4 petanda Anda tidak yakin pada diri sendiri adalah: 1. Anda takut mencuba. Mencuba adalah melakukan sesuatu buat pertama kali. Anda takut mencuba sebab Anda ragu. Bila Anda sudah tidak mahu melakukan apa-apa untuk mencuba serta memilih untuk kekal sebegitu, keyakinan diri Anda langsung tidak ada. Keyakinan diri tetap tidak akan ada selagi hal ini belum diubah. 2. Anda sangsi pada kebolehan diri Anda. Anda sangsi pada kebolehan diri sebab Anda taksub pada kebolehan orang lain. Anda nampak orang lain lebih berkaliber daripada diri Anda sehingga Anda sendiri mempersoalkan di mana kebolehan Anda. Anda merasa tidak yakin kerana kebolehan orang lain yang Anda nampak tu jauh lebih tinggi, terasa bagai mustahil untuk Anda menyamai kebolehannya. Maka, Anda tak nampak di mana kekuatan Anda. 3. Anda terlalu banyak minta pendapat orang lain, kurang mendengar suara hati sendiri. Apabila terlalu banyak meminta pandangan orang lain, Anda akan jadi 'konpius' kerana menerima berpuluh pendapat berlainan hingga menyebabkan Anda tidak yakin pada diri sendiri. Meminta pendapat itu boleh, tapi biarlah untuk Anda mencari idea baru sebagai pelengkap kepada idea yang Anda telah fikirkan. Perangai meminta pendapat jika dilakukan berlebihan akan membuat Anda hilang keyakinan sebab Anda menyerahkan nasib hidup Anda untuk ditentukan oleh orang lain melalui pendapat-pendapat mereka. Anda bagaikan tidak tahu ke mana arah yang mahu dituju. Kekadang ada orang suka memperbodohkan Anda dengan memberi pendapat palsu. Hati-hati dengan orang sebegini. Dengarlah suara hati Anda. Roh Anda tahu apa yang terbaik untuk diri Anda di iringi panduan ilham dari Tuhan. 4. Anda banyak mengutuk diri sendiri. Anda manyumpah-nyumpah diri sendiri sebab melakukan kesilapan. Anda sukar menerima kesilapan. Anda merasa malu, kecewa, hampa. Perasaan ini terperap dalam di minda Anda berbulan-bulan lamanya. Itu hanyalah 4 petanda dominan. Jika salah satu daripadanya ada pada Anda, berwaspada kerana ia akan menghancurkan motivasi Anda sekelip mata. Anda akan susah membina rasa yakin diri. |
No comments:
Post a Comment