Thursday, December 22, 2011

Stesen Minyak Mudah Alih Pertama.

Amir (kanan) mengisi minyak di stesen mudah alih pertama Petronas sambil disaksikan Mokhzani.
PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) memperkenalkan stesen minyak mudah alih pertama di negara ini, sekali gus bakal menyaksikan kereta lumba Formula Satu (F1) diisi dengan minyak Primax berkuasa tinggi dari Petronas ketika berlumba di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Amir Hamzah Azizan berkata, pengenalan stesen minyak mudah alih yang dibangunkan sepenuhnya jurutera tempatan atau 'Petronas Primax Mobile Fuel Dispenser' menelan kos kira-kira RM400,000 mampu menampung sehingga 20,000 liter minyak.
Beliau berkata, stesen minyak mudah alih itu nyata memberi keselesaan kepada pelumba berbanding sebelum ini kerana terpaksa membawa bekalan minyak sendiri seperti mengangkut menggunakan lori tangki atau memasukkan ke dalam tong.

"Kemudahan ini dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan SIC manakala pihaknya terbabit dalam urusan penyelenggaraan dan waktu operasi stesen minyak mudah alih ini akan ditetapkan SIC khususnya pada hari perlumbaan kerana kegunaan petrol pada waktu itu sangat diperlukan," katanya pada sidang media sempena pelancaran stesen minyak itu yang turut dihadiri Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir di SIC, Sepang, semalam.

Pada majlis itu, PDB meraikan 600 tetamu istimewa terdiri daripada pelanggan setia, rakan perniagaan dan media sempena kejayaan Petronas Primax melalui beberapa acara Petronas Xtrack.

No comments:

Post a Comment