Saturday, September 23, 2017

Ustazah Pengsan

Dalam sebuah ceramah seorg Ustazah sdg mengajar ilmunya.

Ustazah berbicara di hadapan ramai wanita dlm majlis ta'lim tsbt dgn katanya:
"Daripada membiarkan suami puan2 terjerumus ke dalam dosa, lebih baik izinkan mereka untuk menikah lagi.. Mungkin ini berat, tetapi pahala yang akan Puan2 dapatkan atas kerelaan ini sangatlah besar.."

Salah seorg wanita yg hadir mengangkat tangannya ingin bertanya.

"Silakan puan" : kata ustazah.

"Terima kasih, Ustazah", wanita itu memulai bicara :

"Begini ustazah dari dulu saya bingung  bagaimana caranya utk memberitahu Ustazah.."

"Syukurlah kalau memang apa yg saya sampaikan sgt bermanfaat buat Puan.." : sahut Ustazah.

"Tapi setelah mendengar ceramah ustazah barulah saya beranikan untuk memberitahu Ustazah.... Bahawaa.. eemmm… sebelum itu saya mohon maaf kalau sampai sekarang saya belum memberitahu hal ini kpd Ustazah.."

"Beritahu saya aja.....kerana kebahagiaan Puan, Insya Allah jadi kebahagiaan saya juga.." sahut Ustazah.

"Baiklah ustazah, bahwa sebenarnya dalam 2 tahun ini, saya sudah menjadi isteri kedua suami Ustazah.."

Mendengar cerita wanita itu, Ustazah terus rebah (pengsan).

Ternyata ustazah sendiri blm sedia menerima kenyataan kalau hal itu yg menimpa dirinya.

Tidak lama kemudian Ustazah sedar, terus diberi minum oleh madunya sambil diajak istighfar...
Setelah istighfar dan tenang, akhirnya Ustazah berkata kepada madunya :
"Maafkan saya adinda.., ternyata hati ini tidak sekuat batu.. tapi sekarang saya sudah faham dan harus ikhlas menerima nya.."

Sambil berpelukan, ustazah berkata :
"Kita harus menjadi isteri-isteri yang solehah.."
Kemudian ustazah berdiri di sebelah madunya dan meneruskan ceramahnya dengan mengatakan ini salah satu contoh isteri-isteri yg sabar lillahi ta'ala...

Semua para jama’ah terharu, salah seorang ibu muda yang cantik menangis teresak2 kemudian berdiri mengangkat tangannya.
"Ya silakan puan,  apa yg mau ditanya?" : tanya ustazah.

Wanita ini dengan air mata bercucuran berkata : "ya ustazah, saya tidak tahu apakah saya ini menangis sedih atau bahagia melihat ustazah dan madu ustazah td.. Saya tidak tahu apakah hati saya kuat kerana ternyata saya adalah isteri ketiganya suami ustazah..."

Tiba-tiba gedebuk ustazah jatuh pengsan lagi diikuti madunya yg juga turut pengsan.

Tidak lama kemudian Ustazah dan madunya sedar terus diberi minum sambil diajak istighfar. Setelah istighfar dan tenang, akhirnya Ustazah berkata : "Maafkan saya adinda-adinda, ternyata hati ini tidak sekuat batu.., tapi sekarang saya sudah faham dan harus ikhlas menerima nya.."

Setelah merasa tenang dan kuat, kemudian ustazah berdiri memegang tangan madu-madunya dan melanjutkan ceramahnya dengan mengatakan ini salah satu contoh isteri-isteri yg sabar lillahi ta'ala..

Semua para jama’ah terharu,  salah seorang wanita muda yang paling cantik kemudian berdiri mengangkat  tangannya.

Tiba-tiba.. gedebuk ustazah pengsan lagi..!
(padahal wanita muda itu blm lg bertanya).

Majlis tetap diteruskan juga, salah seorang urusetia majlis bertanya:
"Ya silakan puan, apa yg mau ditanya, barangkali saya boleh menjawab.."

Wanita itu sambil menahan sesuatu berkata :
"Maaf puan, toiletnya sebelah mana ya, saya nak terkencing sgt dh ni.."

😄😄😄😄 - Seloka petang

Thursday, September 21, 2017

Mak bapa dan anak2

Tatkala anak anak mula mencari dan selesa bercerita serta meluahkan rasa hati mereka pada orang lain yang tidak ada kena mengena dengan mereka, adakah kita rasa kita ini sudah cukup hebat menjadi seorang ibu atau ayah?

Minggu lepas saya memberi ceramah di sebuah sekolah sekitar Kuala Selangor untuk pelajar2 tingkatan 3 dan 5. Sebelum itu saya minta mereka menjawab beberapa soalan berkaitan keluarga mereka dan jawapan yang mereka tulis berjaya buat air mata saya bergenang.

Selesai saya bagi ceramah beberapa orang pelajar datang berjumpa saya dan minta No.Tel saya. Ya... saya berikan No. Tel saya pada mereka dan saya tahu pasti ada cerita yang mahu mereka kongsikan dengan saya tapi tidak mahu diketahui ramai.

Betul. Malam tu sehingga saat ini tak berhenti2 wasap saya berbunyi. Tiba2 saya ada ramai anak2 lelaki dan perempuan kerana mereka semua memanggil saya MAMA.

Kisah 1: Ayah pegawai kerajaan,  Mak kerani, anak ke 2 dari 3 beradik yang mana ayah selalu marah tanpa sebab dan mak pulak baru nak bermanja sudah kena sergah katanya nak membodek nak minta duit. Sehingga bila mak ayah ada dirumah dia hanya berkurung dalam bilik kerana tak tahan dimarah diperli dan dipanggil sebagai anak yang tak pandai.

Kisah 2: Mak pensyarah, Ayah bisnes sendiri, anak bongsu dari 4 beradik 3 abang dan kakak sedang melanjut pelajaran di IPTA. Mak ayah abang kakak selalu memerli dan memanggil dia bodoh kerana result exam dia tak sebagus abang dan kakak2nya. Paling memilukan mak ayah sering menggunakan kata2 kesat bila bercakap dengan anak2.

Kisah 3: Mak ayah berniaga dan selepas habis waktu sekolah di anak kena jaga kedai sehingga tak ada waktu yang releks untuk dia ulangkaji pelajaran. Bila result teruk anak itu dikatakan bodoh pemalas belajar dan sebagainya.

Rata2 anak2 ini bukanlah anak harapan yang akan dapat semua A dalam peperiksaan, tapi saya tahu mereka ada bakat dalam bidang kemahiran. Berbual dengan mereka saya tahu ada yang mahu jadi pereka fesyen, perunding majlis nikah kawin, tukang kayu, pelukis, jurugambar, penyanyi, ahli sukan dan sebagainya. Mereka tidak mahu jadi Doktor, Engineer, Peguam atau kerja yang sewaktu dengannya.

Tatkala mereka bercerita hati kecil saya menjadi sayu... Sangat sayu! Mereka kata mak ayah tidak memahami jiwa dan kehendak hati mereka. Mak ayah memaksa mereka untuk mencapai cita cita mak ayah sedangkan cita cita sebenar mereka bukan apa yang mak ayah mereka cita citakan sehingga bila keputusan peperiksaan mereka tidak menunjukkan boleh menuju ke arah mengapai cita cita harapan mak ayah mereka dimarahi, diperli, dipulaukan dan sering dipanggil bodoh dan mak ayah rasa sia2 hantar mereka ke sekolah kerana tak pernah dapat no satu dalam kelas dan duduk pun dalam kelas yang hujung atau 2 3 kelas paling belakang.

Anak anak ini tertekan!
Benar2 tertekan dan kerana tekanan inilah adakalanya membuatkan anak2 ini memberontak dan mula mencari ketenangan diluar atau mencari orang luar yang bagi mereka lebih memahami hati dan perasaan mereka.

Saya tak mahu ulas kenapa mak ayah nak anak jadi Doktor, Peguam, Engineer sebab jawapan yang akan muncul adalah supaya masa depan lebih terjamin.

Benarkah terjamin? Syed Mokhtar bukan Doctor tapi dia kaya raya. Safiey Ilias bukan Peguam tapi dia jutawan, Khairul Fahmi bukan Engineer tapi duit berkepuk2, Siti Nurhaliza, Mawi, Lee Chong Wei dan ramai lagi jutawan kaya raya yang belajar tak tinggi melangit tapi masa depan mereka sama cerahnya dengan Doktor, Peguam, Engineer malah saya rasa cerah bersinar2 lagi masa depan mereka nak banding dengan yang belajar setinggi langit sampai Phd.

Fahamilah jiwa anak anak.
Lihatlah kemampuan anak kita diparas mana.
Jangan samakan anak kita dengan anak anak lain kerana kita sendiri pun tak sama macam orang lain. Kita masing masing ada bakat dan kelebihan masing2, asahlah gilaplah bakat dan kelebihan itu agar boleh menjadi sesuatu yang berhasil.

Anak2 umpama tanah.
Kita boleh tanam cita cita untuk anak2 kita tapi jika tanaman kita itu tak berhasil jangan kita racun tanaman dan tanah kita. Kita lihatlah apa yang anak kita minat dan kita bantulah anak anak kita untuk mencapai cita citanya berlandaskan landasan yang betul.

Adakah kita fikir bila kita bercita cita mahukan anak menjadi Doktor tapi peperiksaan sekolah anak anak sangat teruk dan kita pun memaki hamun marah marah dan ugut mereka dan esoknya anak anak ini akan jadi pandai dan boleh jadi Doktor?

Fikir...

Bukan hanya Doktor, Peguam, Engineer, Arkitek, Akauntan sahaja yang masa depan akan cerah.
Bukan hanya orang yang sampai masuk Universiti sahaja yang masa depan akan cerah. Orang yang belajar sampai SPM pun jika dia berusaha, fokus dan mendapat dorongan dan doa dari orang keliling, InsyaAllah akan cerah juga masa depan mereka.

Pesan saya pada ibu ayah, adalah sesuatu yang memalukan tatkala anak kita mencari orang luar untuk meluahkan isi hati mereka dan adalah sesuatu yang memalukan apabila anak kita anggap kita bukanlah ibu ayah yang memahami jiwa dan kehendak mereka sehingga mereka lebih selesa bercerita dan berkongsi rasa dengan orang luar.

Ingatlah... Bila anak2 mula bercerita sikap mak ayah pada orang luar, secara tak langsung orang luar akan tahu ibu dan ayah bagaimanakah kita.

Kita sering mendengar apa harapan mak ayah terhadap anak anak tetapi pernahkah kita bertanya pada anak anak kita apa harapan mereka terhadap mak ayah mereka?

Jangan kita terlalu memandang anak anak yang pelajarannya tidak cemerlang ini tidak berguna kerana siapa sangka mungkin anak anak yang tidak cemerlang ini yang akan sanggup dan ikhlas menjaga membasuh berak kencing kita tatkala kita sudah tua dan uzur kelak.

#fikir2 semoga terfikir#

Nur Farina Abdullah
MA Sosiologi Keluarga
Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Monday, September 18, 2017

SHORT FORMS


1. *PAN* - permanent account number.
2. *PDF* - portable document format.
3. *SIM* - Subscriber Identity Module.
4. *ATM* - Automated Teller machine.
5. *IFSC* - Indian Financial System Code.
6. *FSSAI(Fssai)* - Food Safety & Standards Authority of India.
7. *Wi-Fi* - Wireless fidelity.
8. *GOOGLE* - Global Organization Of Oriented Group Language Of Earth.
9. *YAHOO* - Yet Another Hierarchical Officious Oracle.
10. *WINDOW* - Wide Interactive Network Development for Office work Solution.
11. *COMPUTER* - Common Oriented Machine. Particularly United and used under Technical and Educational Research.
12. *VIRUS* - Vital Information Resources Under Siege.
13. *UMTS* - Universal Mobile Telecommunicati ons System.
14. *AMOLED* - Active-matrix organic light-emitting diode.
15. *OLED* - Organic light-emitting diode.
16. *IMEI* - International Mobile Equipment Identity.
17. *ESN* - Electronic Serial Number.
18. *UPS* - Uninterruptible power supply.
19. *HDMI* - High-Definition Multimedia Interface.
20. *VPN* - Virtual private network.
21. *APN* - Access Point Name.
22. *LED* - Light emitting diode.
23. *DLNA* - Digital Living Network Alliance.
24. *RAM* - Random access memory.
25. *ROM* - Read only memory.
26. *VGA* - Video Graphics Array.
27. *QVGA* - Quarter Video Graphics Array.
28. *WVGA* - Wide video graphics array.
29. *WXGA* - Widescreen Extended Graphics Array.
30. *USB* - Universal serial Bus.
31. *WLAN* - Wireless Local Area Network.
32. *PPI* - Pixels Per Inch.
33. *LCD* - Liquid Crystal Display.
34. *HSDPA* - High speed down-link packet access.
35. *HSUPA* - High-Speed Uplink Packet Access.
36. *HSPA* - High Speed Packet Access.
37. *GPRS* - General Packet Radio Service.
38. *EDGE* - Enhanced Data Rates for Globa Evolution.
39. *NFC* - Near field communication.
40. *OTG* - On-the-go.
41. *S-LCD* - Super Liquid Crystal Display.
42. *O.S* - Operating system.
43. *SNS* - Social network service.
44. *H.S* - HOTSPOT.
45. *P.O.I* - Point of interest.
46. *GPS* - Global Positioning System.
47. *DVD* - Digital Video Disk.
48. *DTP* - Desk top publishing.
49. *DNSE* - Digital natural sound engine.
50. *OVI* - Ohio Video Intranet.
51. *CDMA* - Code Division Multiple Access.
52. *WCDMA* - Wide-band Code Division Multiple Access.
53. *GSM* - Global System for Mobile Communications.
54. *DIVX* - Digital internet video access.
55. *APK* - Authenticated public key.
56. *J2ME* - Java 2 micro edition.
57. *SIS* - Installation source.
58. *DELL* - Digital electronic link library.
59. *ACER* - Acquisition Collaboration Experimentation Reflection.
60. *RSS* - Really simple syndication.
61. *TFT* - Thin film transistor.
62. *AMR*- Adaptive Multi-Rate.
63. *MPEG* - moving pictures experts group.
64. *IVRS* - Interactive Voice Response System.
65. *HP* - Hewlett Packard.

*Do we know actual full form of some words???*
66. *News paper =*
_North East West South past and present events report._
67. *Chess =*
_Chariot, Horse, Elephant, Soldiers._
68. *Cold =*
_Chronic Obstructive Lung Disease._
69. *Joke =*
_Joy of Kids Entertainment._
70. *Aim =*
_Ambition in Mind._
71. *Date =*
_Day and Time Evolution._
72. *Eat =*
_Energy and Taste._
73. *Tea =*
_Taste and Energy Admitted._
74. *Pen =*
_Power Enriched in Nib._
75. *Smile =*
_Sweet Memories in Lips Expression._
76. *etc. =*
_End of Thinking Capacity_
77. *OK =*
_Objection Killed_
78. *Or =*
_Orl Korec (Greek Word)_
79. *Bye =*♥
_Be with you Everytime._

*share these meanings as majority of us don't know*

Jangan Bunyi

Dihospital Miri, Sarawak, nurse kaunter pendaftaran bercakap melalui pembesar suara, "JANGAN BUNYI".

Semua org pun senyap sekejap tapi kemudian bising semula.

Nurse ulang lagi "JANGAN BUNYI".
Kali ketiga Nurse ulang,ada sorang pakcik naik angin, "mana ada kami bising, kami cakap pelan2 saja.

Kamu jgn nk marah2..kami datang hospital ni sakit tau...!! Kata pakcik tu.....

Dgn lembut nurse ckp, "Saya bukan marah,  saya panggil JANGAN BUNYI". tiba2 sorang pakcik yg lain menyahut, "saya-saya Misi, tadi saya ada pigi jamban,..."