Sunday, February 19, 2012

'Superhands'




Chiang Mai, Thailand
- Mr Trichan, 50 tahun begitu terkenal dengan kebolehan dan kelebihan luar biasa dirinya... menggoreng ayam tanpa menggunakan sudip atau senduk. Beliau hanya menggunakan tangannya untuk memasukkan ketulan ayam ke dalam minyak masak panas mendidih. Kemudian memasukkan tangannya lagi untuk mengangkat dan mengeluarkan ayam goreng yang sudah masak dari dalam kuali yang penuh dengan minyak masak mendidih pada suhu 480c. Namun kulit tangannya tetap elok tanpa sebarang kecederaan akibat kesan minyak yang panas itu.




Superhands: Kann Trichan feels no pain and his skin is unaffected by the boiling fat at his fried chicken stall in Chiang Mai, Thailand



Mr Trichan berkata, " Ketika saya memasukkan tangan ke dalam minyak yang sedang panas mendidih 480c, saya memang terasa panasnya tetapi ia tidak menyebabkan kulit tangan saya terbakar atau melecet. Saya boleh memasak nasi, menggoreng, dan apa saja dengan tangan kosong tanpa menggunakan alatan memasak,"
Warungnya yang terletak di Chiang Mai, 470 batu utara Bangkok sentiasa menjadi tumpuan pelancong asing dan orang ramai bukan saja kerana ayam gorengnya yang sedap tetapi juga untuk menyaksikan sendiri kebolehan luar biasanya itu.




Fast finger food: Mr Trichan holds the world record for plucking 20 pieces of chicken from 480c fat in one minute



Mr Trichan merupakan pemegang rekod "Guinness Book of World Record" untuk kategori mengangkat 20 ketul ayam daripada minyak masak mendidih 480c selama 1 minit.
Selama tujuh tahun terakhir Mr Trichan telah menjadi bintang antarabangsa dan telah mengelilingi dunia bersama isterinya, Tuan, 45, menunjukkan kepakarannya.







No comments:

Post a Comment