Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga
orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk
dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua,
tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah
saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun
memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka
masuk ke dalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke
dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah
seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, "
Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."
Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan
berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang
kamu ingin jemput kedalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara
tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata.
"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi
rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput
Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu
dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan
pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita
ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada
isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana
satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu
kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki
yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun
bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau
Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah
menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi
bersamanya. Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan
Kejayaan!"
No comments:
Post a Comment