Saturday, September 8, 2012

Program Cuti Sekolah : KIDZANIA KUALA LUMPUR




Nampak aje logo pasti semua orang tahu apa yang saya nak cerita pada entri kali ni.....
Kawan-kawan semua ada yang dah pergi ke KIDZANIA? Seronok kan ? Kita yang jadi parents pun teruja nak menyertai anak-anak yang diberi segala kemudahan di sana
Main entrance
Pada anda yag tak berapa pasti Kidzania bertempat di Mutiara Damansara mudah sahaja untuk mengetahui di mana lokasi tersebut kerana ianya bersebelahan dengan pusat beli belah IKEA dan berhadapan dengan Hypermarket TESCO.  Kalau nak mudah lagi cari bangunan yang ada kepala kapal terbang Air Asia terjojol di luarnya.
Bawah bangunan ada McDonald
Kemudahan makanan yang senang kerana sebelum anda dan anak-anak mendaftarkan diri anda boleh menikmati hidangan McDonald dibawah bangunan tersebut.
Kepala kapal terbang Air Asia yang terjojol keluar menghala ke arah IKEA
Sesampainya di bangunan Kidzania anda akan berasa kagum kerana design dan bentuk kaunter pendaftaran mereka seakan-akan lapangan terbang malahan ianya juga dinamakan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kidzania.  Kenapa saya berkata sebegitu sebabnya pemandangan yagn biasa kita lihat di lapangan terbang dengan jam dari pelbagai negara tergantung di dinding bahagian pendaftaran mereka.
ghupe orang yang hepi nak masuk dah tunggu giliran nak naik
Harga tiket dikenakan pada kanak-kanak berusia dari umur 4-16 tahun sebanyak RM55 seorang dan 0-3 tahun RM35 seorang manakala parents RM35 seorang.
Boarding pass
Selesai pendaftaran anda akan diberikan tiket boarding pass (macam naik kapal terbang tu) cek CIMB Bank sebanyak 50 Kidzos, peta lokasi kidzania dan tag tangan untuk setiap pengunjung berdaftar.
Cheque untuk kanak-kanak sahaja 50 Kidzos
Selepas itu anda akan diarahkan untuk naik ke tingkat 5 bangunan berkenaan bagi tujuan 'check in' di Bahagian Immigration (jangan tak percaya sini pun ada Immigration Department tau) di sini tag anda akan di imbas mengikut bilangan boarding pass anda dan setelah ianya selesai anda akan menuju ke dalam dunia KIDZANIA.
Dentist
Di sini semuanya yang anak-anak kita impikan terdapat di sini. Tetapi sebelum anak-anak anda memulakan tugasan perlu di ingatkan yang mereka perlu menukarkan cek yang diberi sebelum ini ke dalam bentuk cash (kidzos) di bank CIMB yang telah disediakan di sini yang akan diselenggarakan oleh mereka yang bertugas.
Paramedic
Selesai mendapat wang mereka , mereka ditugaskan untuk mencari kerja bagi menambah wang yang mereka perolehi sebelum ini bergantung pada minat dan keseronokan mereka.  Setiap pekerjaan yang mereka lakukan mereka akan dibayar gaji.  Mudahkan??
Kidzania Court
Wang berkenaan juga boleh digunakan oleh mereka jika mereka ingin melanjutkan pelajaran di University Kidzania, belajar memandu kenderaan (mengambil lesen) dan membeli makanan atau minuman (buatan sendiri).
Fire Department 
Di Kidzania anak-anak dilatih untuk hidup berdikari dan mempunyai self confident agar mereka lebih yakin dan dapat menitipkan nilai-nilai kesabaran, keharmonian, bantu-membantu dan berfikir secara logikal mengenai sesuatu tugasa yang mereka lakukan.
Pusat Sterile air mineral
Mereka boleh menjadi apa sahaja dalam masa satu hari mengikut kehendak mereka dan pengalaman serta ilmu yang mereka perolehi amatlah berguna untuk mereka pada masa akan datang. Contohnya mereka boleh memilih untuk menjadi Doktor, Pensyarah, Hakim, Lawyer, Policeman, Fireman, Reporter, Pilot, Engineer, Steward, Stewardess, Artist, Newscaster, DJ Radio, Pelumba F1 dan sebagainya dan jika mereka masih keliru akan perkerjaan yang sesuai dengan mereka, mereka bolehlah pergi ke Jobs Search (agensi mencari kerja) dan dikenakan sebanyak 10Kidzo untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian.
Matawang Kidzos
Ibu bapa juga disediakan ruang rehat yang dipanggil "parents lounge" jikalau mereka ingin berehat dan meninggalkan anak-anak mereka di sini selama mana yang mereka suka.  Kedai barangan souvenier juga terdapat di sini dengan harga yang standard.
Performance at every one hour
Terdapat dua sesi pada hari wiken hujung minggu iaitu sabtu dan ahad  dimana sesi yagn pertama dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang dan bersambung dari jam 4.00 petang hingga 9.00 malam.  Berlainan pula pada hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat yang mana waktu operasinya bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang (lebih banyak masa kan ).
Alat penjimat bil elektrik -> http://www.alatjimat.com/
Policeman
Berkunjunglah di waktu cuti persekolahan ini bersama anak-anak kerana di KIDZANIA anak-anak kita akan menunjukkan talent yang mana kita sendiri tidak pernah terfikir yang mereka sanggup melakukannya.
Paramedic Ambulance
Cooking time for Icha & Jiha
Jail
TM Engineer
Reporter
 CSI (bz betul kehulu kehilir)
Paramedik dalam Ambulance
Reporter tu berjaya mengeluarkan artikel sendiri dan print outnya
Meja berita NST
Firemen bertungkus lumus memadamkan api 
Icha bangga tangan ada tattoo (boleh hilang punye)
Rombongan kami ke KIDZANIA
Jiha dengan butterfly tatoo dimukanya
Budak-budak yang seronok tak henggat
Amirul di konti Hitz.fm menjadi DJ
Wall climbing activity for the kids
Pos Laju delivery..pasti sampai punye
KIDZANIA

No comments:

Post a Comment