Thursday, December 22, 2016

NASIB SAM

1. Saya mempunyai seorang client bernama Sam. Walaupun dia tidak pernah kaya raya, dia boleh kira oklah. Memang cukup makan, dan lebih pentingnya, dalam perjalanan untuk menjadi lebih baik dan lebih kaya.

2. Malangnya, dia boros berbelanja sepanjang 5 tahun lepas.

3. Oleh kerana dia sudah biasa dengan hidup mewah itu, dia pun mula meminjam wang daripada seorang tokay Cina untuk terus menerus dengan kehidupan mewah itu. Dan jumlah hutang yang dipinjam semakin bertambah dengan peredaran masa.

4. Tokay Cina begitu beria untuk memberi hutang kerana (a) dia memang banyak wang, (b) faedah pinjaman tinggi dan (c) Sam mengadaikan harta pusaka bapa dan datuknya sebagai cagaran pinjaman. Dan oleh kerana semua harta itu bukan hasil usahanya sendiri, Sam tak rasa apa2 bila mengadaikan semua harta pusaka itu. After all, semua harta itu bukan miliknya sendiri.

5. Saya nasihatkan beliau yang ‘strategi’ ini amat membahayakan. Pertamanya, semua hutang itu perlu dibayar balik. Tidak ada jawapan lain di sini kerana SEMUA HUTANG PERLU DIBAYAR BALIK. Dan oleh kerana jumlah hutang itu amat besar, beban membayar balik semua hutang dan faedahnya itu terpaksa ditanggungnya berpuluh2 tahun. Malah, beban itu mungkin akan dipikul oleh anak dan cucu-cicitnya nanti.

6. Kedua, walaupun tokay Cina itu amat murah hati sekarang, dia tidak akan tersenyum dan kekal friendly buat selama-lamanya. Perwatakannya akan bertukar apabila (a) Sam tidak dapat membayar balik hutang atau (b) dia mahukan wangnya balik. Malah tokay Cina itu akan MELAKUKAN APA SAJA untuk mendapatkan haknya, dan tidak ada apa yang Sam boleh lakukan untuk menahan tindakan beliau.

7. Ketiga, semua harta itu akan habis juga satu hari jika asyik digadai. Walaupun jumlah harta adalah banyak dan walaupun ia akan makan masa, apa yang tetap berlaku ialah ianya akan habis juga. And then what will he do when all the harta sudah habis?

8. Sam memberi alasan yang dia boleh menanggung semua hutang itu kerana incomenya akan naik tak lama lagi. Bila saya bertanya bagaimana situasi ini akan berlaku, Sam tak mempunyai jawapannya.

9. Mungkin kerana beliau fed-up mendengar nasihat saya (dan juga nasihat ramai orang lain), dia menarik diri daripada menjadi klien saya. Dia pergi bercuti instead!

10. Actually, Sam bukan individu. Sam adalah negara Malaysia.

PS Untuk mereka yang lurus bendul, post ini bukan serangan ke atas tokay Cina. Term ‘tokay Cina’ itu adalah analogi untuk sebuah negara yang kita semua maklum.

Petikan dari FB Azizi Ali Mentor Wang 22.12.2016

No comments:

Post a Comment