Saturday, September 8, 2012

Bagaimana Telur Tiruan Diproses..

2 hari lepas beli telur gred B kt kedai runcit kt Cempaka tu..
So pg td nk  msk sahur tringin la nk buat telur msk tumis pedas kan..
rebus la telur cm bese.. mase nk kopek kulit tu.. selaput tu susah nk tanggal..
Pastu perasan telur ni x da rongga udara cm bese kat ujung telur tu..
mela cm heran la..
Pastu bau die pn x mcm bau telur yg kite biase bau tu.. Lain sket bau die...
mela dah syak telur tiruan.. pastu buang semua.. huhu..
amik gmbar la ni.. ni TELUR TIRUAN KE?? Huhu.. kalo makan ni bahaye ke?? Huhu..
 
 
 
Bagaimana Telur Tiruan Diproses..
 

Dua hari lepas heboh pasal isu telur tiruan yang dijual di Pasar Pulau Tikus, Penang. Isu ini timbul berikutan aduan seorang membeli kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telah membeli telur tiruan di pasar tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menyerbu dan merampas telur tiruan yang dijual.
Dipercayai telur tiruan dijual dengan harga yang lebih murah iaitu RM11 untuk 30 biji telur. Sekali pandang telur tiruan ini saling tidak tumpah seperti telur asli tetapi terdapat sedikit perbezaan jika diperhatikan betul-betul. Telur tiruan tersebut diperbuat daripada bahan kimia tertentu dan ini dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan pengguna yang telah terbeli telur tersebut.
Berikut adalah gambar bagaimana proses menghasilkan telur tiruan dijalankan di China. Ini hanya sebagai panduan untuk anda yang ingin tahu tentang proses telur tiruan dihasilkan.
Sekali pandang, telur tiruan sama seperti telur asli tetapi putih telur agak cair dan sedikit berkilat berbanding yang asli
Telur tiruan yang direbus mudah pecah dan kurang anjal berbanding telur asli yang memang anjal isinya dan tidak mudah pecah
Antara bahan kimia yang di gunakan untuk menghasilkan telur tiruan ialah karbonat,resin,alum dan pelbagai lagi
Telur kuning dibuat menggunakan kalsium klorida dan diletakkan dalam satu acuan khas
Kuning telur dituang dan di biarkan kering sedikit sebelum melalui proses seterusnya
Ia kemudian direndam dalam cecair parafin wax untuk membentuk selaput luar telur kuning
Proses membuat kulit telur tiruan juga menggunakan bahan kimia tertentu
Telur tiruan lebih mudah pecah berbanding telur asli
Telur tiruan kelihatan agak cerah dan licin berbanding telur ayam yang asli
Jika digoreng, telur tiruan saling tak tumpah seperti telur asli
Jadi, diharap anda mendapat sedikit gambar bagaimana proses menghasilkan telur tiruan dan dengan adanya artikel ini diharap juga dapat membantu anda mengenalpasti perbezaan antara telur tiruan dan telur yang asli. Sila sebarkan artikel ini ataupun klik LIKE supaya orang ramai tidak terpedaya dengan telur tiruan yang dijual oleh segelintir peniaga.
 
 

No comments:

Post a Comment