Sunday, December 18, 2011

3 Sebab Kenapa Anda Merasa Rendah Diri

Apa dia rasa rendah diri? Ia adalah perasaan di mana Anda merasa diri Anda tak sehebat orang lain. Anda tak nampak di mana kekuatan diri Anda, Anda tak tahu apa kelebihan Anda, Anda kurang yakin dengan diri sendiri. Semua ni berlaku kerana sebab-sebab tertentu.
 
Berikut adalah 3 sebab kenapa Anda merasa rendah diri.
 
1. Anda tidak bertanggungjawab.
 
Anda tidak bertanggungjawab pada diri Anda, sebabnya Anda tidak berusaha memajukan diri sendiri dalam berbagai aspek. Anda cuma merasa diri Anda tidak layak. Anda tidak memilih untuk menjadi orang depan, sebalinya memilih untuk menjadi orang belakang. Orang depan mencipta sesuatu dan melakukan sesuatu, sebaliknya orang belakang hanya mengikut, tidak ada inisiatif untuk memulakan sesuatu.
 
2. Keyakinan Diri Anda Rendah.
 
Anda merasa rendah diri sebab Anda melihat orang lain lebih hebat dari Anda. Anda terlalu banyak melihat kehebatan orang lain tapi tak berusaha mendiskaver kelebihan diri sendiri. Orang yang sering merasa tidak yakin adalah orang yang tidak mengenal siapa dirinya. Cuba gali apa bakat Anda, cuba cari apa perkara yang Anda boleh buat dengan cukup bagus, lebih bagus dari orang lain di sekeliling Anda.
 
3. Anda menyerah pada komen-komen negatif.
 
Orang kata Anda bodoh, Anda terima dan Anda merasa Anda bodoh. Orang kata Anda kurang bijak,Anda merasa itu betul. Hentikan semua ini. Kini sudah tiba masanya Anda tidak perlu bergantung pada kata-kata orang. Inilah masanya Anda mendengar kata-kata dari suara hati Anda sendiri. Meminta pendapat orang itu boleh, tapi jangan sampai Anda buat sesuatu kerana di pengaruhi oleh mereka sebab Anda akan hilang kawalan pada diri sendiri. Untuk tidak menyerah pada komen-komen negatif, ransang diri sendiri dengan kata-kata motivasi. Ulang-ulangkan kata-kata motivasi di fikiran kemudian ingat selalu. Beri peringatakan pada diri sendiri supaya sentiasa bersemangat. 
 

No comments:

Post a Comment