BAHAN A:
1 tin krimer sejat marigold (atau yg sewaktu dgnnya)
20 gm gula kastor
2 biji telur
2 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil esen kelapa
BAHAN B (KARAMEL):
100 gm gula kastor
3 sudu besar air
CARA MENYEDIAKAN:
1. Untuk buat caramel, masukkan 100 gm gula kastor ke dalam kuali. Masak guna api perlahan sehingga larut dan gelek kuali/kacau sehingga bertukar warna emas keperangan.
2. Alihkan dari api, masukkan air perlahan2 supaya tidak merecik. Kemudian kacau sehingga menjadi licin.
3. Masukkan campuran karamel atau bahan B yg siap tadi ke dalam mangkuk kaca tahan panas, dan biarkan di tepi.
4. Campurkan susu krimer sejat, gula kastor dan telur. Kacau bahan sehingga larut, tapis bahan dan masukkan esen vanilla dan esen kelapa. Gaul rata.
5. Masukkan campuran telur ke dalam caramel yg telah disediakan. Tutup dgn menggunakan sekeping kerajang aluminium.
6. Stimkan puding selama 20 minit atas air mereneh (bukan mendidih) atau sehingga puding telah terbentuk.
7. Biarkan sejuk sekurang2nya 30 minit sebelum terbalikkannya.
BISKUT NESTUM COKLAT
BAHAN A:
125 gm mentega
60 gm gula kastor
BAHAN B:
50 gm nestum - dikisar
30 gm tepung jagung
130 gm tepung gandum
¼ sudu kecil serbuk penaik
BAHAN HIASAN:
Coklat masakan
Serbuk roti putih
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan bahan A dan pukul sebati.
2. Masukkan bahan B dan gaul rata sehingga menjadi doh.
3. Terap doh menggunakan acuan 4 segi.
4. Kemudian dibakar pada suhu 180⁰C selama 20 minit atau hingga kekuningan.
5. Apabila biskut sudah masak, sejukkan.
6. Celupkan kedalam coklat masakan dan taburkan serbuk roti.
DURIAN BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
350 gm biskut marie }
170 gm kacang tanah } KISAR
8 biji telur
350 gm krim keju
70 gm gula pasir
250 gm gula perang
200 gm puri durian
200 gm krim putar
CARA MENYEDIAKAN:
1. Biskut marie dicampurkan dgn kacang tanah yg telah dikisar utk dijadikan bahagian bawah lapisan kek.
2. Sementara itu, pukul keju bersama gula sehingga lembut dan masukkan telur satu persatu.
3. Apabila adunan sebati, masukkan krim putar dan puri durian. Gaul rata.
4. Setelah sebati, masukkan dalam bekas dan di bakar dalam ketuhar selama 1 jam pada suhu 160⁰C
No comments:
Post a Comment