Tatkala anak anak mula mencari dan selesa bercerita serta meluahkan rasa hati mereka pada orang lain yang tidak ada kena mengena dengan mereka, adakah kita rasa kita ini sudah cukup hebat menjadi seorang ibu atau ayah?
Minggu lepas saya memberi ceramah di sebuah sekolah sekitar Kuala Selangor untuk pelajar2 tingkatan 3 dan 5. Sebelum itu saya minta mereka menjawab beberapa soalan berkaitan keluarga mereka dan jawapan yang mereka tulis berjaya buat air mata saya bergenang.
Selesai saya bagi ceramah beberapa orang pelajar datang berjumpa saya dan minta No.Tel saya. Ya... saya berikan No. Tel saya pada mereka dan saya tahu pasti ada cerita yang mahu mereka kongsikan dengan saya tapi tidak mahu diketahui ramai.
Betul. Malam tu sehingga saat ini tak berhenti2 wasap saya berbunyi. Tiba2 saya ada ramai anak2 lelaki dan perempuan kerana mereka semua memanggil saya MAMA.
Kisah 1: Ayah pegawai kerajaan, Mak kerani, anak ke 2 dari 3 beradik yang mana ayah selalu marah tanpa sebab dan mak pulak baru nak bermanja sudah kena sergah katanya nak membodek nak minta duit. Sehingga bila mak ayah ada dirumah dia hanya berkurung dalam bilik kerana tak tahan dimarah diperli dan dipanggil sebagai anak yang tak pandai.
Kisah 2: Mak pensyarah, Ayah bisnes sendiri, anak bongsu dari 4 beradik 3 abang dan kakak sedang melanjut pelajaran di IPTA. Mak ayah abang kakak selalu memerli dan memanggil dia bodoh kerana result exam dia tak sebagus abang dan kakak2nya. Paling memilukan mak ayah sering menggunakan kata2 kesat bila bercakap dengan anak2.
Kisah 3: Mak ayah berniaga dan selepas habis waktu sekolah di anak kena jaga kedai sehingga tak ada waktu yang releks untuk dia ulangkaji pelajaran. Bila result teruk anak itu dikatakan bodoh pemalas belajar dan sebagainya.
Rata2 anak2 ini bukanlah anak harapan yang akan dapat semua A dalam peperiksaan, tapi saya tahu mereka ada bakat dalam bidang kemahiran. Berbual dengan mereka saya tahu ada yang mahu jadi pereka fesyen, perunding majlis nikah kawin, tukang kayu, pelukis, jurugambar, penyanyi, ahli sukan dan sebagainya. Mereka tidak mahu jadi Doktor, Engineer, Peguam atau kerja yang sewaktu dengannya.
Tatkala mereka bercerita hati kecil saya menjadi sayu... Sangat sayu! Mereka kata mak ayah tidak memahami jiwa dan kehendak hati mereka. Mak ayah memaksa mereka untuk mencapai cita cita mak ayah sedangkan cita cita sebenar mereka bukan apa yang mak ayah mereka cita citakan sehingga bila keputusan peperiksaan mereka tidak menunjukkan boleh menuju ke arah mengapai cita cita harapan mak ayah mereka dimarahi, diperli, dipulaukan dan sering dipanggil bodoh dan mak ayah rasa sia2 hantar mereka ke sekolah kerana tak pernah dapat no satu dalam kelas dan duduk pun dalam kelas yang hujung atau 2 3 kelas paling belakang.
Anak anak ini tertekan!
Benar2 tertekan dan kerana tekanan inilah adakalanya membuatkan anak2 ini memberontak dan mula mencari ketenangan diluar atau mencari orang luar yang bagi mereka lebih memahami hati dan perasaan mereka.
Saya tak mahu ulas kenapa mak ayah nak anak jadi Doktor, Peguam, Engineer sebab jawapan yang akan muncul adalah supaya masa depan lebih terjamin.
Benarkah terjamin? Syed Mokhtar bukan Doctor tapi dia kaya raya. Safiey Ilias bukan Peguam tapi dia jutawan, Khairul Fahmi bukan Engineer tapi duit berkepuk2, Siti Nurhaliza, Mawi, Lee Chong Wei dan ramai lagi jutawan kaya raya yang belajar tak tinggi melangit tapi masa depan mereka sama cerahnya dengan Doktor, Peguam, Engineer malah saya rasa cerah bersinar2 lagi masa depan mereka nak banding dengan yang belajar setinggi langit sampai Phd.
Fahamilah jiwa anak anak.
Lihatlah kemampuan anak kita diparas mana.
Jangan samakan anak kita dengan anak anak lain kerana kita sendiri pun tak sama macam orang lain. Kita masing masing ada bakat dan kelebihan masing2, asahlah gilaplah bakat dan kelebihan itu agar boleh menjadi sesuatu yang berhasil.
Anak2 umpama tanah.
Kita boleh tanam cita cita untuk anak2 kita tapi jika tanaman kita itu tak berhasil jangan kita racun tanaman dan tanah kita. Kita lihatlah apa yang anak kita minat dan kita bantulah anak anak kita untuk mencapai cita citanya berlandaskan landasan yang betul.
Adakah kita fikir bila kita bercita cita mahukan anak menjadi Doktor tapi peperiksaan sekolah anak anak sangat teruk dan kita pun memaki hamun marah marah dan ugut mereka dan esoknya anak anak ini akan jadi pandai dan boleh jadi Doktor?
Fikir...
Bukan hanya Doktor, Peguam, Engineer, Arkitek, Akauntan sahaja yang masa depan akan cerah.
Bukan hanya orang yang sampai masuk Universiti sahaja yang masa depan akan cerah. Orang yang belajar sampai SPM pun jika dia berusaha, fokus dan mendapat dorongan dan doa dari orang keliling, InsyaAllah akan cerah juga masa depan mereka.
Pesan saya pada ibu ayah, adalah sesuatu yang memalukan tatkala anak kita mencari orang luar untuk meluahkan isi hati mereka dan adalah sesuatu yang memalukan apabila anak kita anggap kita bukanlah ibu ayah yang memahami jiwa dan kehendak mereka sehingga mereka lebih selesa bercerita dan berkongsi rasa dengan orang luar.
Ingatlah... Bila anak2 mula bercerita sikap mak ayah pada orang luar, secara tak langsung orang luar akan tahu ibu dan ayah bagaimanakah kita.
Kita sering mendengar apa harapan mak ayah terhadap anak anak tetapi pernahkah kita bertanya pada anak anak kita apa harapan mereka terhadap mak ayah mereka?
Jangan kita terlalu memandang anak anak yang pelajarannya tidak cemerlang ini tidak berguna kerana siapa sangka mungkin anak anak yang tidak cemerlang ini yang akan sanggup dan ikhlas menjaga membasuh berak kencing kita tatkala kita sudah tua dan uzur kelak.
#fikir2 semoga terfikir#
Nur Farina Abdullah
MA Sosiologi Keluarga
Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
No comments:
Post a Comment