Wednesday, November 14, 2018

TANDA-TANDA ORANG NEGATIF

Kurang percaya diri, rasa keseorangan, rasa sedih ketika ditimpa malapetaka, tidak percaya pada orang lain dan sentiasa rasa gelisah adalah perasaan yang biasa kita alami. Ia datang sesekali. Bagi orang yang negatif, ia berlaku setiap masa.

Bagi sebagai orang yang positif, kita tidak  membiarkan perasan-perasan ini mempengaruhi hidup kita. Bagi orang negatif, mereka tidak mampu mengeluarkan perasaan ini walaupun telah diberikan hujah dan alasan secara logik.

Apabila kita berfikiran negatif, cepat-cepat perbetulkan fikiran tersebut dengan menggantikan dengan sesuatu yang positif. Orang negatif tidak mampu melakukan perkara ini.

Ramai di antara kita yang tidak menyedari bahawa mereka mempunyai sifat  negatif dan tidak tahu bahawa sifat-sifat tersebut boleh merosakkan hubungan dengan orang sekeliling.

Jom kita audit diri kita jika kita ada sifat atau pemikiran negatif.

1. Selalu khuatir

Kehidupan orang yang negatif selalu dilanda rasa kekuatiran sehingga mereka rasa tidak selamat dan perlu dilindungi oleh orang lain atau sesuatu lain. Sebagai contoh rasa selamat jika berkawan dengan seorang doktor atau ada klinik berada berhampiran dengan rumah mereka. Atau rasa selamat jika ada kenalan seorang polis, dan rumah dekat dengan balai bomba dan balai polis.

2. Mereka akan cuba untuk memberitahu apa yang kita perlu lakukan dengan bersungguh-sungguh.

Ketika seseorang memberitahu kita tentang apa yang harus kita lakukan di hidup kita dengan bersungguh-sungguh, mungkin orang ini berfikiran negatif.

Contoh menyuruh kita membeli kereta mewah di luar kemampuan kita dan melabel kita dengan orang yang lemah jika kita tidak mengikut kata mereka.

Seolah-olah kalau kita tidak menukar kepada kereta mewah, kita akan berada dalam bahaya dan kehinaan.

3. Mereka lebih suka hidup merana dan tidak mahu berubah.

Orang berfikiran negatif ini adalah orang yang mempunyai masalah di bahagian otak yang disebut amigdala yang berfungsi sebagai alarm. Masalah alarm ini terus dikeluarkan walaupun tiada tanda-tanda bahaya. Alarm ini semakin kuat apabila mereka melihat ada sesuatu yang bahaya, dan mendengar berita buruk yang berlaku pada orang lain.

Orang yang positif akan berfikiran rasional untuk mengimbangi perasan ini. Tetapi orang negatif tidak mampu menjadi lebih rasional. Mereka merasa semua musibah yang berlaku adalah penghujung kehidupan. Pada ada seribu satu cara untuk menyelesaikannya.

4. Mereka hidup dalam kerahasiaan

Bila kita jumpa orang negatif dalam satu majlis, mereka akan bercakap perkara yang membosankan. Mereka akan takut untuk bercerita tentang diri mereka. Mereka mengelak dari bercerita tentang diri mereka.

Mereka akan mengelakkan diri dengan bercakap (bergosip) tentang orang lain. Yang jelas semua gosip yang dibawa adalah berita buruk saja, tiada berita yang baik. Semua orang salah, semua orang tidak betul. Mereka jarang kongsikan sesuatu yang positif.

5. Mereka selalu pesimis

Orang yang negatif jarang membayangkan hasil yang baik atau yang besar. Mereka selalu membayangkan bahawa segala sesuatu yang telah mereka lakukan akan menjadi suatu masalah, mendatangkan musibah atau mendatangkan bahaya.

Mereka akan menunggu-nunggu sesuatu yang benar-benar dirasakan selamat untuk melakukan sesuatu.

6. Mereka tidak boleh menerima musibah dengan rasa berlapang dada.

Orang yang negatif suka bercerita hal-hal yang buruk tentang orang lain. Contohnya dia akan bercakap "Apakah dengar kisah buruk tentang orang A”. Setelah itu mereka akan bercerita secara terperinci berita malang itu. Yang menyedihkan adalah mereka terkesan berlebih-lebihan mencerita berita malang itu sehingga mempengaruhi si pendengar (kita) pada hal ia tidaklah seteruk seperti yang diceritakan.

7. Mereka memiliki jiwa yang sangat sensitif

Mereka yang berfikiran negatif cenderung memiliki hati yang terlalu sensitif  terhadap kritikan, bahkan mengambil pujian dengan cara yang salah. Mereka menafsirkan pujian ikhlas sebagai suatu sindiran atau penghinaan, kerana mereka sudah biasa menghina orang lain dengan cara sinndiran yang sama.

Sebagai contoh, pujian "suara awak sedap" sama erti dengan "suara awak tak sedap", sebab mengambil pujian sebagai sindiran.

8. Mereka banyak mengeluh

Orang yang negatif selalu banyak mengeluh. Mereka berasa mereka adalah mangsa keadaan. Mereka berasa mereka adalah bos yang pemarah, kawan-kawan yang pemalas, adik beradik yang tidak membantu atau suami yang tidak bertanggungjawab. Memang sesetengah alasan yang diberikan boleh diterima, tetapi jika mereka menyalahan semua orang, berkemungkinan mereka adalah orang yang nagatif.

9. Mereka tidak pernah cuba untuk keluar dari zon selesa.

Apabila melakukan sesuatu di luar kebiasaan, ia seperti melakukan sesuatu yang mengaibkan. Baju yang dipakai mungkin serupa saja setiap hari. Fesyen dan warna yang sama. Tanpa sebarang alasan atau sebab yang kukuh, mereka suka melakukan perkara yang sama berulang-uang setiap hari.

Mereka takut melakukan sesuatu yang berlainan, atau melakukan sesuatu yang lebih sukar (untuk mendapat kejayaan yang lebih besar). Mereka tidak boleh  menghadapi perasan ketakutan, mereka mudah rasa tidak selesa, mereka tak sanggup menghadapi cabaran dan takut jika berhadapan kegagalan (pada hal mereka belum mencuba)

10. Mereka menyukai perkataan “tetapi” dalam perbualan.

Seseorang yang berfikiran negatif apabila mengatakan sesuatu yang positif atau memberikan sebuah pujian, akan menyambung perkataan "tetapi".

Contohnya dia akan berkata "saya suka melihat awak berpakaian cantik begini, tetapi..  "  Perkataan tetapi menukarkan ayat positif menjadi ayat negatif.

11. Mereka adalah orang yang kurang berprestasi

Kurang berprestasi boleh disebabkan oleh banyak faktor, tetapi berfikiran negatif adalah faktor utamanya. Orang yang negatif umumnya selalu berfikir  mereka tidak cukup pintar, tidak berbakat atau tidak cukup baik. Masalah utama mereka ialah mereka adalah mereka tidak berfikiran rasional. Pada mereka berfikiran negatif lebih mudah dari berfikiran secara logik.

12. Mereka tidak bersemangat ketika merancang masa depan

Pernahkan kita melihat orang-orang yang berfikiran negatif tidak dapat berbicara tentang rancangan masa depan dengan cara yang positif? Sebenarnya, mereka jarang membicarakan tentang rancangan masa depan kerana  mereka terlalu sibuk untuk mengurus "penderitaan" mereka sekarang.

Sebagai orang yang positif, kita tentu memiliki impian. Kita mempunyai rancangan masa depan. Orang yag negatif akan berasa mereka tidak layak untuk berjaya, mereka rasa tidak layak mempunyai rancangan untuk berjaya pada masa depan.

13. Mereka menghabiskan tenaga kita

Mereka sudah biasa dengan keadaan negatif. Bagi mereka hidup dalam rasa takut, kebimbangan dan kerisauan adalah suatu yang biasa. bila mereka bersama kita, rasa takut, bimbang dan risau juga akan menghantui kita. Maka kita akan berada dalam keadaan tertekan dan tidak dapat memikir secara rasional. Ini semua akan menyebabkan tenaga kita akan keluar dan menyebabkan kita penat.

14. Mereka kehilangan semua hal yang baik didalam hidupnya

Orang yang negatif tidak pernah mengenal sifat sukacita, gairah, kepuasan dan kegembiraan. Mereka akan kehilangan semua pekara yang baik dan hidup mereka sepanjang hidup. Ini akan mendukacitakan mereka dan mengukuhkan anggapan bahawa mereka sentiasa bernasib malang.

15. Mereka akan memberikan penilaian  negatif didalam khabar gembira.

Kita sangat berpuashati dengan pencapaian kita. Kita mahu berkongsi kegembiraan pada semua orang. Bila sampai pada orang yang negatif, mereka akan menjadi berita gembira itu menjadi berita duka. Dia akan membuatkan kita rasa apa yang kita buat adalah sesuatu yang tidak berguna.

Orang negatif mempunyai satu, dua atau keseluruhan sifat di atas. Mereka mempunyai tahap yang pelbagai. Ada yang terlalu teruk dan ada yang ringan.

Bolehkah mereka yang berfikiran negatif ini boleh berubah? Mungkin boleh jika mereka rasa ingin berubah. Mereka mendapat hidayah bahawa sifat negatif mereka adalah sifat yang perlu diubah segera.

Jika mereka tidak mahu berubah, dan menganggap apa yang mereka buat dan rasa adalah suatu yang betul, maka mereka tidaka akan mampu berubah.

Tiada kaunselor yang mampu mengubah keadaan ini, kecuali mereka sendiri yang ingin berubah.

#inspirasidrzubaidi

Thursday, November 8, 2018

Pisang...oh pisaaanggg

🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌

*Kenapa dirumah perrlu selalu  pisang ???* Baca surat Al Waqi'ah Di-tengah ayat ke 29 cukup hairan. .. artinya luar biasa

قال الله تعالى : وَطَلۡحٖ مَّنضُودٖ
( سورة الواقعة - 29 )
Hari Kiamat (Al-Wāqi`ah):29 - dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya),

Ternyata pisang itu buah syurga.....
Saya heran knp Allah menyatakan Pohon Pisang ... lalu saya cari Web, kenapa pohon pisang....kan biasanya Kurma.

Ternyata MASYAA ALLAH manfaat buah pisang, menjadi ubat untuk berbagai penyakit. Dan ini telah ada yang meneliti :

*_INFO SEHAT_*

*"MUNAFAAT BUAH PISANG"*🍌🍌🍌

_Ini Menarik._
Setelah membaca ini, Anda tidak akan pernah melihat *Pisang* dengan cara yang sama lagi. *Pisang* mengandung tiga jeni gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat. Sebiji *Pisang* memberikan dorongan instan pada pecernaan secara berkelanjutan dan energi substansial. Penelitian telah membuktikan bahwa dengan hanya dua biji Pisang* akan memberikan energi yang cukup untuk sebuah latihan berat selama *90* menit.

Tidak heran mengapa *Pisang* adalah buah bagi kebanyakan atlet terkemuka di dunia. Supply energi bukan satu-satunya yang didapat dari *Pisang* tetapi *Pisang* dapat membantu kita agar tetap fit.

Hal ini juga dapat membantu mengatasi atau mencegah dan mengatasi sejumlah besar penyakit dan kondisi badan yang kurang fit, sehingga *Pisang* merupakan suatu keharusan untuk melengkapi diet harian.

🍌. *Depresi :*
Menurut survey yang dilakukan oleh MIND diantara pesakit penderita Depresi, banyak orang merasa lebih baik setelah makan *Pisang.* Hal ini terjadi karena *Pisang* mengandung tryptophan, sejenis protein yang akan diubah oleh tubuh menjadi serotonin, yang akan membuat anda menjadi relax, memperbaiki suasana hati (mood) dan secara umum akan membuat seseorang merasa lebih nyaman.

🍌. *Bagi Penderita Diabetes :* Makanlah *Pisang* setiap hari. Karena *Vitamin B6* terkandung dalam *Pisang* akan mengawal tingkat glukosa darah anda dan akan mempengaruhi suasana hati Anda.

🍌. *Bagi Penderita Anemia : Pisang* mengandung Zat Besi Tinggi, *Pisang* juga dapat merangsang produksi hemoglobin dalam darah dan membantu banyak membantu dalam berbagai kes anemia (kurang darah).

🍌. *Bagi Penderita Tekanan Darah Tinggi :*
Buah tropika yang unik ini sangat tinggi kalium namun rendah garam, sehingga sempurna untuk mengalahkan tekanan darah. Begitu banyak gunanya sehingga _US Food and Drug Administration (Departmen ) baru saja mengizinkan perkebunan *Pisang* untuk melakukan ujian resmi mengenai kemampuan buah ini untuk menurunkan risiko tekanan darah dan stroke.

🍌. *Menambah Kemampuan Otak :*
*200* siswa di sekolah Twickenham (Middlesex) sangat terbantu dalam ujian mereka tahun ini karena memakan *Pisang* pada saat sarapan, saat isrehat dan saat makan tgahari dalam upaya untuk meningkatkan kekuatan otak mereka.
Penelitian telah membuktikan bahwa buah dengan kandungan kalium tinggi dapat membantu siswa dalam belajar dan juga membantu siswa menjadi semakin peka dalam berpikir.

🍌. *Sembelit :*
*Pisang* mengandung Zat Fiber dalam kadar yang tinggi, *Pisang* dapat juga membantu menormalkan kembali kerja pencernaan anda, *Pisang* akan membantu mengatasi permasalahan pencernaan ini tanpa anda harus kembali ke ubat yang jelas *BAB* anda akan jadi semakin lancar .

🍌. *Ubat Mabuk :*
Salah satu cara paling cepat untuk menyembuhkan mabuk _(Darat , Laut dan Udara)_ adalah dengan meminum milkshake *Pisang* ditambah dengan madu sebagai pemanis . Milkshake *Pisang* akan berkesan menenangkan perut anda dan dengan bantuan madu akan mengontrol kadar gula darah anda untuk menjadi normal kembali, sementara susu akan menenangkan perut anda dan menata ulang sistem pencernaan anda.

🍌. *Mulas Dan Sakit Perut :*
*Pisang* memiliki efek antasid pada tubuh, jadi jika Anda menderita mulas dan perut terasa senak maka cubalah makan *Pisang* untuk mengurangi sakitnya.

🍌. *Mual di Pagi Hari (Morning Sickness) :*
Ambil *Pisang* antara waktu makan membantu menjaga kadar gula darah dan menghindari mual dipagi hari.

🍌. *Gigitan Nyamuk :*
Sebelum anda meraih krim atau cairan anti gigitan nyamuk, cubalah dulu menggosok daerah yang terkena gigitan nyamuk dengan bagian dalam kulit *Pisang.* Banyak orang yang sudah merasakan hebatnya Kulit *Pisang* krn akan mengurangi pembengkakan dan gatal pada kulit .

🍌. *Saraf :*
*Pisang* mengandung *Vitamin B* dalam kadar tinggi yang sangat membantu dalam menenangkan sistem saraf.
 
🍌. *Bagi Penderita Obesitas Yang Bekerja ?:*
Kajian  Institut Psikologi di *Austria* menemukan bahwa tekanan pada saat kerja menyebabkan orang sering meraih makanan  seperti, snack, coklat dan kerepek. Setelah meneliti *5.000* pesakit di rumah sakit, para peneliti menemukan bahwa kebanyakan orang yg menderita kegemukan lebih sering berada  dalam tekanan kerja yang tinggi.
Banyak Laporan yang menyimpulkan bahwa untuk menghindari panik akibat tekanan kerja yang berlebihan dan nafsu yang tinggi untuk memakan makanan apapun, kita perlu mengendalikan kadar gula darah kita dengan ambil makanan tinggi karbohidrat setiap dua jam untuk menjaga agar kadar gula darah menjadi stabil.

🍌. *Usus :*
*Pisang* bisa digunakan sebagai bahan makanan utama untuk diet bagi penderita luka usus, *Pisang* akan mencegah gangguan pencernaan hal ini disebabkan texturnya yang sangat lembut dan halus. *Pisang* adalah adalah satu-satunya buah mentah yang dapat dimakan tanpa menyebabkan stress dalam beberapa kes penyakit yang parah. Dan *Pisang* juga akan meneutralkan kelebihan zat asam dan mengurangi iritasi dengan melapisi permukaan dalam usus
 
🍌. *Kontrol Suhu :*
Banyak budaya lain melihat *Pisang* sebagai buah *"Pendingin"* yang dapat menurunkan suhu baik fisik dan emosional, para ibu hamil Di *Thailand* misalnya, mereka akan makan *Pisang* sebelum melahirkan dengan keyakinan bahwa si bayi akan lahir dengan suhu dingin.

🍌. *Bagi Para Perokok :*
Buah *Pisang* dapat membantu orang yang mencuba untuk berhenti merokok. *Vitamin B 6, B 12* yang dikandungnya, serta kalium dan magnesium akan sangat membantu tubuh anda untuk cepat sembuh dari efek penghentian nikotin.

🍌. *Stress :*
Kandungan Kalium dalam *Pisang* adalah mineral yang penting, yang akan membantu menormalkan detak jantung, mengirim lebih banyak oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan cairan tubuh. Ketika kita stress, metabolisme kita akan meningkat, sehingga mengurangi kadar Kalium. Ini dapat dinetralkan (rebalanced) dengan bantuan snack *Pisang* yang tinggi Kalium.

🍌. *Stroke :*
Menurut penelitian di _*The New England Journal of Medicine,*_ makan *Pisang* sebagai bagian dari diet teratur dapat menurunkan risiko kematian kerana stroke sebanyak *40%* !

🍌. *Kutil :*
Mereka yang suka pada pengubatan tradisional sudah banyak yang tahu bahawa *Pisang* bisa Menghilangkan atau Mengecilkan Kutil, jika anda ingin menghilangkan kutil, maka ambillah sepotong *Pisang* dan letakkan di kutil anda, dengan bahagian kuning atau kulit ada diluar , tampal  itu dengan plaster sampai beberapa waktu, gantilah setiap pagi dan tghari, setelah beberapa hari lalu lihatlah !!!

Jadi ingatlah, *Pisang*  adalah ubat alami untuk berbagai penyakit. Jika anda membandingkannya dengan epal misalnya, maka *Pisang* mengandung ; *Protein* empat kali ganda *Karbohidrat* dua kali , Zat *Fosfor* tiga kali *Vitamin A* dan zat besi lima kali dan ada pula dua kali ganda kandungan vitamin dan mineral lainnya. *Pisang* juga kaya kalium dan merupakan salah satu makanan dengan nilai terbaik, Jadi mungkin sekaranglah saatnya untuk mengubah pandangan kita terhadap *Pisang* dan makanlah *Pisang* setiap hari maka anda akan berkata, "Sebiji *Pisang* sehari membuat doktor rugi"!

🍌. *NB: Pisang* jugalah yang menjadi alasan monyet untuk begitu berbahagia setiap saat dan selalu sehat² saja dalam jangka panjang !Saya akan menambahkan satu manfaat lagi disini; Apakah anda ingin sepatu anda bersinar dan mengkilap dalam waktu singkat ? Ambil Dalam kulit *Pisang,* lalu gosok langsung pada kulit sepatu ... lalu lap lah dengan kain kering seperti orang mengilap sepatu ... lihatlah hasilnya ... !!!

Sungguh² Buah yang Menakjubkan !

🍌. *Warning :*
_Jangan pernah menaruh *Pisang* anda di fridge kerana struktur buah Pisang akan berubah bila sudah dibekukan dan itu akan menghilangkan banyak sekali manfaat buah *Pisang !!!*_

Sampaikan pesan ini kepada semua rakan² atau kerabat anda agar mereka juga bisa merasakan hebatnya Buah *Pisang* ini !!!.

Semoga bisa mendatangkan manfaat bagi anda semua.

_Selamat menikmati *Pisang*
🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌

Friday, July 13, 2018

Riding lion without cloth.

Wife: listen, shall we go to the circus ?

Husband : No......... I m busy..

Wife : it seems there's a girl riding on a lion without clothes ...!!!!!

Husband : you have become very stubborn .... in everything you want to be stubborn .....
okay  ..let's go ..anyway i've not seen a lion for a long time  ....!!!!!😜😜😜

The rest of the story ...

Husband & wife went to the circus. Husband even bought front row seats ... 😎

Lion show started ....and also got over ...but no girl without clothes. Soon, the entire Circus show was over...

Husband : you told me there is a show where a girl comes without clothes?

Wife : i said a lion without clothes, not  girl ........

I swear you will read it again.. 😜😂😝😆😂

Thursday, June 21, 2018

MENGURUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN

INGAT, BAWA KERETA ANDA KE BALAI POLIS DAHULU

Ramai lagi yang belum tahu cara yang betul untuk uruskan urusan insurans dan kemalangan kereta.
Akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang mendapat untung atas angin.

Pertama sekali jika kemalangan, anda akan memanggil tow truck (penarik kereta). Bila longkai sampai, dia akan suruh tandatangan satu dokumen.

Jangan tandatangan..! Sebab kalau anda tandatangan, longkai akan dapat komisen 10% dari insurans anda.

Jangan sesekali tandatangan dokumen itu dan tow truck akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu dan ini..!

Jadi apa tindakan anda..? Cakap je kat dia,

"Saya nak towing saje.."
*Biasanya kena caj dalam RM200-300. Towing kereta anda ke balai dulu untuk buat report dan urusan sepatutnya di sana.

Lepas buat report, mintak longkai hantarkan kereta ke bengkel panel yang buat repair.

Kalau tak tau panel bengkel, call pihak insurans dan minta alamat panel yang buat repair eksiden.

Lepas tu, tibalah babak paling best. Tiba giliran anda pulak untuk claim 10% dari tokey bengkel.

Caranya..? Esok adjuster insurance akan datang ke bengkel dan kira jumlah kerosakan.

Contohlah, kereta mahal, Audi ke, BMW ke Mercedes ke, total repair dalam RM100,000. Jadi anda boleh claim RM10K dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel itu.

Sebab itulah Tow Truck biasanya bergaduh berebut-rebut kereta dan duit dari bengkel kereta.

Dan lagi best, anda boleh claim 'lost of use' pada pihak insurans. Contoh kos lost of use insurans anda (ikut jenis insurans) RM30 satu hari.

Lepas tu bengkel bagi anggaran siap dalam 1 bulan. Jadi anda boleh dapat RM30 setiap hari selama sebulan.

RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900

Anda layak dapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim lost of use.

Tapi kalau bengkel tak dapat siapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, anda tak boleh claim lagi dengan pihak insurans. Dan tempoh claim lost of use ini maximum 3 bulan saje.

Cuma kat sini perlu hati-hati dengan dua perkara.

PERTAMA! Pastikan bengkel itu tukar part atau barang kat kereta yang rosak itu.

Sebab sesetengah bengkel kuat kencing. Dia orang tak tukar. Tapi repair je part yang rosak.

Lepas repair, mintak pihak insurans emailkan senarai dan data part yang bengkel tu tukar.

Kalau kurang 1 barang, korang claim duit balik kat tokey kedai tu. Kalau diaorang tak nak bagi, gertak je nak report polis atau tribunal pengguna.

KEDUA! Hati-hati dengan Tow Truck bila diaorang cakap,

"Hantar kat bengkel saya je lah..!"

Itu kencing je. Sebab Tow Truck takde bengkel. Dia pancing je tu.

MENGELAKKAN KEZALIMAN SEMASA DALAM KEMALANGAN

P/s: ✋😃 bacalah doa naik kenderaan

Checklist bila dapat moto baru

Ringkasan checklist semasa mengambil motor dari kedai berdasarkan video yang di muat naik sebelum ini:-

1. Batuan tak lebih 3 km - untuk memastikan motor tak di pakai sebagai motor ujian. Boleh check tempat letak kaki dan pemegang tangan untuk kesan pakai.
2. Cuba tarik tuil brek tangan dan pijak pedal brek kaki - untuk memastikan pergerakan yang selesa dan brek berkesan.
3. Bendalir brek depan dan belakang di tahap operasi.
4. Minyak EO di tahap operasi
5. Air coolant di tahap operasi.
6. Tekanan angin tayar di tahap operasi
7. Hidupkan enjin dan biar selama 15 minit.
8. Tengok lantai untuk kesan kebocoran.
9. Kipas radiator berfungsi
10. Minyak petrol mencukupi untuk sampai station petrol.
11. Periksa semua suis lampu, kecil, besar, belok, brek, hon, penghidup enjin dan pemati enjin.
12. Bila suis di aktifkan bahagian-bahagian berkenaan berfungsi.
13. Bateri di pasang dengan arah yang betul.
14. Enjin boleh di hidupkan dengan mudah -  bateri baru.
15. Segala dokumentasi lengkap, insuran dan hakmilik.
16. No. plat telah di pasang depan belakang.
17. Buku Panduan dan Buku Servis. Pastikan ada kupon servis Percuma yang belum di ceraikan.
18. Bag "Tool Kit"

Tahap operasi - "di antara Max dan Min, tanda atas dan bawah.

Ini adalah saranan panduan "Checklist" sahaja.

Penggunaan "Checklist" ini atas budi bicara sendiri.

Credit : Uncle Lim Ghim

Sunday, May 20, 2018

MENGAPA KURMA DI BENCI JIN DAN SETAN

MENGAPA KURMA DI BENCI JIN DAN SETAN DAN MENGAPA NABI SAW MEMAKANNYA DALAM HITUNGAN GANJIL.
INI JAWABAN NYA.

Secebis Hikmah

Mengapa kurma dibenci jin dan setan ?
Serta mengapa Nabi SAW memerintah kan kita memakan dalam hitungan ganjil 3, 5, 7, 9 atau 11 dan dimakan pada pagi hari ?

Dan yg paling baik makan tujuh biji kurma. Baik dari segi Agama dan ilmiah !
Penjelasan atas pertanyaan ini yaitu ternyata kurma membuahkan daya perlindungan tubuh manusia dan membuat perisai dan pelindung untuk tubuh manusia.

Amir bin Saad dari ayahnya – berkata : Rasulullah, sallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
Lakukanlah ikhtiar perlindungan dari sihir dengan memakan 7 biji kurma.
Penelitian sudah tunjukkan kalau buah kurma miliki manfaat utama.

1.PERTAMA
Mengurang kan paras kolesterol dalam darah dan mencegah saluran darah dari tersumbat.

2.KEDUA
Mencegah cancer usus besar serta mencegah penyakit bawasir dan mengurangkan  bentuk batu kepahitan dan membantu tahap kehamilan serta waktu bersalin, lantaran mengandung serat serta makanan yg baik pencernaan dan gula.

3-KETIGA
Mencegah kerusakan gigi kerana mengandungi fluorine.

4.KEEMPAT
Mencegah racun kerana mengandungi natrium, gallium dan vitamin C.

5.KELIMA
Penyembuhan kekurangan darah merah kerana mengandungi zat besi, tembaga, vitamin B-2.

6.KEENAM
Ubat untuk penyakit lemah tulang kerana mengandungi kalsium, fosfor, vitamin A.

7.KETUJUH
Penyembuhan untuk kehilangan selera makan dan kurangnya fokus kerana mengandungi gallium.

8.KEDELAPAN
Untuk pengubatan kekurangan umum dan jantung berdebar kerana mengandungi magnesium, tembaga.

9.KESEMBILAN
Ubat cancer sendi dan otak kerana mengandungi boron.

10.KESEPULUH
Anti-cancer kerana mengandungi selenium.

11.KESEBELAS
Pengubatan disfungsi ereksi kerana mengandungi boron, vitamin A.

12.KEDUABELAS
Perawatan untuk kulit kering dan penyakit cornea mata kering serta kebutaan malam kerana mengandungi vitamin A.

13.KETIGABELAS
Ubat untuk penyakit saluran pencernaan saraf kerana mengandungi vitamin B1.

14.KEEMPATBELAS
Perawatan untuk rambut gugur dan stres mata serta selaput lendir rongga mulut serta inflamasi bibir kerana mengandungi vitamin B-2.

15.KELIMABELAS
Perawatan inflamasi kulit kerana mengandungi vitamin niacin.

16.KEENAMBELAS
Ubat untuk penyakit kudis, melemahkan keseluruhan tubuh dan jantung berdebar, sesak nafas dan kecot pembuluh darah serta timbulnya bintik-bintik merah pada kulit serta kekurangan dalam tulang dan gigi, kerana mengandungi Vitamin C, atau ascorbic acid 2 E

17.KETUJUHBELAS Pengubatan kemasaman diperut kerana mengandungi klorin, natrium dan gallium.

18.KEDELAPANBELAS Pengubatan penyakit gusi dan kekurangan saluran darah capillary, kekurangan kekuatan otot dan tulang kerana mengandungi vitamin C.

Friday, April 27, 2018

CABARAN DAKWAH KHULAFA AR-RASYIDIN : UMAR AL-KHATTAB (Siri 69

*Tazkirah Jiwa Siri 531*

*CABARAN DAKWAH KHULAFA AR-RASYIDIN : UMAR AL-KHATTAB (Siri 69)*

*PEPERANGAN QADISIYYAH*

Kekalahan tentera Parsi dalam peperangan Buwaib telah menyebabkan berlaku pertikaian kepimpinan di dalam istana Parsi. Pergolakkan kepimpinan Kisra telah menyebabkan Raja Boran Dokth diturunkan dari tahta pemerintahan Parsi. Kekalahan peperangan dengan Islam diletakkan kepada Kisra. Lalu diangkat seorang pemuda menjadi Raja yang baru iaitu namanya Yedzajir III. Usia Kisra baru ini menurut Abu Hanifah an-Danawari ialah 16 tahun manakala menurut Imam at-Tabari usianya 20 tahun. Kerajaan Parsi kembali stabil setelah perlantikkan Kisra yang baru ini dan mereka mula menyusun kembali strategi bagi menghadapi kemaraan tentera Islam.

Panglima Muthanna bin Haritsah mengikuti dengan terperinci perkembangan pergolakkan kepimpinan di istana Parsi. Beliau sentiasa bersedia dengan apa jua kemungkinan yang akan berlaku dengan perubahan Kisra Parsi. Segala maklumat yang diketahui segera disampaikan kepada Khalifah Umar bin al-Khattab di Madinah. Setelah mendengar segala informasi dari Iraq tentang Parsi, lalu Khalifah Umar al-Khattab ingin sekali memimpin pasukan perang ke Iraq namun para Sahabat yang kanan membantah hasratnya. Bagi mereka memadai Khalifah mentadbir di Madinah dan urusan peperangan diserahkan kepada mereka.

Setelah mendengar pandangan para Sahabat, maka Khalifah Umar al-Khattab bersetuju untuk terus memimpin di Madinah. Beliau seterusnya telah melantik seorang Sahabat iaitu Saad bin Abi Waqas untuk memimpin satu pasukan perang untuk menuju ke Iraq dan bergabung dengan tentera Muthanna bin Haritsah. Ketika itu Saad bin Abi Waqas baru sahaja kembali dari Hawazin dengan tugas memungut zakat. Saad bin Abi Waqas terus bersiap mengetuai satu pasukan tentera yang berjumlah 4000 orang untuk menuju ke Iraq.   Sebelum berangkat Khalifah Umar al-Khattab telah memberikan amanatnya kepada beliau,

“Wahai Saad! Janganlah kamu terpesona, sekalipun kamu bapa saudara Rasulullah. Sesunggunya Allah tidak menghapus suatu kejahatan dengan kejahatan. Tetapi Allah menghapus kejahatan dengan kebaikan. Wahai, Saad! Sesungguhnya tidak ada hubungan kekeluargaan antara Allah dengan seseorang melainkan dengan mentaati-Nya. Setiap manusia sama sahaja di sisi Allah, sama ada dia bangsawan ataupun rakyat jelata. Allah adalah Tuhan mereka dan mereka semuanya adalah hamba-hamba-Nya. Tinggi atau rendahnya seseorang hanyalah kerana taqwa dan seseorang memperolehi kurniaan dari Allah adalah kerana ketaatannya. Perhatikanlah cara Rasulullah yang kamu telah ketahuinya, maka tetaplah ikuti cara Baginda itu. Inilah amanah aku kepada kamu. Sekiranya kamu mengambil acuh tidak acuh dan membelakanginya maka gugurlah amalan kamu. Tetapi aku yakin kamu akan bersikap bijaksana di dalam menghadapi tentera yang kamu pimpin.”

Amanat ini sangat dalam maksudnya, segala tindakan mestilah berpaksi kepada Allah SWT. Khalifah mengingatkan tentang tanggungjawab melaksanakan kebaikan. Begitu juga diingatkan kemuliaan bukanlah kerana keturunan tetapi adalah ketaqwaan. Semua manusia sama sahaja di sisi Allah SWT. Cara yang paling selamat dalam mengharungi kehidupan adalah mengikut panduan yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Bersambung esok. Insya Allah.

Ust. Sabir
27hb. April 2018
11 Syaban 1439H

Wednesday, April 25, 2018

CABARAN DAKWAH KHULAFA AR-RASYIDIN : UMAR AL-KHATTAB (Siri 67

*Tazkirah Jiwa Siri 529*

*CABARAN DAKWAH KHULAFA AR-RASYIDIN : UMAR AL-KHATTAB (Siri 67)*

*PEPERANGAN BUWAIB*

Khalifah Umar al-Khattab telah menghantar para pemidatonya ke seluruh pelusuk Arab mengajak mereka bergabung dengan tentera Islam untuk memerangi Parsi. Seruan ini telah disambut oleh pelbagai kabilah termasuk dari mereka yang menganut agama Nasrani. Ketua-ketua kabilah segera datang ke Madinah bertemu dengan Umar al-Khattab dan memberi kesetiaan untuk turut berperang.

Menurut riwayat ahli sirah yang masyhur panglima Muthanna bin Haritsah hanya mengalami kecederaan dalam peperangan al-Jisru dan beliau mengetuai peperangan Bawaib. Beliau masih berupaya memimpin perang walaupun keadaan kecederaannya yang belum pulih sepenuhnya. Beberapa orang tokoh perang yang  hebat telah bersama beliau dalam peperangan ini adalah Bisyir bin Ubaidullah dan Mas’ud bin Haritsah.

Di pihak pasukan tentera Parsi pula, panglima Rustum telah melantik Mehran al-Hamdani mengetuai pasukan tentera. Peperangan ini meletus di satu tempat bernama Buwaib   berdekatan dengan sungai Furat yang juga terdapat satu jambatan yang merentanginya. Tanggal 13 Hijrah pada bulan Ramadan berlakunya peperangan ini sehingga panglima Muthanna bin Haritsah telah mengarahkan para tenteranya membatalkan puasa. 

Sama seperti peperangan sebelum ini tentera Islam telah ditawarkan sama ada mereka yang hendak menyeberangi jambatan menyerang tentera Parsi atau sebaliknya tentera Parsi yang menyeberang jambatan dan bertempur dengan tentera Islam. Kali ini panglima Muthanna bin Haritsah telah meminta tentera Parsi yang menyeberang dan mereka menanti untuk berperang. Pasukan tentera Parsi telah datang dengan tentera bergajah juga dalam peperangan ini.

Kali ini panglima tentera Islam Muthanna bin Haritsah telah menyusun tentera dalam beberapa lapisan. Beliau membakar semangat para tenteranya dengan ucapannya,

“Wahai tentera-tenteraku yang berani! Janganlah ada pada diri kamu kegentaran kerana ianya akan mengentarkan seluruh bangsa Arab.”

Kemudian beliau menyambung ucapannya,

“Aku sungguh berharap kepada kamu semua janganlah pasukan kita hancur di tangan kita sendiri. Apa yang menyenangkan hati ku pada hari ini pasti menyenangkan hati kamu semua.”

Beliau juga memberi arahan bahawa apabila beliau melaungkan takbir sebanyak empat kali barulah tentera Islam mula menyerang. Namun pihak musuh telah menyerang sebelum Muthanna bin Haritsah habis bertakbir yang menyebabkan berlaku sedikit kekalutan kepada pasukan tentera Islam. Serangan Parsi dalam keadaan ini telah meningkatkan kemarahan Muthanna bin Haritsah.

Peperangan meletus dengan sengit, tentera Parsi menyeberang jambatan sungai Furat dan mula melakukan serangan.

Bersambung esok. Insya Allah.

Ust. Sabir
25hb. April 2018
9 Syaban 1439H
Jeddah Saudi Arabia

Monday, April 23, 2018

CABARAN DAKWAH KHULAFA AR-RASYIDIN : UMAR AL-KHATTAB (Siri 65)

*Tazkirah Jiwa Siri 527*

*CABARAN DAKWAH KHULAFA AR-RASYIDIN : UMAR AL-KHATTAB (Siri 65)*

*PEPERANGAN AL-JISRU (JAMBATAN) (samb.)*

Abu Ubaid bin Mas’ud yang memancung belalai gajah putih telah diserang oleh gajah itu dengan ganasnya iaitu memijaknya. Akibat serangan ini Abu Ubaid bin Mas’ud terkorban syahid dibawah tapak kaki gajah. Saudara kepada Abu Ubaid bin Mas’ud iaitu Hakkam segera memimpin pasukan tentera Islam sebagaimana wasiat sebelum ini oleh Abu Ubaid bin Mas’ud agar sanak saudaranya memimpin pasukan tentera jika seorang demi seorang syahid.

Hakkam bergegas untuk mengambil bendera tentera Islam yang berada dekat jenazah Abu Ubaid bin Mas’ud namun beliau juga dipijak oleh gajah sehingga syahid. Seorang demi seorang sanak saudara Abu Ubaid bin Mas’ud dari Bani Thaqif iaitu seramai tujuh orang telah syahid. Akhirnya panglima Muthanna bin Haritsah pula memegang bendera tentera Islam. Beliau memimpin pasukan tentera Islam yang sudah dalam keadaan sangat kelam kabut. Bayangkan yang ada hanyalah satu jambatan untuk menyeberangi sungai Furat sahaja dan ianya satu-satunya jalan keluar dari kekalutan perang ini.

Tentera Islam ramai yang mula berundur untuk menyeberangi jambatan, tiba-tiba seorang tentera Islam yang panik telah memotong tali jambatan. Akibatnya jambatan ini runtuh dan ramai tentera Islam jatuh dan lemas di dalam sungai Furat. Bagi tentera Islam yang belum menyeberangi sungai telah diasak hingga ke tebing menyebabkan mereka jatuh atau terjun dan ramai yang mati. Para ahli sirah menyatakan jumlah korban tentera Islam adalah dianggarkan melebihi 4000 orang.

Panglima Muthanna bin Haritsah mengarahkan tenteranya menyambung kembali jambatan yang telah putus ini dan menyelamatkan tentera Islam yang telah jatuh ke dalam sungai. Beliau pula terus mara bertempur dengan tentera Parsi dan apabila melihat jumlah korban tentera Islam yang ramai beliau segera mengarahkan tentera Islam berundur ke kota Ain at-Tamar.

Panglima Rustum mengarahkan serangan terhadap tentera Islam tanpa henti sehingga menyebabkan panglima Muthanna bin Haritsah mengalami cedera parah dan menemui syahid. Sebelum syahid panglima Muthanna bin Haritsah telah melantik panglima Bisyir bin Ubaidullah sebagai pemimpin tentera Islam.

Manakala jumlah korban di pihak musuh yang berjaya dibunuh oleh tentera Islam dalam perang yang sengit ini adalah sekitar enam ribu orang. Pasukan tentera Islam telah tewas dalam perang ini dan berita kekalahan ini disampaikan kepada Khalifah Umar al-Khattab di Madinah.

Apakah reaksi Khalifah Umar al-Khattab? Bersambung esok. Insya Allah.

Ust. Sabir
23hb. April 2018
7 Syaban 1439H
Makkah al-Mukarramah

CABARAN DAKWAH KHULAFA AR-RASYIDIN : UMAR AL-KHATTAB (Siri 64)

*Tazkirah Jiwa Siri 526*

*CABARAN DAKWAH KHULAFA AR-RASYIDIN : UMAR AL-KHATTAB (Siri 64)*

*PEPERANGAN AL-JISRU (JAMBATAN)*

Setelah memenangi peperangan sebelum ini Abu Ubaid bin Mas’ud terus mara menuju ke sungai Furat untuk menyerang Parsi. Berita kemaraan tentera Islam ini telah meningkatkan kemarahan Kisra Parsi, Buran Dokht dan Panglima Rustum. Bagi menghadapi tentera Islam ini panglima Rustum telah membentuk satu pasukan tentera yang dipimpin oleh panglima Bahman Jadhuweh dan panglima Jalinus yang melarikan diri dalam perang sebelum ini. Kedua-dua pasukan ini  bergabung dengan jumlah tentera yang besar bagi menghadapi kemaraan tentera Islam. Seterusnya pasukan ini terus bergerak menuju ke tebing sungai Furat. Setibanya di sana mereka sudah dapat melihat pasukan tentera Islam yang berada di seberang sungai Furat yang di pisahkan dengan satu jambatan.

Panglima Bahman Jadhuweh telah mengirimkan utusannya untuk memberi pilihan kepada tentera Islam dengan lagak yang sombong. Pesanannya,

“Apakah kamu yang menyeberang atau kami? Kami akan membiarkan kamu menyeberang sehingga sampai ke seberang.”

Dalam erti kata lain kalau tentera Islam mahu menyeberang jambatan mereka akan menanti untuk berperang dan jika tentera Islam tidak mahu menyeberang jambatan maka tentera Parsi yang akan menyeberang dan memerangi tentera Islam.

Tawaran ini telah menimbulkan beberapa perbezaan pendapat dari kalangan pasukan tentera Islam. Abu Ubaid bin Mas’ud lebih cenderung untuk menyeberangi jambatan sungai Furat dan menghadapi tentera Parsi yang jumlahnya sangat ramai, tambahan pula memiliki pasukan tentera bergajah. Kata Abu Ubaid bin Mas’ud,

“Jangan biarkan mereka menunjukkan diri mereka lebih berani menghadapi kematian daripada kita. Kitalah yang akan menyeberang kepada mereka.”

Pandangan ini tidak dipersetujui oleh Muthanna bin Haritsah dan juga Salit bin Qais yang merupakan seorang Sahabat ahli Badar. Mereka berpendapat menyeberang jambatan dan menghadapi tentera Parsi dengan tentera bergajah akan menyebabkan mereka tewas. Umat Islam belum pernah lagi berperang dengan Parsi dalam keadaan persiapan musuh yang begitu besar. Pandangan ini telah ditolak oleh Abu Ubaid bin Mas’ud dan sebagai ketua yang memimpin pasukan perang keputusannya wajib dipatuhi.

Akhirnya tentera Islam mula menyeberang jambatan sungai Furat sebagaimana yang telah diarahkan. Panglima  Bahman Jadhuweh melihat tentera Islam yang masih belum tersusun menyeberangi jambatan, lalu dia segera mengarahkan tentera Parsi supaya terus menyerang. Peperangan berlaku dengan sengit dalam keadaan pasukan tentera Islam belum bersedia. Tambahan pula setelah menyeberangi jambatan laluan menjadi sempit.

Pasukan tentera bergajah mula menyerang dengan gajah-gajah yang telah dipakaikan loceng telah membunyikan bunyi yang bising. Kesan dari bunyi loceng ini telah menakutkan pasukan berkuda tentera Islam. Kuda-kuda yang ditunggangi sudah tidak dapat dikawal dan berundur tidak mahu mara menuju musuh.

Dalam keadaan yang kelam kabut ini, Abu Ubaid bin Mas’ud mengarahkan agar pasukan berkuda turun dari kuda dan menyerang pasukan tentera bergajah dengan memotong pengikat tempat duduk tentera bergajah supaya jatuh. Bahkan gajah-gajah juga ditikam bagi membunuhnya. Tindakan ini telah menyebabkan keadaan semakin huru hara dan gajah-gajah ini mula mengamuk. Abu Ubaid bin Mas’ud lantas menyerang seekor gajah besar bewarna putih dengan memotong belalainya. Apakah yang terjadi?

Bersambung esok. Insya Allah.

Ust. Sabir
22hb. April 2018
6 Syaban 1439H
Makkah al-Mukarramah

Tuesday, April 17, 2018

PERANGI PEMUNGUT HUTANG SAMSENG

INILAH CARA BETUL IKUT UNDANG2 AKU NAK AJAR UTK ORG YG KURANG AJAR

1. Pemungut hutang ni ramai yg baik. Sebilangan kecil je perangai nonok macam sial sbb mengejar komisyen.

2. Kita perangi yg sebilangan kecil ni saja. HUTANG WAJIB DI BAYAR. TAK BAYAR KO TANGGUNG LA PANAS NYA API NERAKA JAHANAM TU NANTI.

3. Tuntutan hutang hendaklah di buat melalui firma guaman yg berdaftar dgn Bar Council saja. Tuntutan di buat melalui surat rasmi firma guaman. TIADA PANGGILAN TELEFON BOLEH DI BUAT OLEH PEGUAM UTK MENUNTUT HUTANG.

4. Once dia call kata dari pej peguam je, ko tanya nama dia sapa, dari legal firm mana. Kalau dia tanya apasal, ko jawab sebab ko nak buat report polis org menyamar sbg peguam.

5. Begitu juga kalau dia call mengaku dari Pejabat Polis la, dari mahkamah, pun guna kaedah menganjeng yg sama, report polis org menyamar.

6. Nak tuntut hutang cara betul, peguam kena failkan WRIT SAMAN dan Writ Saman kena di serah ke alamat terakhir penghutang.

7. Kalau penghutang (defendan) tak dtg ke mahkamah pada tarikh sebutan, Plaintif boleh merekodkan Penghakiman Ingkar terhadap defendan.

8. Selepas 14 hari, plaintif boleh memfailkan Saman Penghutang Penghakiman atau Writ Penyitaan dan Penjualan YANG JUGA MESTI DI SERAH KPD penghutang.

9. Proses penyitaan hanya boleh di buat oleh BAILIF MAHKAMAH tanpa kehadiran polis atau samseng kampung dusun gila bawak lori.

10. Bailif hanya datang di iringi peguam utk merekodkan apa barang bernilai di ruang tamu dan dapur sahaja kecuali dapur gas. Barang dlm bilik tidur semua tak boleh kacau.

11. Tarikh lelong akan di tetapkan dan pada Notis lelong akan di tampal.

12. So ini cara basic utk kaedah kutip hutang mengikut undang2 bukannya suka2 mak bapak kau call org ugut2 suruh bank in duit sbb lori dah otw.

Otw kepala atuk kau!

Nak tanya lebih2 PM tapi kena caj la

Monday, March 26, 2018

Nasihat tabib

Hari ni Saya pergi berjumpa dengan seorang pakar perubatan tradisi China dan selepas dia tahu pekerjaan saya dia bagi kata2 nasihat;

"Lu mesti kuat exercise hali2.. Jangan  minum air di gerai2 & restoren.. Jauhkn dari minuman manis terutamanya.. Minum banyak air suam.. Jangan memandu kereta pigi kelaja.. Bagus naik pengangkutan awam atau jalan kaki.. Jangan makan di luar.. Kurangkan makan daging dan makanan laut terutamanya.. Banyakkan makan sayur-sayuran.. Sekali², diet lah..."

Saya pun tertunduk.. Sambil bertanya balik tabib itu.. "Bolehkah saya tahu apa sebenarnya masalah saya..?"

Tabib geleng kepala smbil menjawab..
"Gaji lu sangat lendah.."

😂🤣😂🤣😂🤣😂🤣

Monday, March 5, 2018

Hang Nadim

Laksamana Hang Nadim: Genius Perang Melayu Yang Dilupakan

Laksamana Hang Nadim, satu nama yang entah kenapa sangat sunyi di dalam sejarah bangsa kita padahal beliau bukan calang-calang tokoh. Tiada seorang pun anak Melayu diperkenalkan pada susuk tubuh yang sangat berjasa dalam sejarah Melayu. Entah kenapa juga buku teks negara kita begitu segan untuk menceritakan sejarah hebat anak lelaki Hang Jebat dan juga menantu Hang Tuah ini.

Maka, biarlah The Patriots mengambil inisiatif ini untuk memperkenalkan kepada anda kisah hidup Laksamana Hang Nadim. Orang Melayu harus menjadikan Hang Nadim sebagai salah seorang daripada pendekar yang harus dibanggakan. Cukuplah nama Hang Tuah dan Hang Jebat sahaja meniti di bibir orang Melayu. Seolah-olah bangsa Melayu ini sengkek sangat pahlawan dalam sejarah.

Hang Nadim, tak keterlaluan kalau saya katakan beliau ialah kombinasi kualiti yang dimiliki oleh Hang Tuah dan Hang Jebat. Dia memiliki kesetian, kelicikan dan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Hang Tuah serta keberanian yang dimiliki oleh Hang Jebat. Perlu juga diketahui Hang Nadim yang sedang kita bicarakan adalah berbeza dengan Hang Nadim pada zaman Singapura Dilanggar Todak.

Sejarah awal Hang Nadim mencatatkan bahawa ketika Hang Jebat mati di tangan Hang Tuah, beliau masih berada dalam kandungan ibunya. Selepas lahirnya Hang Nadim, dia diambil sebagai anak angkat oleh Hang Tuah lalu dijaga dengan begitu baik oleh Hang Tuah. Ketika usianya menjejak dewasa, dia telah dikahwin dengan anak perempuan Hang Tuah iaitu Tun Emas Jiwa. Dari perkahwinan dengan anak gadis Hang Tuah ini, lahirlah Tun Ali.

Sejarah Hang Nadim sebenarnya mencatatkan bahawa beliau mempunyai usia yang panjang. Disebut dalam sejarah bahawa beliau berkhidmat di bawah Sultan Mahmud yang mangkat pada tahun 1528, kemudian diikuti oleh Sultan Alaudin Riayat Shah II pada tahun 1564, lalu erus berkhidmat dengan Sultan Muzaffar Shah II (1564 -1570), Sultan Abdul Jalil Shah I (1570 -1571), dan Sultan Ali Jalla (1571-1597). Dikatakan bahawa Laksamana Hang Nadim sebenarnya telah menyertai lebih daripada 32 BUAH PERTEMPURAN!!!

Sukanya saya untuk menggunakan tiga petikan daripada buku Seni Peperangan yang ditulis oleh si genius bernama Sun Tzu. Buku ini menjelaskan secara terperinci setiap startegi dan tips-tips peperangan dan bagaimana jeneral perang yang hebat adalah memiliki ciri-ciri yang digariskan oleh beliau. Maka, biarlah empat petikan daripada buku ini membuktikan kepada anda siapakah Laksamana Hang Nadim itu sendiri:

1. “Kalau anda mengenali diri anda, mengenali musuh, maka anda tidak perlu risau keputusan setiap pertempuran. Kalau anda kenal diri anda, tetapi tidak kenal musuh, maka bagi setiap kemenangan, maka akan disusuli oleh kekalahan. Kalau anda tidak kenal diri anda dan musuh, maka anda akan kalah dalam setiap pertempuran.” – Sun Tzu
2. “Panglima Perang yang akan menang tahu bagaimana untuk mengendalikan pasukan yang jauh lebih kuat dan lemah.” – Sun Tzu

3. “Panglima Perang yang akan menang tahu pada bilakah dia patut menyerang musuh dan pada bilakah dia patut mengelak pertempuran.” – Sun Tzu

4. “Bila askar musuh dalam keadaan serba cukup, maka bikinlah mereka kebulur. Ketika mereka sedang kelaparan, pastikan mereka kekenyangan.” – Sun Tzu

Sudah hadam setiap pesanan-pesanan Sun Tzu kepada jeneral-jeneral perang yang mahu turun ke medan perang di atas? Sekarang, anda akan bersama saya menyelusuri betapa segala yang digariskan oleh Sun Tzu betul-betul diaplikasikan oleh Hang Nadim dalam pertempurannya.

Baik, mari kita telusuri sejarah-sejarah kehebatan Laksamana Hang Nadim. Sejarah mencatatkan betapa Laksamana Hang Nadim ialah seorang yang sangat teliti. Dia berjaya membuat analisis-analisis kelemahan-kelemahan tentera di bawah pimpinannya, dan di dalam masa yang sama dia menganalisis kelemahan pasukan musuh iaitu Portugis. Tidak cukup dengan itu, Laksamana Hang Nadim turun menyenaraikan kekuatan yang dimiliki oleh kedua-dua pihak. Lantas analisis tajam beliau melahirkan sesuatu seperti di bawah:

Kekuatan Askar Melaka:

1. Kapal-kapal orang Melayu boleh dikendalikan di laut dan sungai walaupun ketiadaan angin kerana boleh didayung.

2. Kapal orang Melayu lebih laju dari Galleon kerana saiznya yang lebih kecil.

3. Kapal orang Melayu mempunyai dasar dan lantai yang lebih tinggi dari Galleon Portugis menyebabkan ianya tidak mempunyai masalah mengharungi sungai yang cetek dasarnya.

Kelemahan Askar Melaka:

1. Selepas kejatuhan Melaka, semua meriam-meriam hebat orang Melayu habis dirampas oleh Portugis, maka yang tinggal dengan orang Melayu adalah meriam yang teknologinya tidak mampu menembak dengan jauh dan kuat seperti Portugis.

2. Kapal-kapal yang dimiliki oleh orang Melayu Melaka pula tidaklah sebesar kapal-kapal Galleon yang dibawa dari India dan Portugis sendiri.
Kelebihan Askar Portugis:

1. Kapal Galleon yang mereka yang besar tidak mampu ditembusi dek meriam orang Melayu.

2. Meriam mereka mampu menembak lebih jauh dari meriam orang Melayu

3. Kota Melaka yang sangat kukuh pertahannya, dipercayai datang daripada sistem pertahanan Melaka sendiri sebelum ianya jatuh ke tangan Portugis.

Kelemahan Askar Portugis:

1. Mereka tidak mempunyai sumber makanan mereka sendiri kerana bumi Melaka tidak berapa sesuai untuk penamaman. Lagipun yang ditawan oleh mereka sekadar sebuah kota pelabuhan kecil yang lain, manakala wilayah-wilayah lain di Semenanjung Tanah Melayu masih berdiri kukuh. Lantas mereka terpaksa membawa makanan dari Burma, Siam dan Jawa.

2. Kapal Galleon yang besar tidak boleh dikendalikan di tempat yang tiada angin dan tidak sesuai di sungai-sungai Melayu serta selat Melaka yang sempit.

3. Kapal mereka akan tersangkut andai melalui kawasan sungai atau laut yang cetek.
Dari senarai di atas, maka kita dapat tahu bahawa Laksamana Hang Nadim mengenali askar-askarnya sendiri serta musuhnya. Maka ciri-ciri pertama yang saya gariskan untuk Laksamana Hang Nadim dari quote Sun Tzu itu. Daripada persoalan yang dibangkitkan dari nombor satu, maka ianya terus sampai ke persoalan. Bagaimana Hang Nadim menggunakan analisis yang dilakukannya sendiri untuk mengendalikan angkatan Portugis?

Mari, saya senaraikan di bawah. Bagaimana kelebihan Hang Nadim. Hang Nadim memakai aplikasi yang digariskan oleh Sun Tzu di nombor tiga untuk mengendalikan angkatan Portugis.

Menyedari bahawa kapal-kapal yang dipakai oleh Portugis dilengkapi oleh Meriam yang jauh lebih hebat daripada yang dimiliki oleh kapal-kapal Melayu, maka Hang Nadim telah mengerakkan perang gerilla laut pertama dalam sejarah yang pernah dilihat. Setahu saya, sebelum ini kita tidak pernah melihat perang gerilla di laut melainka di bawah Hang Nadim.

Kelebihan kapal Melaka ianya adalah lebih laju daripada kapal yang dimiliki oleh askar Portugis. Menyedari bahawa kapal Galleon jauh lebih besar dan dilengkapi oleh teknologi canggih, maka Hang Nadim mengelakkan pertempuran secara berdepan dan besar-besaran.

Lalu disuruhnya kapal-kapal Melaka untuk mengumpan kapal besar Portugis ke kawasan perairan yang cetek. Apabila kapal-kapal Portugis tersangkut di situ, maka kapal-kapal orang Melayu akan menyerbu kapal-kapal Portugis dari serata arah dan merampas kapal mereka. Laksamana Hang Nadim yang sudah mengkaji dengan mendalam kapal-kapal yang dimiliki oleh Portugis dan meriam yang dimiliki oleh mereka mengetahui sejauh mana dan arah mana yang tidak mampu ditembak oleh Portugis. Maka, diarahkan kapal-kapal Melayu meluru ke arah kapal Portugis pada arah tertentu untuk mengelakkan serangan meriam Portugis.

Selain itu, Laksamana Hang Nadim tahu betapa kota Melaka yang ampuh itu tidak mungkin dapat ditawan oleh kekuatan orang Melayu ketika itu. Jadi, satu-satunya cara untuk memastikan Portugis keluar dari kota itu atau menyerah adalah dengan melakukan sejenis taktik dalam perang yang dipanggil sebagai Ration War. Sejenis taktik yang memakan masa yang agak lama untuk menewaskan musuh. Jadi apa yang dibuat oleh Laksamana Hang Nadim?

Maka Hang Nadim telah menyekat bekalan makanan yang bakal datang ke Melaka. Armada-armada orang Melayu ditempatkan di beberapa tempat seperti si Sungai Perlis, Sungai Pahang, yang di mana kapal-kapal dari Burma, Jawa dan Siam akan datang membawa bekalan makanan. Maka pedagang-pedagang yang mahu masuk ke Melaka akan ditahan dan diserang oleh armada-armada kapal orang Melayu.

Maka ketika itu, dicatatkan bahawa Portugis menghadapi kebuluran yang amat sangat. Kerugian yang amat sangat dialami oleh orang Portugis di Kota Melaka menyebabkan mereka terpaksa menyerang Pulau Bentan yang merupakan pusat pemerintahan Kerajaan Johor tempat Laksamana Hang Nadim berkhidmat.

Sebanyak tiga kali serangan dilakukan oleh Portugis iaitu pada tahun 1523, 1524 dan 1525. Sekali lagi Laksamana Hang Nadim menggunakan bentuk muka bumi untuk menewaskan Portugis. Arus sungai Bentan dan halangan yang dipasang pada dasar sungai tersebut membuatkan kapal-kapal besar Portugis kalah teruk.

Namun, entah kenapa Sultan Mahmud ketika itu tiba-tiba menjadi terlebih teruja. Dia tiba-tiba menyeru untuk Laksamana Hang Nadim menghentikan serangan gerilla yang dibuat dan taktik menyekat makanan ke dalam Kota Melaka. Hang Nadim cuba membantah namun Sultan Mahmud menjadi terlebih yakin dengan rentetan demi rentetan pertempuran yang dimenangi oleh Hang Nadim. Sudah adat orang Melayu, maka Hang Nadim terpaksa akur dengan perintah sultan.

Maka Hang Nadim dan menantu Sultan Mahmud ketika itu, menyerang kota Melaka. Namun, Melaka kalah teruk dan lebih daripada 600 daripada 2000 orang askar Melayu syahid. Berpuluh-puluh kapal orang Melayu ditenggelamkan oleh Portugis. Tidak cukup dengan itu, Portugis yang mendapat semangat dari pertempuran itu selepas rentetan kekalahan di tangan strategi peperangan yang digunakan oleh Hang Nadim, terus melakukan serangan di bawah Pedro Mascarenhas dengan angkatan yang besar 300 buah kapal, dibantu pula dengan 600 orang pengkhianat dari orang Melayu sendiri dari Pulau Lingga.

Serangan kali ini berjaya dan Portugis mengambil masa 14 hari untuk menakluk Bentan. Kemudian, kapal-kapal orang Melayu serta kota Bentan habis dibakar oleh Portugis dan Sultan Mahmud serta pengikut-pengikutnya iaitu Hang Nadim terpaksa melarikan diri di Kampar. Sultan Mahmud kemudian mangkat 2 tahun kemudian.

Selepas itu, dicatatakn bahawa Hang Nadim masih setia memimpin orang Melayu untuk menawan kembali kota Melaka namun semuanya gagal. Bukanlah kerana Hang Nadim tidak efisyen, tetapi kerana sultan-sultan yang Hang Nadim berkhidmat tidak sabar-sabar untuk menakluk kembali Kota Melaka padahal taktikal dan strategi perang yang dipakai oleh Hang Nadim mengambil masa dan jangka panjang untuk mendatangkan hasil.
Walaupun Hang Nadim gagal untuk membalas dendam atas apa yang berlaku pada Kesultanan Melayu Melaka, namun usaha demi usaha dari Hang Nadim memberi semangat kepada generasi-generasi orang Melayu seterusnya untuk menawan kota Melaka sehinggalah berjaya di bawah pimpinan Laksamana Tun Abdul Jamil yang menjalankan pakatan dengan Belanda.

Pada saya, Hang Nadim sebenarnya boleh diibaratkan dengan seorang tokoh dari zaman tiga kerajaan, iaitu Zhuge Liang yang berkhidmat untuk Kerajaan Shu. Kerajaan Shu sangat kekurangan sumber militari, namun berkat kebijaksanaan Zhuge Liang, Shu mampu bersaing dengan Wei dan Wu, serta warlord-warlod yang lain yang memerintah wilayah mereka tersendiri.

Namun, kebijaksanaan Zhuge Liang yang hebat itu disia-siakan oleh raja dan pemimpin yang lemah. Anak Liu Bei yang mengambil alih takhta dari ayahnya yang menyebabkan Shu akhirnya dikalahkan oleh musuhnya iaitu Wei.

Seperti mana Zhuge Liang, perjuangan Laksamana Hang Nadim dikhianati oleh ketidaksabaran pemimpin yang mahukan kejayaan dalam masa yang sangat singkat.

Sunday, February 25, 2018

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN PENGARUH HORMON ESTROGEN PADA WANITA

Copy & paste Dari FB Dr Zubaidi

Saya ingin kongsikan tip-tip dari Dr Hamid Arshat, Pakar Sakit Puan dan Perbidanan yg terkenal.

"LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN PENGARUH HORMON ESTROGEN PADA WANITA

Punca sebenar bagi penyakit2 yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidakalah diketahui .

Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca2 sekitaran saperti kelemahan immunity, toksin, dan hormone estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormone estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut

Dalam keadaan biasa, hormone Estrogen adalah sangat penting bagi fungsi2 edaran haid, kesuburan, kehamilan, sifat2 kewanitaan, kecantikkan,  fungsi2 seks, bentuk badan dan lain2..

Tindakan2 estrogen terhadap tisyu2 biasanya diesimbangkan oleh hormon kedua wanita iaitu hormon Progesteron, yang hanya dikeluarkan jika wanita mengalami penetasan telur/ovulation. Banyak situasi yang menyebabkam wanita  tidak mengalami penetasan telur / ovulation.

Oleh itu, kekurangan hormone Progesteron boleh menyebabkan hormone Estrogen bertindak sewenang-wenangnya. 

Beberapa situasi yang menyebabkan hormon Estrogen meningkat ialah kegemukan atau obesity. Lemak- lemak yang berlebihan boleh menggalakkan pembentukkan estrogen serta pengurangan Progesteron.

Selain daripada kilang telur, sumber lain bagi estrogen ialah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang.  Wanita – wanita yang mengalami masalah pembengkakan ovary seperti Polycystic ovaries Syndrome (PCOS) juga sering mengalami masalah hormon Estrogen yang berlebihan dan kekurangan hormone Progesteron. 

Oleh itu, saya cadangkan  beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh Estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk dari cholesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enjim aromatase diperlukan.

Langkah2 mengawal estrogen.

1, Kekalkan berat badan ketahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.

2.Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron

3.Mengawal stress.  Selain boleh meningkatkan hormone cortisol/steroid, stress juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita.  Ia juga meningkatkan tahap Estrogen. 
Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stress  seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise. 
Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.

Pengambilan makanan yang berkhasiat.

Ada beberapa jenis makan yang bertindak mengawal tahap Estrogen iaitu:

4.Buah delima/ promegranate
Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah  mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung. 
Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.

5.Sayur- sayuran
Sayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang  bertindak mengawal penghasilan hormone Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.

6.Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)
Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan estrogen)  di mana sekaligus mengawal penghasilan hormone Estrogen yang berlebihan

7. Cendawan
Cendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.

8. Biji anggur (grapeseed)
Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia.  Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.

9.Chia Seed
Chia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita.  Begitu juga flexseed.  Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.

10. Oats
Oats adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen.

11. Buah – buahan citrus
Buah buahan citrus seperti lemon,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C,dan anti-oksidan,  ia juga mengandungi unsur anti-estrogen
Minum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juz kedalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.

12. Bawang- bawang
Bawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping megandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan ,ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung.  Ia juga mengandungi  bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap Estrogen dalam badan.

13. Kunyit
Kunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.  Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron

14. Algae ( spirulina/ chlorella)
Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrigen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.

15. Makanan – makanan fermented
Makanan fermented daperti Tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah  dan juga berbillion bacteria baik untuk badan dan melawan bacteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti - Estrogen

16.Minyak kelapa Dara
Minyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen

17. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.

18. Daun Kuchai
Daun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.

19. Berries (black berries, blackcurrant, mulberry)
Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan  tubuh badan wanita.  Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-Estrogen

Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormone serta mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit  seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal di samping mengambil langkah- langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut."

Semoga bermanfaat.

Monday, February 12, 2018

WASIAT AYAH

Ayah : Nak...ini wasiat sebelum ayah pergi...
Anak : (sambil menangis) Apa dia ayah?...
Ayah : Ingat! Tanah yang sebelah rumah kita tu, jangan sekali-kali di jual.....
Anak : Kenapa ayah?
Ayah : Itu tanah orang ...

Sunday, February 11, 2018

Kisah garisan

Seorang Guru membuat garis sepanjang 100cm di papan tulis, lalu berkata :
“Anak2, cuba pendekkan garisan ini!”

Anak pertama maju ke depan,
dia padamkan 20 cm dari garisan itu menjadi 80 cm.

Anak ke 2 melakukan hal yang sama,
sekarang garisannya tinggal 60 cm.

Anak ke 3 & ke 4 pun maju ke depan melakukan hal yang sama, hingga garisan itu tinggal 20 cm.

Terakhir,

seorang anak yang bijak maju ke depan. Dia tidak memadam garisan yang sudah tinggal 20 cm, tetapi membuat garisan baru sepanjang 120 cm, lebih panjang dari garisan yang asal...

Guru itu menepuk bahunya. "Kamu memang bijak, untuk membuat garisan itu menjadi pendek, kita tidak perlu memadamkan sebahagiannya, cukup dengan membuat garisan lain yg lebih panjang, maka garisan asal akan menjadi lebih pendek dengan sendirinya."

*Moral of the story*... Untuk menjadi yang terbaik tidak perlu *menjatuhkan, menyingkirkan atau memperlekehkan* pihak lain.
Cukup lakukan sesuatu yang *lebih baik* secara konsisten.

Biarkan *waktu yang akan membuktikan* kebaikan kita.

"Orang lain yang memang sudah baik akan tetap bersinar meskipun terpendam dalam lumpur yang gelap pekat."

*Majulah tanpa menyingkirkan...*

*Naiklah tanpa menjatuhkan...*

*Jadilah baik tanpa harus memperlekehkan*..

*Jadilah benar tanpa harus menyalahkan...*

😊😉

Thursday, February 8, 2018

Indian english very dangerous

EXTRACTED from  a  COURT REPORT FROM INDIA

Judge : "Raj, why were you beaten up in public? What did you do?"

Raj : "Sir, I am innocent."

Judge : "Why do you say that?"

Raj   : "Your Honour, I was in crowded bus and my photo fell from wallet. So I only say to lady in front of me, "Aunty,  please lift your sari,  I want to take photo ..."
😂😂😂

Ambulan sakit jiwa

Hari ini satu ambulance dari hospital sakit jiwa terpaksa berhenti di tepi jalan  karena tayar bocor. Waktu sedang ganti tayar , si pemandu tidak sengaja tertendang 4 skru rim ke longkang tepi jalan dan hilang.

Dengan panik si pemandu berteriak, “Waduh, cammaner nak pasang tayar kalau tak ada skrunya?!”
Salah seorang pesakit gila di dalam ambulance teriak “Bang, ambil  saja  1 skru dari setiap 3 rim lainnya, maka bolehlah terus pasang tayar tu, jadi tiap rim dapet 3 skru...boleh jalan apa. Nanti kalau ada bengkel tayar, tinggal beli 4 skru dan pasanglah bakinya “

Si pemandu langsung lega. “Pandai juga ko, Tapi kenapa ko  masuk rumah sakit jiwa ni”

Pesakit itu menjawab, “HELLOOOO!!! PLiiiis lah! Aku ini Cuma gila, bukan bonggok  macam ko !”
🤣😄🤣

Wednesday, February 7, 2018

PANDANGAN SEORANG PEGUAM MENGENAI KEMELUT PELANCONG MALAYSIA YANG MENGGUNAKAN KENDERAAN SENDIRI APABILA BERLAKUNYA KEMALANGAN DI THAILAND

1. Muqaddimah

Setiap tahun, kita mendengar keluhan para pelancong Malaysia apabila berlakunya kemalangan di Thailand. Keluhan yang selalunya kedengaran ialah kerana ia melibatkan satu kos yang sangat besar yang perlu ditanggung oleh pelancong Malaysia tersebut untuk membayar ganti rugi yang kadang-kala di luar kemampuan pelancong tersebut.

Kes yang terbaru adalah kemalangan yang berlaku di Phatthalung, Thailand di mana penunggang telah meninggal dunia dan pemboncengnya cedera parah dan perlu mendapatkan pembedahan segera. Saya difahamkan jumlah yang dituntut untuk membayar ganti rugi kenderaan oleh pihak Thailand yang dilanggar adalah sebanyak 250,000 Baht.

Memandangkan jumlah tersebut tidak dapat dibayar pada hari kejadian, persetujuan telah dicapai oleh  kedua-dua pihak supaya sebuah motosikal perlu dicagarkan (rakan-rakan kepada yang meninggal dunia yang bersama di dalam konvoi tersebut secara sukarela mencagarkan 2 buah motosikal Harley Davidson) di balai polis dan pihak rakyat Malaysia tersebut diberi tempoh 2 minggu untuk menyelesaikan jumlah ganti rugi kenderaan Thailand yang dilanggar tersebut.

2. Persediaan untuk memasuki Negara Thailand

Sebelum seseorang pelancong  Malaysia memasuki Thailand dengan kenderaan sendiri, mereka perlulah mengetahui sedikit sebanyak undang-undang mengenai Negara tersebut terutamanya apa yang perlu mereka ada seperti Insurans dan juga maklumat-maklumat serta autoriti-autoriti yang mereka boleh hubungi dan juga hak-hak mereka sebagai seorang pelancong di Thailand.

3. Insurans

Sebelum sesebuah kenderaan memasuki Negara Thailand, sesebuah kenderaan wajib membeli insurans di bawah (Motor Vehicle Accident Victims Act 1992). Permasalahan yang timbul ialah rakyat Malaysia yang membeli Insurans sama ada di sempadan Malaysia atau Thailand tidak mengetahui apa yang di lindungi oleh Insurans yang mereka beli tersebut.

Di Malaysia, secara umumnya, Insuran Kenderaan terbahagi kepada dua (2) iaitu:-

i. Insurans Komprehensive;
ii. Insurans Pihak Ketiga

Secara ringkasnya, Insurans Komprehensive melindungi kenderaan dan tubuh badan yang cedera/mati kedua-dua pihak iaitu pihak yang membeli Insurans dan pihak ketiga. Manakala Insurans Pihak Ketiga hanya melindungi kenderaan dan tubuh badan yang cedera /mati pihak ketiga sahaja.

Melalui perbincangan saya dengan Peguam Thailand, saya dimaklumkan bahawa di Thailand terdapat dua (2) jenis Insurans :-

1) Insurans yang Wajib di ambil yang di panggil Por Ror Bor atau Compulsory Motor Insurance (CMI). CMI hanya melindungi kecederaan tubuh badan atau kematian dan tidak melindungi kenderaan atau harta benda. CMI boleh di beli daripada Department of Land Transport office (DLT) Thailand, Syarikat Insurans atau daripada ejen yang dilantik berhampiran sempadan.

Peguam Thailand tersebut memaklumkan jika berlaku :-

a) Kecederaan – Perlindungan tidak lebih daripada 30,000 Baht setiap seorang
b) Kecederaan Kekal – 35,000 Baht setiap seorang
c) Melibatkan kecederaan dan kecederaan kekal maksimum 65,000 Baht
d) Kos perubatan dan seterusnya Meninggal Dunia – maksimum 65,000 Baht

Namun, daripada polisi-polisi yang saya baca, kebanyakan Insurans wajib ini memberi perlindungan sehingga 80,000 Baht.

Ada sedikit perbezaan Had masa Minima CMI di antara rakyat Thailand dan rakyat Malaysia

Fakta yang tidak dipertikaikan ialah untuk rakyat Thailand, had masa minima CMI yang wajib diambil adalan 3 bulan. Namun kebiasaannya, rakyat Thailand mengambil terus selama 1 tahun.

Fakta yang ada sedikit pertikaian di sini ialah apabila melibatkan Pelancong. Ada pihak menyatakan Had Masa Minima selama 3 bulan. Namun, Peguam Thailand yang saya jumpa telah memaklumkan kepada saya bahawa untuk Pelancong, had masa minima untuk CMI adalah selama 9 hari. Melalui pengalaman Cikgu Joe Satun juga, beliau berjaya membuat tuntutan CMI yang diambil selama 9 hari.

Oleh yang demikian, buat masa ini, saya mengambil pendapat Peguam tersebut dan pengalaman Cikgu Joe Satun bahawa Pelancong boleh mengambil CMI had masa minima selama 9 hari dan bukan 3 bulan. Bukan semua Syarikat Insurans di Thailand yang menawarkan CMI had masa minima selama 9 hari, ada yang menawarkan had masa minima 3 bulan.

Peguam tersebut juga memaklumkan kepada saya bahawa Insurans wajib ini melindungi tubuh badan/kematian kedua-dua pihak iaitu pemegang insurans dan pihak ketiga. Ini disahkan oleh pengalaman Cikgu Joe Satun melalui pengalamannya membantu mangsa kemalangan

2) Insurans yang di ambil secara Sukarela ( Voluntary)

Insurans Sukarela melindungi kenderaan dan harta benda dan ada pakej yang melindungi tubuh badan dan kematian juga

Insurans Sukarela ini terbahagi kepada tiga (3) iaitu :-

i. Kelas Pertama – Perlindungan kenderaan seperti perlindungan Insurans Komprehensif di Malaysia
ii. Kelas Kedua – Perlindungan kenderaan seperti perlindungan Insurans Pihak Ketiga di Malaysia dengan tambahan kebakaran dan kecurian.
iii. Kelas Ketiga – Perlindungan kenderaan seperti perlindungan Insurans Pihak Ketiga di Malaysia

Insurans Kelas Satu dan Kelas Dua hanya dibenarkan dan ditawarkan untuk rakyat Thailand sahaja. Pelancong hanya dibenarkan untuk membeli Insurans Sukarela (Voluntary) Kelas Tiga bagi melindungi kenderaan dan harta benda Pihak Ketiga

Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah kebanyakan kes kemalangan di Thailand yang  melibatkan jumlah wang yang banyak adalah kerana kebanyakan pelancong hanya membeli Insurans Wajib yang melindungi kecederaan tubuh badan dan kematian sahaja DAN TIDAK MELINDUNGI KENDERAAN ATAU HARTA BENDA. Oleh yang demikian, apabila berlaku satu-satu kemalangan, pihak yang di dapati bersalah terpaksa menanggung kos baiki kenderaan atau harta benda pihak yang tidak bersalah. Jumlah yang di tuntut kadang kala mencecah Ratusan Ribu Baht @ Puluhan Ribu Ringgit. Inilah isu yang selalu di perdebatkan oleh rakyat Malaysia apabila berlaku satu-satu kemalangan di Thailand

Apa yang sebaik-baiknya dibuat oleh pelancong Malaysia yang membawa kenderaan sendiri memasuki Thailand mulai sekarang

Pastikan bahawa Insurans yang dibeli melindungi segala aspek yang diperlukan iaitu tubuh badan, kenderaan, kos perubatan dan lain-lain kos yang mungkin terlibat apabila berlakunya satu-satu kemalangan

Memandangkan Insurans Wajib hanya melindungi kecederaan tubuh badan atau kematian, maka adalah dinasihatkan supaya Pelancong –pelancong Malaysia yang membawa kenderaan sendiri mengambil Insurans yang melindungi kenderaandan harta benda juga.

‘Endorsement 101’

Di Malaysia, ada beberapa Syarikat Insurans yang menawarkan perlindungan kenderaan yang dilanjutkan perlindungan kenderaan mereka ke Negara Thailand yang dinamakan ‘Endorsement 101’. Antara syarikat Insurans yang menawarkan ‘Endorsement 101’ ialah ALLIANZ, TOKIO MARINE, AIA dan ETIQA. Ini syarikat-syarikat yang sempat saya kenal pasti dan mungkin ada lagi syarikat-syarikat Insurans yang menawarkan lanjutan ‘Endorsement 101’ ini

Setiap syarikat mempunyai syarat-syarat mereka tersendiri. Namun semua syarikat Insurans yang saya nyatakan di atas hanya menawarkan ‘Endorsement 101’ kepada Insurans Komprehensif yang di ambil oleh pemegang insurans. Insurans Pihak Ketiga tidak ditawarkan lanjutan ‘Endorsement 101’ ini. ‘Endorsement 101’ hanya melindungi kenderaan dan tidak melindungi kecederaan tubuh badan atau kematian. Perlindungan yang ditawarkan kepada kenderaan anda adalah sama dengan jumlah perlindungan kenderaan yang anda ambil di Malaysia.

Apa yang perlu di buat jika berlaku kemalangandi Thailand ialah buat repot polis, tow kenderaan anda ke sempadan dengan kos sendiri dan pembaikan kenderaan hendaklah di buat di Malaysia dan semua kos tow kenderaan bermula dari sempadan Malaysia ke panel bangkel dan pembaikan kenderaan akan ditanggung oleh syarikat Insurans anda di Malaysia berdasarkan kepada jumlah perlindungan kenderaan anda di Malaysia .

‘Endorsement 101’ juga melindungi kenderaan Pihak Ketiga. Untuk syarikat ALLIANZ, perlindungan maksima kepada pihak ketiga adalah sebanyak RM 100,000

Apa yang harus di buat ialah Pihak Ketiga tersebut ialah membaiki kenderaan mereka sendiri dan kemudiannya menghantar tuntutan mereka kepada syarikat Insurans Malaysia dan kebanyakan syarikat Insurans akan mengambil masa di antara 2-6 bulan untuk memproses tuntutan dan membuat bayaran kepada pihak ketiga tersebut .

Berdasarkan kepada fakta di atas, ‘Endorsement 101’ walaupun melindungi pihak ketiga, saya menganggap ianya langsung tidak praktikal kerana pihak ketiga terpaksa menanggung kos pembaikan kenderaannya sendiri dahulu dan terpaksa menunggu untuk satu jangka masa yang agak lama untuk mendapatkan tuntutannya. Apalagi kesemua syarikat Insurans Malaysia yang di nyatakan di atas tidak mempunyai ejen di Thailand untuk menguruskan tuntutan tersebut. Maka, sudah pasti rakyat Thailand tidak akan ada keyakinan atau percaya kepada ‘Endorsement 101’ ini dan perkara yang terjadi selama ini iaitu menuntut bayaran tunai daripada rakyat Malaysia akan berulang lagi.

Namun, dengan mengambil lanjutan ‘Endorsement 101’ ini sekurang-kurangnya kos pembaikan kenderaan kita ditanggung oleh pihak insurans walaupun kemalangan tersebut berlaku di Thailand. Apa yang menarik, untuk membuat lanjutan ‘Endorsement 101’ ini tidak melibatkan kos yang besar dan boleh di ambil dalam tempoh masa yang pendek iaitu tempoh anda berada di Thailand walaupun satu (1) hari atau ada syarikat Insurans yang meletakkan tempoh minima 7 hari bergantung kepada syarikat Insurans masing-masing. Sebagai contohnya, untuk syarikat Insurans Allianz motosikal 500cc yang jumlah perlindungan RM 30,000, bayaran yang dikenakan untuk ‘Endorsement 101’ ialah Rm 18.85 untuk 5 hari dan RM 37.75 untuk 9 atau 30 har perlindungan.

Insurans Sukarela Kelas 3 (Voluntary Insurance 3rd Class)

Seperti yang di nyatakan sebelum ini, Pelancong hanya ditawarkan Insurans Sukarela Kelas 3. Saya difahamkan oleh ejen Insurans Thailand bahawa Pelancong tidak ditawarkan Insurans kelas 1 dan kelas 2 kerana ada perlindungan kehilangan kereta. Oleh yang demikian syarikat- syarikat Insurans di Thailand khuatir kenderaan dibawa keluar/ seludup keluar Thailand dan di buat laporan kenderaan hilang atau di curi dan pemegang Insurans menuntut ganti rugi daripada syarikat Insuran Thailand bahawa kenderaan mereka dicuri atau hilang.

Saya difahamkan di Thailand, terdapat 24 syarikat Insurans. Bukan semua Syarikat Insurans menawarkan Insurans kelas 3 kepada Pelancong dan ada yang tidak menawarkan kepada pelancong. Ada syarikat Insurans yang pihak ketiga kena baiki kenderaan mereka dahulu dan menuntut daripada syarikat Insurans selepas itu dan ada syarikat Insurans yang akan menanggung semua kos pembaikan pihak ketiga termasuklah tow kenderaan pihak ketiga ke bengkel tanpa pihak ketiga tersebut perlu mengeluarkan wang dahulu dan membuat tuntutan kemudian.

Sekiranya syarikat Insurans kelas ketiga ini perlu membayar dahulu dan membuat tuntutan kemudian, maka ia adalah sama seperti lanjutan ‘Endorsement 101’ dan tidak praktikal. Perkara yang sama akan berulang iaitu pihak yang didapati bersalah dikehendaki menyediakan dan membayar wang tunai untuk menanggung kos pembaikan kenderaan pihak ketiga kerana sudah pasti pihak ketiga tersebut tidak mahu menanggung dahulu kos pembaikan kenderaannya.

Setakat ini, saya hanya berjaya mendapat maklumat daripada ejen ASIA INSURANCE THAILAND yang menawarkan perlindungan kenderaan pihak ketiga di mana syarikat Insurans ini menanggung kesemua kos pembaikan dan towing pihak ketiga tanpa perlu pihak ketiga keluarkan dahulu wangnya sendiri untuk membaiki kenderaannya  dan menuntut kemudian kos pembaikan dan ganti rugi.

Perlindungan kenderaan yang diberikan adalah sebanyak 600,000 Baht untuk satu kemalangan. Selain daripada itu sekiranya kita mengambil perlindungan penuh, tambahan perlindungan tubuh badan kepada pemandu/penunggang dan pembonceng adalah sebanyak 50,000 Baht.

Buat masa sekarang, ada 2 masalah yang saya lihat di dalam  Insurans Kelas Tiga Sukarela (3rd Class Voluntary Insurance) ini

1) Ia tidak menawarkan had masa pakej seperti Insurance Wajib Poh Ror Bor iaitu selama 9 hari, 3 bulan atau setahun. Ia hanya menawarkan perlindungan selama setahun sahaja. Setakat ini syarikat Asia Insurance, untuk perlindungan penuh motosikal, Premium selama setahun adalah sebanyak 1,999 Baht dan untuk perlindungan Asas (Basic) tanpa kos perubatan, premium untuk setahun adalah sebanyak 1699 Baht. Premium ini adalah untuk semua jenis motosikal tanpa ada had cc dan tiada lebihan (Excess)

Bagi kenderaan 4 roda, premiumnya bergantung kepada jenis kenderaan sama ada kenderaan sedan, pickup atau van dan di tawarkan had masa perlindungan selama 6 bulan atau setahun.

Namun begitu, saya ada berbincang dengan ejen tersebut dan beliau berhasrat untuk membawa saya ke Bangkok untuk berbincang dengan ibu pejabat syarikat Asia Insurans ini supaya Pakej selama 3 bulan, 6 bulan atau setahun di tawarkan kepda pelancong  Malaysia dan mereka akan mengkaji dan mengubah jumlah perlindungan yang sesuai dengan jumlah had masa pakej tersebut.

2) Tiada ejen di sempadan. Ejen yang paling hampir ialah di Hat Yai. Kemalangan boleh berlaku di dalam perjalanan dari Danok ke Hat Yai dan pelancong Malaysia tidak sempat mengambil perlindungan Insurans sukarela kelas ketiga ini.

Saya difahamkan bahawa pihak Asia Insurance sedang menguruskan perlantikan satu ejen berlesen di Danok dalam masa yang terdekat ini.

Pembaca boleh dan hendaklah membuat kajian sendiri, selain daripada Asia Insurance, apalagi Insurans di Thailand yang menawarkan  pakej yang terbaik untuk pelancong Malaysia. Buat masa ini, saya hanya mendapat maklumat berkenaan dengan Asia Insurance sahaja kerana amat susah untuk mendapatkan maklumat kerana masalah bahasa dan ada syarikat Insurans yang enggan memberi kerjasama atau tidak berminat untuk menawarkan pakej ini kepada rakyat Malaysia.
Insurans Perjalanan (Travel Insurance)

Para pelancong yang membawa kenderaan persendirian amat-amat digalakkan membeli Insurance Perjalanan sewaktu melancong sama ada dengan kenderaan sendiri atau tidak

Insurans perjalanan hanya melindungi diri sendiri atau keluarga pembeli insurans dan tidak melindungi kenderaan

Ia boleh di gunakan sebagai perlindungan tambahan kepada Insurans Wajib dan Insurans Kelas Ketiga Perlindungan Penuh Thailand.

Apa yang menarik mengenai Insurans Perjalanan ini ialah ia boleh di ambil dalam tempoh masa yang singkat dan tidak melibatkan kos yang tinggi

Saya sempat melihat tiga syarikat Insurans yang menawarkan Insurans perjalanan ini iaitu AXA, NOMARD dan AIG. Masing-masng mempunyai pakej yang tersendiri dan premium yang perlu di bayar untuk tempoh perlndungan dari 1-5 hari hanya puluhan Ringgit sahaja bergantung kepada pakej apa yang anda ambil.

Anda boleh hubungi ejen-ejen syarikat insurans ini atau syarikat- syarikat lain untuk mengetahui perlindungan yang diberikan dan belilah mengikut keperluan dan bajet anda.

4. Pusat Bantuan Pelancong Thailand ( Thailand Tourist Assistant Centre)  - TAC

Di Thailand, ada TAC di bawah Kementerian Pelancongan dan Sukan. Ia boleh membantu   Pelancong yang terlibat dengan pelbagai masalah yang terlibat dalam kemalangan.

Masuklah ke dalam website TAC dan dapatkan nombor telefon TAC di setiap wilayah Thailand. Anda boleh menghubungi mereka sekiranya memerlukan bantuan.

5. Polis Pelancong Thailand

Anda juga boleh menelefon Polis Pelancong Thailand yang boleh berbahasa Inggeris untuk membantu anda sekiranya ada apa-apa masalah di Thailand termasuk jika anda terlibat dengan kemalangan .

Anda boleh telefon Polis Pelancong Thailand ini dengan menggunakan simcard Thailand dengan mendail nombor 1155 untuk mendapatkan apa-apa bantuan

6. Peguam Thailand

Memandangkan Majlis Peguam Malaysia masih belum ada apa–apa hubungan kerjasama dengan Majlis Peguam Thailand, saya telah berusaha untuk menghubungi berpuluh firma guaman di sana tetapi tidak ada satu firma pun yang berminat untuk bekerjasama untuk memberi maklumat kepada saya kecuali Firma Hughes Krupica.

Saya telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama mereka pada hari Rabu 31 Januari 2018 dengan diiringi oleh Cikgu Joe Satun. Secara jujur, saya tidak tahu setakat mana hebatnya Peguam-Peguam di firma ini mewakili anak guam mereka di Mahkamah .

Namun, semasa perbincangan bersama mereka, saya dapat lihat komitmen mereka dan cukup professional.

Firma ini mempunyai 2 cawangan iaitu di Bangkok dan di Phuket

Alamat di Bangkok
Hughes Krupica Consulting (Bangkok) Co. Ltd
179 Bangkok City Tower,
Fifth Floor South Sathorn Rd
Sathorn Bangkok
10120 Thailand
No telefon : +66(0) 22 872 173

Alamat di Phuket
Hughes Krupica Consulting Co. Ltd
23/123-125 Moo 2 Kohkaew Plaza
The Phuket Boat Lagoon,
T Kohkaew Amphoe Muang
Phuket 83000 Thailand
No telefon : +66(0) 76 608 468

Sekiranya anda ada apa-apa masalah yang memerlukan khidmat Peguam, anda boleh berhubung dengan firma ini dan peguam-peguamnya boleh berbahasa Inggeris.

Saya dimaklumkan oleh peguam ini sewaktu berbincang dengan mereka bahawa pelancong juga ada hak untuk mempertahankan diri mereka di Thailand.

Apa yang penting iaitu laporan polis yang dibuat. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh pihak Polis di tempat kejadian kemalangan, anda boleh menghubungi peguam untuk datang mewakili anda dan membantu anda untuk membuat laporan polis dan melantik mereka untuk tindakan-tindakan selanjutnya.

Namun, peguam tersebut menyatakan bahawa kebanyakan kes-kes kemalangan di Thailand diselesaikan secara persetujuan bersama pihak-pihak yang terlibat.

Dalam masa yang sama, sewaktu pertemuan saya dengan Duta Malaysia di Bangkok Thailand, Saya telah meminta pihak kedutaan untuk mendapatkan Peguam-Peguam lain yang boleh membantu pelancong Malaysia sekiranya mereka memerlukan khidmat peguam di Thailand dan saya mencadangkan firma-firma ini di jadikan seperti panel Peguam kedutaan Malaysia di Thailand.

Rakan–rakan Bikers di Thailand juga sedang mengusahakan pertemuan saya dengan  dua(2) orang peguam dari Selatan Thailand dalam tempoh yang terdekat ini untuk kami adakan perbincangan.

7. Kedutaan Malaysia Di Bangkok Thailand

Saya telah mengadakan pertemuan dengan Kedutaan Malaysia di Bangkok, Thailand pada hari Khamis 01 Februari 2018. Korum di dalam perjumpaan tersebut ialah Duta Malaysia di Thailand Dato’ Jojie Samuel, Encik Mohammad Faizal Razali (Deputy Chief Of Mission), Encik Nor Azizi Bin Abdullah (Third Secretary) dan Cikgu Joe Satun.

Pada pertemuan tersebut, saya telah memaklumkan kepada pihak kedutaan Malaysia  berkenaan dengan masalah yang di hadapi oleh Pelancong-pelancong Malaysia yang menggunakan kenderaan sendiri terutamanya apabila berlaku kemalangan. Dalam masa yang sama, saya telah mencadangkan:-

a) Diadakan Memorandum Persefahaman G to G mengenai masalah pelancong Malaysia yang menggunakan kenderaan sendiri di Thailand terutamanya sewaktu berlaku kemalangan.

b) Pihak kedutaan menterjemahkan ke Bahasa Thailand MOU yang telah dicapai dan juga MOU yang menyatakan Pelancong Malaysia yang menggunakan kenderaan sendiri tidak perlu membawa Lesen Memandu Antarabangsa supaya rakyat Malaysia boleh menyimpan MOU yang telah di terjemahkan ke Bahasa Thailand tersebut oleh Kedutaan Malaysia didalam bentuk soft copy didalam handphone mereka atau mencetak hard copy untuk dibawa sepanjang berada di Thailand dan boleh menunjukkan MOU tersebut sekiranya di tahan oleh pihak polis atau pihak-pihak Autoriti di sana sekiranya timbul apa-apa isu yang berkaitan.

c) Pihak Kedutaan mendapatkan Peguam-Peguam yang boleh di jadikan sebagai panel Kedutaan bagi membantu dan mewaliki rakyat Malaysia apabila ada kes-kes yang memerlukan khidmat peguam.

d) Dalam masa yang sama, Duta Malaysia di Bangkok menasihatkan pelancong-pelancong Malaysia terutamanya ‘Bikers’ supaya mengelakkan daripada melekatkan Sticker di harta awam kerana harta awam di Thailand adalah milik Raja Thailand.

Disini juga saya mengambil kesempatan menyarankan semua pelancong-pelancong Malaysia supaya memaklumkan kepada pihak Kedutaan Malaysia apabila mereka ingin memasuki negara Thailand, iaitu tempat yang hendak di tuju dan berapa lama tempoh berada di Thailand

Anda boleh email ke alamat email ini:-
mwbangkok@kln.gov.my

Jika ada apa-apa masalah, anda boleh hubungi nombor telefon 02 6896800 pada waktu pejabat daripada hari Isnin – Jumaat pukul 8 pagi – 4 petang.

Sekiranya di luar waktu pejabat, hari Sabtu, Ahad atau Cuti Umum, anda boleh telefon nombor 08 70284659 di mana ada pegawai-pegawai yang bertugas 24/7

8. Perjumpaan Dengan Timbalan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Reezal Merican

Saya telah mengutarakan isu yang sama kepada Datuk Seri Reezal Merican apa yang saya bincangkan bersama Duta Malaysia di Kedutaan Malaysia di Bangkok Thailand.

Saya mencadangkan pihak Kementerian Luar berbincang dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Malaysia Takaful Association (MTA) dan Bank Negara Malaysia supaya semua Syarikat Insurans/Takaful menawarkan lanjutan ‘Endorsement 101’ dan memudahkan tuntutan pihak ketiga supaya menjadi lebih praktikal, bukan seperti sekarang iaitu pihak ketiga perlu membayar dahulu kos pembaikan kenderaan dan menuntut kemudian ke syarikat Insurans Malaysia yang mana proses tersebut  mengambil masa di antara 2-6 bulan.

9. Nasihat Daripada Rakan-Rakan Thailand

Rakan-rakan Thailand menasihatkan supaya setiap pelancong yang membawa kenderaan sendiri bertanya kepada mereka yang mempunyai pengalaman  memandu dan menunggang di Thailand kerana disiplin pemandu/penunggang di Thailand dan Malaysia adalah tidak sama

Mereka juga menyarankan setiap Pelancong Malaysia membawa/ memakai kamera Video untuk merakamkan setiap peristiwa sebagai bahan bukti untuk mengelakkan permintaan yang menyalahi undang-undang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab .

10. Kesimpulan

Malang tidak berbau, kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa, dimana-mana dan pada bila-bila masa.

Berdasarkan kepada apa yang telah saya nyatakan di atas, saya mencadangkan supaya kita melabur sedikit dalam pembelian Insurans supaya kita melancong dengan keadaan yang tenang dan tidak menyusahkan sesiapa sekiranya berlaku kemalangan di Thailand.

Insurans yang saya cadangkan untuk di ambil ialah :-

i. Insurans Wajib (CMI atau Por Ror Bor). Periksa polisi insurans tersebut apa yang dilindungi dan jumlah perlindungan. Begitu juga dengan harga insurans tersebut kerana ada ejen yang menjual insurans wajib yang memberi perlindungan selama  9 hari dengan harga yang lebih kurang sama dengan Insurans wajib yang memberi perlindungan selama 3 bulan. Insurans wajib adalah untuk perlindungan kecederaan tubuh badan atau kematian;

ii. Lanjutan ‘Endorsement 101’
Ini bagi melindungi kenderaan anda

iii. Insurans kelas 3 Thailand
Ini bagi melindungi kenderaan  dan harta benda pihak ketiga

iv. Insurans Perjalanan (Travel Insurance)
Ini sebagai tambahan kepada perlindungan untuk diri anda atau keluarga/ penumpang (Insurans perjalanan tidak melindungi kenderaan)

Pastikan anda membeli insurans daripada ejen yang boleh membantu anda apabila anda mengalami kemalangan atau masalah. Tidak ada gunanya anda membeli insurans, kemudian apabila anda di timpa kemalangan atau masalah, anda tidak dapat hubungi ejen insurans yang anda beli tersebut atau ejen tersebut tidak boleh membantu anda(sekadar menjual insurans)

Selain daripada telah melengkapkan diri anda dengan keperluan semua insurans seperti yang saya dinyatakan di atas, apabila anda terlibat dalam kemalangan:-

I. Hubungi Polis Pelancong Thailand
II. Hubungi kesemua ejen insurans anda
III. Hubungi Pihak Kedutaan Malaysia
IV. Sekiranya perlu, hubungi peguam dan dapatkan khidmat mereka untuk mempertahankan hak anda.

Anda juga dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada mereka yang telah berpegalaman menunggang / membawa kenderaan di Thailand, ambil tahu cara menunggang/memandu yang sepatutnya dan selamat di sana.

Akhirnya, sebaik-baiknya setiap penunggang atau pemandu perlu melengkapkan diri mereka dengan kamera video supaya boleh di jadikan bahan bukti dan untuk mengelakkan diri daripada di ambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di sana

11. PERNYATAAN BUKAN TANGGUNGJAWAB (DISCLAIMER)

Pandangan dan informasi yang saya nyatakan di sini saya perolehi daripada perjumpaan saya dengan Peguam Thailand, panggilan telefon, mesyuarat dengan ejen insurans dan maklumat daripada orang ramai.

Sekiranya pandangan atau informasi yang saya berikan ini tidak tepat atau salah, saya tidak bertanggungjawab di atas apa-apa pandangan atau informasi yang tidak tepat atau salah tersebut

Pandangan dan informasi ini hanya berdasarkan maklumat-maklumat  terhad yang saya perolehi.

Anda boleh membuat kajian anda sendiri sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan yang lebih meyakinkan anda.

Salam ikhlas daripada saya,
Badruzzaman Ishak @ LB
Peguambela & Peguamcara
BC/B/106

Tuesday, February 6, 2018

Cara Dapatkan CCRIS Online Melalui AKPK

Bank Negara Malaysia telah melancarkan e-ccris bagi memudahkan rakyat Malaysia melihat CCRIS mereka CUN atau x.

Di awal pelancaran, untuk tujuan mendaftar, anda hanya perlu ke Bank Negara Malaysia atau kiosk BNM. Bagi negeri yang tiada kiosk BNM, mesti lah sukar. Jauh tu nak pergi. Huhu.

Namun , SEKARANG anda sudah boleh pergi ke Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) di seluruh negeri Malaysia.

Ok. Jom REGISTER eCCRIS !

.
.

1️⃣ Step 1

Pergi ke mana-mana branch Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di seluruh negeri.

Mintak borang di kaunter tu. Bagitau nak daftar eCCRIS.

Isi maklumat-maklumat di borang tersebut.
(rujuk gambar 1)

Bila dah siap isi, nanti penjaga kaunter akan minta ic dan anda kena cap jari.

Selepas itu, penjaga kaunter akan minta Nombor Telefon.

Settle semuanya, anda diminta baca elok-elok maklumat di screen, takut ada tersalah maklumat.

DONE urusan di AKPK ‼️

.
.

2️⃣ Step 2

Setelah pendaftaran di AKPK selesai, Anda akan dapat 1 SMS dari 66300.

Kat situ ada Nombor PIN untuk tujuan anda daftar di website BNM nanti.

(rujuk gambar 2)

.
.

3️⃣ Step 3

Balik rumah atau dalam kereta, buka lah website e-ccris.

https://eccris.bnm.gov.my ✅

Click di “FIRST TIME LOG IN”

.
.

4️⃣ Step 4

Masukkan maklumat anda.
Nationality, ID Number dan Nombor PIN.

Nombor PIN ialah nombor yang anda dapat di SMS selepas selesai daftar di AKPK tadi.
(rujuk gambar 4)

Click “Submit”
.
.

5️⃣ Step 5

Create User ID, Email dan Password anda.
(rujuk gambar 5)

Click “Submit”

.
.

6️⃣ Step 6

Pilih “Security Image” ,  “Security Phrase” dan “3 Security Question”
(rujuk gambar 6)

Click “Submit”

.
.

7️⃣ Step 7

Done. Nanti akan keluar camni kt screen anda.
(rujuk gambar 7)

.
.

8️⃣ Step 8

Bukak homepage website e-ccris.

Masukkan “User ID” yang telah didaftarkan tadi.
(rujuk gambar 😎

Click “Next”

.
.

9️⃣ Step 9

Pastikan “Security Image” ,  “Security Phrase” dan “User ID” yang anda buat tadi  semuanya betul.

(rujuk gambar 9)

Click “Yes”

.
.

🔟 Step 10

Masukkan “password”.
(rujuk gambar 10)

Click “Login”

.
.

1️⃣1️⃣ Step 11

Kat bahagian atas , click “Enquiry”.

Selepas itu, click “Self Enquiry - Individual”.

(rujuk gambar 11)

.
.

1️⃣2️⃣ Step 12

Tick “I Agree” kat ruangan kotak di kiri bawah.

Selepas itu, click “Report Enquiry”.

(rujuk gambar 12)

.
.

1️⃣3️⃣ Step 13

Tadaa. Keluar lah CCRIS Report anda. ‼️

Pastikan semua record selama 12 bulan tu ialah 0,0,0,0,0 ye. Nanti masalah nak apply loan pulak. 😅

(rujuk gambar 13)

.
.

Hafiz Kadir
#HKGConsultancy

Thursday, February 1, 2018

PEKAK BADAK

Seorang suami yg berumur 60 ingin menguji tahap pendengaran isterinya yg berumur 55.
Dari jarak 10mtr suami memulakan :-

Suami : awk masak apa hari ni..?
Dia dapati isterinya senyap.

Dari jarak 7mtr pula.
Suami : awk masak apa hari ni..?
Dia dapati isterinya senyap.

Dari jarak 5mtr pula.
Suami : awk masak apa hari ni..?
Dia masih dapati isterinya senyap.

Dari jarak 3mtr pula.
Suami : awk masak apa hari ni..?
Isterinya senyap jugak.

Dari jarak 1mtr...dgn suara yg lebih kuat.
Suami : awk masak apa hari ni..?

Kali ni isteri terus menjawab.
Isteri : awak ni dah pekak ker...dah 5 kali saya jwb...awak tanya gak lagi....😂😂😂

Kadang2 kita rasa kita betul ..
Sebenarnya orang lain lebih betul ..
Betulkan yang biasa ..
Biasakan yang betul ..😎