawa kenderaan sendiri memasuki Thailand mulai sekarang

Pastikan bahawa Insurans yang dibeli melindungi segala aspek yang diperlukan iaitu tubuh badan, kenderaan, kos perubatan dan lain-lain kos yang mungkin terlibat apabila berlakunya satu-satu kemalangan

Memandangkan Insurans Wajib hanya melindungi kecederaan tubuh badan atau kematian, maka adalah dinasihatkan supaya Pelancong –pelancong Malaysia yang membawa kenderaan sendiri mengambil Insurans yang melindungi kenderaandan harta benda juga.

‘Endorsement 101’

Di Malaysia, ada beberapa Syarikat Insurans yang menawarkan perlindungan kenderaan yang dilanjutkan perlindungan kenderaan mereka ke Negara Thailand yang dinamakan ‘Endorsement 101’. Antara syarikat Insurans yang menawarkan ‘Endorsement 101’ ialah ALLIANZ, TOKIO MARINE, AIA dan ETIQA. Ini syarikat-syarikat yang sempat saya kenal pasti dan mungkin ada lagi syarikat-syarikat Insurans yang menawarkan lanjutan ‘Endorsement 101’ ini

Setiap syarikat mempunyai syarat-syarat mereka tersendiri. Namun semua syarikat Insurans yang saya nyatakan di atas hanya menawarkan ‘Endorsement 101’ kepada Insurans Komprehensif yang di ambil oleh pemegang insurans. Insurans Pihak Ketiga tidak ditawarkan lanjutan ‘Endorsement 101’ ini. ‘Endorsement 101’ hanya melindungi kenderaan dan tidak melindungi kecederaan tubuh badan atau kematian. Perlindungan yang ditawarkan kepada kenderaan anda adalah sama dengan jumlah perlindungan kenderaan yang anda ambil di Malaysia.

Apa yang perlu di buat jika berlaku kemalangandi Thailand ialah buat repot polis, tow kenderaan anda ke sempadan dengan kos sendiri dan pembaikan kenderaan hendaklah di buat di Malaysia dan semua kos tow kenderaan bermula dari sempadan Malaysia ke panel bangkel dan pembaikan kenderaan akan ditanggung oleh syarikat Insurans anda di Malaysia berdasarkan kepada jumlah perlindungan kenderaan anda di Malaysia .

‘Endorsement 101’ juga melindungi kenderaan Pihak Ketiga. Untuk syarikat ALLIANZ, perlindungan maksima kepada pihak ketiga adalah sebanyak RM 100,000

Apa yang harus di buat ialah Pihak Ketiga tersebut ialah membaiki kenderaan mereka sendiri dan kemudiannya menghantar tuntutan mereka kepada syarikat Insurans Malaysia dan kebanyakan syarikat Insurans akan mengambil masa di antara 2-6 bulan untuk memproses tuntutan dan membuat bayaran kepada pihak ketiga tersebut .

Berdasarkan kepada fakta di atas, ‘Endorsement 101’ walaupun melindungi pihak ketiga, saya menganggap ianya langsung tidak praktikal kerana pihak ketiga terpaksa menanggung kos pembaikan kenderaannya sendiri dahulu dan terpaksa menunggu untuk satu jangka masa yang agak lama untuk mendapatkan tuntutannya. Apalagi kesemua syarikat Insurans Malaysia yang di nyatakan di atas tidak mempunyai ejen di Thailand untuk menguruskan tuntutan tersebut. Maka, sudah pasti rakyat Thailand tidak akan ada keyakinan atau percaya kepada ‘Endorsement 101’ ini dan perkara yang terjadi selama ini iaitu menuntut bayaran tunai daripada rakyat Malaysia akan berulang lagi.

Namun, dengan mengambil lanjutan ‘Endorsement 101’ ini sekurang-kurangnya kos pembaikan kenderaan kita ditanggung oleh pihak insurans walaupun kemalangan tersebut berlaku di Thailand. Apa yang menarik, untuk membuat lanjutan ‘Endorsement 101’ ini tidak melibatkan kos yang besar dan boleh di ambil dalam tempoh masa yang pendek iaitu tempoh anda berada di Thailand walaupun satu (1) hari atau ada syarikat Insurans yang meletakkan tempoh minima 7 hari bergantung kepada syarikat Insurans masing-masing. Sebagai contohnya, untuk syarikat Insurans Allianz motosikal 500cc yang jumlah perlindungan RM 30,000, bayaran yang dikenakan untuk ‘Endorsement 101’ ialah Rm 18.85 untuk 5 hari dan RM 37.75 untuk 9 atau 30 har perlindungan.

Insurans Sukarela Kelas 3 (Voluntary Insurance 3rd Class)

Seperti yang di nyatakan sebelum ini, Pelancong hanya ditawarkan Insurans Sukarela Kelas 3. Saya difahamkan oleh ejen Insurans Thailand bahawa Pelancong tidak ditawarkan Insurans kelas 1 dan kelas 2 kerana ada perlindungan kehilangan kereta. Oleh yang demikian syarikat- syarikat Insurans di Thailand khuatir kenderaan dibawa keluar/ seludup keluar Thailand dan di buat laporan kenderaan hilang atau di curi dan pemegang Insurans menuntut ganti rugi daripada syarikat Insuran Thailand bahawa kenderaan mereka dicuri atau hilang.

Saya difahamkan di Thailand, terdapat 24 syarikat Insurans. Bukan semua Syarikat Insurans menawarkan Insurans kelas 3 kepada Pelancong dan ada yang tidak menawarkan kepada pelancong. Ada syarikat Insurans yang pihak ketiga kena baiki kenderaan mereka dahulu dan menuntut daripada syarikat Insurans selepas itu dan ada syarikat Insurans yang akan menanggung semua kos pembaikan pihak ketiga termasuklah tow kenderaan pihak ketiga ke bengkel tanpa pihak ketiga tersebut perlu mengeluarkan wang dahulu dan membuat tuntutan kemudian.

Sekiranya syarikat Insurans kelas ketiga ini perlu membayar dahulu dan membuat tuntutan kemudian, maka ia adalah sama seperti lanjutan ‘Endorsement 101’ dan tidak praktikal. Perkara yang sama akan berulang iaitu pihak yang didapati bersalah dikehendaki menyediakan dan membayar wang tunai untuk menanggung kos pembaikan kenderaan pihak ketiga kerana sudah pasti pihak ketiga tersebut tidak mahu menanggung dahulu kos pembaikan kenderaannya.

Setakat ini, saya hanya berjaya mendapat maklumat daripada ejen ASIA INSURANCE THAILAND yang menawarkan perlindungan kenderaan pihak ketiga di mana syarikat Insurans ini menanggung kesemua kos pembaikan dan towing pihak ketiga tanpa perlu pihak ketiga keluarkan dahulu wangnya sendiri untuk membaiki kenderaannya  dan menuntut kemudian kos pembaikan dan ganti rugi.

Perlindungan kenderaan yang diberikan adalah sebanyak 600,000 Baht untuk satu kemalangan. Selain daripada itu sekiranya kita mengambil perlindungan penuh, tambahan perlindungan tubuh badan kepada pemandu/penunggang dan pembonceng adalah sebanyak 50,000 Baht.

Buat masa sekarang, ada 2 masalah yang saya lihat di dalam  Insurans Kelas Tiga Sukarela (3rd Class Voluntary Insurance) ini

1) Ia tidak menawarkan had masa pakej seperti Insurance Wajib Poh Ror Bor iaitu selama 9 hari, 3 bulan atau setahun. Ia hanya menawarkan perlindungan selama setahun sahaja. Setakat ini syarikat Asia Insurance, untuk perlindungan penuh motosikal, Premium selama setahun adalah sebanyak 1,999 Baht dan untuk perlindungan Asas (Basic) tanpa kos perubatan, premium untuk setahun adalah sebanyak 1699 Baht. Premium ini adalah untuk semua jenis motosikal tanpa ada had cc dan tiada lebihan (Excess)

Bagi kenderaan 4 roda, premiumnya bergantung kepada jenis kenderaan sama ada kenderaan sedan, pickup atau van dan di tawarkan had masa perlindungan selama 6 bulan atau setahun.

Namun begitu, saya ada berbincang dengan ejen tersebut dan beliau berhasrat untuk membawa saya ke Bangkok untuk berbincang dengan ibu pejabat syarikat Asia Insurans ini supaya Pakej selama 3 bulan, 6 bulan atau setahun di tawarkan kepda pelancong  Malaysia dan mereka akan mengkaji dan mengubah jumlah perlindungan yang sesuai dengan jumlah had masa pakej tersebut.

2) Tiada ejen di sempadan. Ejen yang paling hampir ialah di Hat Yai. Kemalangan boleh berlaku di dalam perjalanan dari Danok ke Hat Yai dan pelancong Malaysia tidak sempat mengambil perlindungan Insurans sukarela kelas ketiga ini.

Saya difahamkan bahawa pihak Asia Insurance sedang menguruskan perlantikan satu ejen berlesen di Danok dalam masa yang terdekat ini.

Pembaca boleh dan hendaklah membuat kajian sendiri, selain daripada Asia Insurance, apalagi Insurans di Thailand yang menawarkan  pakej yang terbaik untuk pelancong Malaysia. Buat masa ini, saya hanya mendapat maklumat berkenaan dengan Asia Insurance sahaja kerana amat susah untuk mendapatkan maklumat kerana masalah bahasa dan ada syarikat Insurans yang enggan memberi kerjasama atau tidak berminat untuk menawarkan pakej ini kepada rakyat Malaysia.
Insurans Perjalanan (Travel Insurance)

Para pelancong yang membawa kenderaan persendirian amat-amat digalakkan membeli Insurance Perjalanan sewaktu melancong sama ada dengan kenderaan sendiri atau tidak

Insurans perjalanan hanya melindungi diri sendiri atau keluarga pembeli insurans dan tidak melindungi kenderaan

Ia boleh di gunakan sebagai perlindungan tambahan kepada Insurans Wajib dan Insurans Kelas Ketiga Perlindungan Penuh Thailand.

Apa yang menarik mengenai Insurans Perjalanan ini ialah ia boleh di ambil dalam tempoh masa yang singkat dan tidak melibatkan kos yang tinggi

Saya sempat melihat tiga syarikat Insurans yang menawarkan Insurans perjalanan ini iaitu AXA, NOMARD dan AIG. Masing-masng mempunyai pakej yang tersendiri dan premium yang perlu di bayar untuk tempoh perlndungan dari 1-5 hari hanya puluhan Ringgit sahaja bergantung kepada pakej apa yang anda ambil.

Anda boleh hubungi ejen-ejen syarikat insurans ini atau syarikat- syarikat lain untuk mengetahui perlindungan yang diberikan dan belilah mengikut keperluan dan bajet anda.

4. Pusat Bantuan Pelancong Thailand ( Thailand Tourist Assistant Centre)  - TAC

Di Thailand, ada TAC di bawah Kementerian Pelancongan dan Sukan. Ia boleh membantu   Pelancong yang terlibat dengan pelbagai masalah yang terlibat dalam kemalangan.

Masuklah ke dalam website TAC dan dapatkan nombor telefon TAC di setiap wilayah Thailand. Anda boleh menghubungi mereka sekiranya memerlukan bantuan.

5. Polis Pelancong Thailand

Anda juga boleh menelefon Polis Pelancong Thailand yang boleh berbahasa Inggeris untuk membantu anda sekiranya ada apa-apa masalah di Thailand termasuk jika anda terlibat dengan kemalangan .

Anda boleh telefon Polis Pelancong Thailand ini dengan menggunakan simcard Thailand dengan mendail nombor 1155 untuk mendapatkan apa-apa bantuan

6. Peguam Thailand

Memandangkan Majlis Peguam Malaysia masih belum ada apa–apa hubungan kerjasama dengan Majlis Peguam Thailand, saya telah berusaha untuk menghubungi berpuluh firma guaman di sana tetapi tidak ada satu firma pun yang berminat untuk bekerjasama untuk memberi maklumat kepada saya kecuali Firma Hughes Krupica.

Saya telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama mereka pada hari Rabu 31 Januari 2018 dengan diiringi oleh Cikgu Joe Satun. Secara jujur, saya tidak tahu setakat mana hebatnya Peguam-Peguam di firma ini mewakili anak guam mereka di Mahkamah .

Namun, semasa perbincangan bersama mereka, saya dapat lihat komitmen mereka dan cukup professional.

Firma ini mempunyai 2 cawangan iaitu di Bangkok dan di Phuket

Alamat di Bangkok
Hughes Krupica Consulting (Bangkok) Co. Ltd
179 Bangkok City Tower,
Fifth Floor South Sathorn Rd
Sathorn Bangkok
10120 Thailand
No telefon : +66(0) 22 872 173

Alamat di Phuket
Hughes Krupica Consulting Co. Ltd
23/123-125 Moo 2 Kohkaew Plaza
The Phuket Boat Lagoon,
T Kohkaew Amphoe Muang
Phuket 83000 Thailand
No telefon : +66(0) 76 608 468

Sekiranya anda ada apa-apa masalah yang memerlukan khidmat Peguam, anda boleh berhubung dengan firma ini dan peguam-peguamnya boleh berbahasa Inggeris.

Saya dimaklumkan oleh peguam ini sewaktu berbincang dengan mereka bahawa pelancong juga ada hak untuk mempertahankan diri mereka di Thailand.

Apa yang penting iaitu laporan polis yang dibuat. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh pihak Polis di tempat kejadian kemalangan, anda boleh menghubungi peguam untuk datang mewakili anda dan membantu anda untuk membuat laporan polis dan melantik mereka untuk tindakan-tindakan selanjutnya.

Namun, peguam tersebut menyatakan bahawa kebanyakan kes-kes kemalangan di Thailand diselesaikan secara persetujuan bersama pihak-pihak yang terlibat.

Dalam masa yang sama, sewaktu pertemuan saya dengan Duta Malaysia di Bangkok Thailand, Saya telah meminta pihak kedutaan untuk mendapatkan Peguam-Peguam lain yang boleh membantu pelancong Malaysia sekiranya mereka memerlukan khidmat peguam di Thailand dan saya mencadangkan firma-firma ini di jadikan seperti panel Peguam kedutaan Malaysia di Thailand.

Rakan–rakan Bikers di Thailand juga sedang mengusahakan pertemuan saya dengan  dua(2) orang peguam dari Selatan Thailand dalam tempoh yang terdekat ini untuk kami adakan perbincangan.

7. Kedutaan Malaysia Di Bangkok Thailand

Saya telah mengadakan pertemuan dengan Kedutaan Malaysia di Bangkok, Thailand pada hari Khamis 01 Februari 2018. Korum di dalam perjumpaan tersebut ialah Duta Malaysia di Thailand Dato’ Jojie Samuel, Encik Mohammad Faizal Razali (Deputy Chief Of Mission), Encik Nor Azizi Bin Abdullah (Third Secretary) dan Cikgu Joe Satun.

Pada pertemuan tersebut, saya telah memaklumkan kepada pihak kedutaan Malaysia  berkenaan dengan masalah yang di hadapi oleh Pelancong-pelancong Malaysia yang menggunakan kenderaan sendiri terutamanya apabila berlaku kemalangan. Dalam masa yang sama, saya telah mencadangkan:-

a) Diadakan Memorandum Persefahaman G to G mengenai masalah pelancong Malaysia yang menggunakan kenderaan sendiri di Thailand terutamanya sewaktu berlaku kemalangan.

b) Pihak kedutaan menterjemahkan ke Bahasa Thailand MOU yang telah dicapai dan juga MOU yang menyatakan Pelancong Malaysia yang menggunakan kenderaan sendiri tidak perlu membawa Lesen Memandu Antarabangsa supaya rakyat Malaysia boleh menyimpan MOU yang telah di terjemahkan ke Bahasa Thailand tersebut oleh Kedutaan Malaysia didalam bentuk soft copy didalam handphone mereka atau mencetak hard copy untuk dibawa sepanjang berada di Thailand dan boleh menunjukkan MOU tersebut sekiranya di tahan oleh pihak polis atau pihak-pihak Autoriti di sana sekiranya timbul apa-apa isu yang berkaitan.

c) Pihak Kedutaan mendapatkan Peguam-Peguam yang boleh di jadikan sebagai panel Kedutaan bagi membantu dan mewaliki rakyat Malaysia apabila ada kes-kes yang memerlukan khidmat peguam.

d) Dalam masa yang sama, Duta Malaysia di Bangkok menasihatkan pelancong-pelancong Malaysia terutamanya ‘Bikers’ supaya mengelakkan daripada melekatkan Sticker di harta awam kerana harta awam di Thailand adalah milik Raja Thailand.

Disini juga saya mengambil kesempatan menyarankan semua pelancong-pelancong Malaysia supaya memaklumkan kepada pihak Kedutaan Malaysia apabila mereka ingin memasuki negara Thailand, iaitu tempat yang hendak di tuju dan berapa lama tempoh berada di Thailand

Anda boleh email ke alamat email ini:-
mwbangkok@kln.gov.my

Jika ada apa-apa masalah, anda boleh hubungi nombor telefon 02 6896800 pada waktu pejabat daripada hari Isnin – Jumaat pukul 8 pagi – 4 petang.

Sekiranya di luar waktu pejabat, hari Sabtu, Ahad atau Cuti Umum, anda boleh telefon nombor 08 70284659 di mana ada pegawai-pegawai yang bertugas 24/7

8. Perjumpaan Dengan Timbalan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Reezal Merican

Saya telah mengutarakan isu yang sama kepada Datuk Seri Reezal Merican apa yang saya bincangkan bersama Duta Malaysia di Kedutaan Malaysia di Bangkok Thailand.

Saya mencadangkan pihak Kementerian Luar berbincang dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Malaysia Takaful Association (MTA) dan Bank Negara Malaysia supaya semua Syarikat Insurans/Takaful menawarkan lanjutan ‘Endorsement 101’ dan memudahkan tuntutan pihak ketiga supaya menjadi lebih praktikal, bukan seperti sekarang iaitu pihak ketiga perlu membayar dahulu kos pembaikan kenderaan dan menuntut kemudian ke syarikat Insurans Malaysia yang mana proses tersebut  mengambil masa di antara 2-6 bulan.

9. Nasihat Daripada Rakan-Rakan Thailand

Rakan-rakan Thailand menasihatkan supaya setiap pelancong yang membawa kenderaan sendiri bertanya kepada mereka yang mempunyai pengalaman  memandu dan menunggang di Thailand kerana disiplin pemandu/penunggang di Thailand dan Malaysia adalah tidak sama

Mereka juga menyarankan setiap Pelancong Malaysia membawa/ memakai kamera Video untuk merakamkan setiap peristiwa sebagai bahan bukti untuk mengelakkan permintaan yang menyalahi undang-undang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab .

10. Kesimpulan

Malang tidak berbau, kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa, dimana-mana dan pada bila-bila masa.

Berdasarkan kepada apa yang telah saya nyatakan di atas, saya mencadangkan supaya kita melabur sedikit dalam pembelian Insurans supaya kita melancong dengan keadaan yang tenang dan tidak menyusahkan sesiapa sekiranya berlaku kemalangan di Thailand.

Insurans yang saya cadangkan untuk di ambil ialah :-

i. Insurans Wajib (CMI atau Por Ror Bor). Periksa polisi insurans tersebut apa yang dilindungi dan jumlah perlindungan. Begitu juga dengan harga insurans tersebut kerana ada ejen yang menjual insurans wajib yang memberi perlindungan selama  9 hari dengan harga yang lebih kurang sama dengan Insurans wajib yang memberi perlindungan selama 3 bulan. Insurans wajib adalah untuk perlindungan kecederaan tubuh badan atau kematian;

ii. Lanjutan ‘Endorsement 101’
Ini bagi melindungi kenderaan anda

iii. Insurans kelas 3 Thailand
Ini bagi melindungi kenderaan  dan harta benda pihak ketiga

iv. Insurans Perjalanan (Travel Insurance)
Ini sebagai tambahan kepada perlindungan untuk diri anda atau keluarga/ penumpang (Insurans perjalanan tidak melindungi kenderaan)

Pastikan anda membeli insurans daripada ejen yang boleh membantu anda apabila anda mengalami kemalangan atau masalah. Tidak ada gunanya anda membeli insurans, kemudian apabila anda di timpa kemalangan atau masalah, anda tidak dapat hubungi ejen insurans yang anda beli tersebut atau ejen tersebut tidak boleh membantu anda(sekadar menjual insurans)

Selain daripada telah melengkapkan diri anda dengan keperluan semua insurans seperti yang saya dinyatakan di atas, apabila anda terlibat dalam kemalangan:-

I. Hubungi Polis Pelancong Thailand
II. Hubungi kesemua ejen insurans anda
III. Hubungi Pihak Kedutaan Malaysia
IV. Sekiranya perlu, hubungi peguam dan dapatkan khidmat mereka untuk mempertahankan hak anda.

Anda juga dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada mereka yang telah berpegalaman menunggang / membawa kenderaan di Thailand, ambil tahu cara menunggang/memandu yang sepatutnya dan selamat di sana.

Akhirnya, sebaik-baiknya setiap penunggang atau pemandu perlu melengkapkan diri mereka dengan kamera video supaya boleh di jadikan bahan bukti dan untuk mengelakkan diri daripada di ambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di sana

11. PERNYATAAN BUKAN TANGGUNGJAWAB (DISCLAIMER)

Pandangan dan informasi yang saya nyatakan di sini saya perolehi daripada perjumpaan saya dengan Peguam Thailand, panggilan telefon, mesyuarat dengan ejen insurans dan maklumat daripada orang ramai.

Sekiranya pandangan atau informasi yang saya berikan ini tidak tepat atau salah, saya tidak bertanggungjawab di atas apa-apa pandangan atau informasi yang tidak tepat atau salah tersebut

Pandangan dan informasi ini hanya berdasarkan maklumat-maklumat  terhad yang saya perolehi.

Anda boleh membuat kajian anda sendiri sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan yang lebih meyakinkan anda.

Salam ikhlas daripada saya,
Badruzzaman Ishak @ LB
Peguambela & Peguamcara
BC/B/106

Tuesday, February 6, 2018

Cara Dapatkan CCRIS Online Melalui AKPK

Bank Negara Malaysia telah melancarkan e-ccris bagi memudahkan rakyat Malaysia melihat CCRIS mereka CUN atau x.

Di awal pelancaran, untuk tujuan mendaftar, anda hanya perlu ke Bank Negara Malaysia atau kiosk BNM. Bagi negeri yang tiada kiosk BNM, mesti lah sukar. Jauh tu nak pergi. Huhu.

Namun , SEKARANG anda sudah boleh pergi ke Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) di seluruh negeri Malaysia.

Ok. Jom REGISTER eCCRIS !

.
.

1️⃣ Step 1

Pergi ke mana-mana branch Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di seluruh negeri.

Mintak borang di kaunter tu. Bagitau nak daftar eCCRIS.

Isi maklumat-maklumat di borang tersebut.
(rujuk gambar 1)

Bila dah siap isi, nanti penjaga kaunter akan minta ic dan anda kena cap jari.

Selepas itu, penjaga kaunter akan minta Nombor Telefon.

Settle semuanya, anda diminta baca elok-elok maklumat di screen, takut ada tersalah maklumat.

DONE urusan di AKPK ‼️

.
.

2️⃣ Step 2

Setelah pendaftaran di AKPK selesai, Anda akan dapat 1 SMS dari 66300.

Kat situ ada Nombor PIN untuk tujuan anda daftar di website BNM nanti.

(rujuk gambar 2)

.
.

3️⃣ Step 3

Balik rumah atau dalam kereta, buka lah website e-ccris.

https://eccris.bnm.gov.my ✅

Click di “FIRST TIME LOG IN”

.
.

4️⃣ Step 4

Masukkan maklumat anda.
Nationality, ID Number dan Nombor PIN.

Nombor PIN ialah nombor yang anda dapat di SMS selepas selesai daftar di AKPK tadi.
(rujuk gambar 4)

Click “Submit”
.
.

5️⃣ Step 5

Create User ID, Email dan Password anda.
(rujuk gambar 5)

Click “Submit”

.
.

6️⃣ Step 6

Pilih “Security Image” ,  “Security Phrase” dan “3 Security Question”
(rujuk gambar 6)

Click “Submit”

.
.

7️⃣ Step 7

Done. Nanti akan keluar camni kt screen anda.
(rujuk gambar 7)

.
.

8️⃣ Step 8

Bukak homepage website e-ccris.

Masukkan “User ID” yang telah didaftarkan tadi.
(rujuk gambar 😎

Click “Next”

.
.

9️⃣ Step 9

Pastikan “Security Image” ,  “Security Phrase” dan “User ID” yang anda buat tadi  semuanya betul.

(rujuk gambar 9)

Click “Yes”

.
.

🔟 Step 10

Masukkan “password”.
(rujuk gambar 10)

Click “Login”

.
.

1️⃣1️⃣ Step 11

Kat bahagian atas , click “Enquiry”.

Selepas itu, click “Self Enquiry - Individual”.

(rujuk gambar 11)

.
.

1️⃣2️⃣ Step 12

Tick “I Agree” kat ruangan kotak di kiri bawah.

Selepas itu, click “Report Enquiry”.

(rujuk gambar 12)

.
.

1️⃣3️⃣ Step 13

Tadaa. Keluar lah CCRIS Report anda. ‼️

Pastikan semua record selama 12 bulan tu ialah 0,0,0,0,0 ye. Nanti masalah nak apply loan pulak. 😅

(rujuk gambar 13)

.
.

Hafiz Kadir
#HKGConsultancy

Thursday, February 1, 2018

PEKAK BADAK

Seorang suami yg berumur 60 ingin menguji tahap pendengaran isterinya yg berumur 55.
Dari jarak 10mtr suami memulakan :-

Suami : awk masak apa hari ni..?
Dia dapati isterinya senyap.

Dari jarak 7mtr pula.
Suami : awk masak apa hari ni..?
Dia dapati isterinya senyap.

Dari jarak 5mtr pula.
Suami : awk masak apa hari ni..?
Dia masih dapati isterinya senyap.

Dari jarak 3mtr pula.
Suami : awk masak apa hari ni..?
Isterinya senyap jugak.

Dari jarak 1mtr...dgn suara yg lebih kuat.
Suami : awk masak apa hari ni..?

Kali ni isteri terus menjawab.
Isteri : awak ni dah pekak ker...dah 5 kali saya jwb...awak tanya gak lagi....😂😂😂

Kadang2 kita rasa kita betul ..
Sebenarnya orang lain lebih betul ..
Betulkan yang biasa ..
Biasakan yang betul ..😎