Thursday, February 9, 2017

Hati hati ketika memandu

PENTING!!!

Untuk info kwn2 semua

Dari Tan Sri Rafidah. Sila postkan di Group anda… Mesej penting dari Crime Stoppers, sila baca dan kongsikan dengan groups!

Semasa memandu di jalan luar bandar pada pagi Khamis lalu, saya terlihat tempat duduk kereta bayi (infant car seat) yang dibaluti selimut, terdampar di tepi jalan. Walaupun pelbagai tanggapan/sangkaan bermain di kepala saya, saya mengambil keputusan untuk tidak memberhentikan kereta. Apabila saya sampai ke destinasi, saya menghubungi polis dan mereka pergi memeriksa situasi itu. Berikut adalah nasihat polis kepada saya sebelum mereka pergi untuk menyiasat.

"Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian… Kumpulan samseng, Gang, penyamun, dan sebagainya merancang pelbagai cara supaya pengguna jalan raya (terutamanya wanita) memberhentikan kenderaan mereka dan keluar dari kereta.

Terdapat suatu Gang Initiation yang dilaporkan oleh polis tempatan di mana kumpulan-kumpulan ini meletakkan tempat duduk kereta di tepi jalan, dengan bayi palsu diletakkan di dalamnya. Mereka menunggu pengguna jalan raya, tentunya seorang wanita, untuk memberhentikan kereta dan memeriksa bayi yang ditinggalkan. Lokasi tempat duduk kereta ini biasanya berdekatan semak/belukar atau kawasan berumput tinggi.  Pengguna jalan raya berkenaan (wanita) akan diseret ke dalam semak/belukar, dipukul dan dirogol, dan biasanya akan dibiarkan mati. Jika pengguna berkenaan seorang lelaki, mereka biasanya dipukul dan dirompak, dan mungkin dibiarkan mati juga.

JANGAN BERHENTI ATAS APA-APA SEBAB !!! Laporkan apa yang anda lihat kepada pihak polis, tetapi JANGAN MEMPERLAHANKAN KENDERAAN di tempat berkenaan.

Jika anda memandu pada waktu malam, dan telur dilemparkan pada cermin depan anda, JANGAN BERHENTI UNTUK MEMERIKSA KERETA, JANGAN AKTIFKAN WIPER KERETA ANDA, DAN JANGAN SPRAY SEBARANG AIR PADA WIPER/CERMIN ANDA. Ini adalah kerana, apabila telur bercampur dengan air, ia akan menghasilkan  sebatian putih dan menghalang penglihatan anda sehingga 92.5%, anda kemudiannya terpaksa memberhentikan kereta dan menjadi mangsa penjenayah.

Penjenayah mengambil kesempatan pada waktu-waktu yang terdesak ini dengan menggunakan tektik kotor untuk melakukan jenayah.”

Sila maklumkan kawan-kawan, saudara anda, dan orang tersayang. Awasi keselamatan anda. Hantarkan mesej ini kepada rakan taulan yang di sayangi supaya mereka tidak menjadi mangsa.

KONGSIKAN POST INI. Anda mungkin menyelamat kan jiwa..Dari group sebelah😊

No comments:

Post a Comment