Saturday, April 23, 2016

PANDUAN N PERKONGSIAN ILMU UTK SEMUA BIKERS

Lima kesilapan paling popular penunggang baru motosikal besar.

Sekarang ini, sudah menjadi trend untuk membawa motosikal berkuasa besar.

Dengan bantuan dari syarikat motosikal yang menurunkan harga serta bantuan pinjaman yang lebih mudah dari institusi kewangan, penjualan motosikal berkuasa besar (atas 250 cc) meningkat sehingga lebih dari 50 peratus berbanding tiga tahun sebelumnya.

Namun begitu, walaupun ramai yang berfikir secara serius sebelum melakukan pembelian motosikal besar pertama mereka, ada segelintir yang membeli atas hasutan nafsu dan tidak mengikut logik.

Careta di sini berkongsi lima kesilapan besar paling popular yang dilakukan oleh penunggang baru motosikal besar. Tip-tip ini sebenarnya diambil dari laman web about dan diadaptasi untuk pembaca Malaysia.

1. Membeli motosikal yang terlalu besar dan berkuasa

Memang lebih “glam” untuk membeli motosikal besar, dan ada yang mencari motosikal paling besar boleh dibeli dengan bajet mereka.

Ini satu kesilapan besar kerana semakin besar saiz motosikal dan semakin tinggi kuasanya, lebih kepakaran diperlukan sebelum nyawa anda berakhir di pembahagi jalan.

Kawasaki Ninja 250 SL ialah satu pilihan motosikal besar pertama anda.

Beli motosikal entry-level seperti motosikal 250cc (untuk yang tidak pernah membawa motosikal berklac) atau 650cc seperti Kawasaki ER6N atau Yamaha XJ6.

Motosikal bukan seperti kereta, di mana kereta mampu bertugas beberapa fungsi. Motosikal mempunyai gaya tunggangan yang lebih spesifik, dan sekiranya anda baru menunggang dan tidak pasti lagi gaya tunggangan mana yang anda suka, adalah lebih baik beli yang terpakai dan kemudian cari gaya tunggangan anda. Selepas itu, jual dan beli motosikal baru yang anda tahu anda akan suka.

2. Terlampau berani

Ada penunggang baru yang terlalu berani, dan terus menunggang di kawasan sukar seperti di tengah bandar yang sibuk.

Menunggang di bandar memerlukan beberapa skil yang penting dan harus dipelajari dahulu. Contohnya, anda perlu mahir menunggang dengan kelajuan rendah di antara kenderaan, dan anda perlu tahu bagaimana untuk membuat pusingan di kawasan sempit.

Biasakan dengan dimensi motosikal anda sebelum mula mencilok!

Paling baik, selepas membeli motosikal anda, tunggang secara santai di kawasan yang kurang sibuk dan belajar selok-belok motosikal anda.

Ini secara tidak langsung menaikkan kadar keyakinan anda dan akan menyelamatkan nyawa anda.

3. Gagal membaca situasi

Salah satu ungkapan popular yang sering diberikan oleh pelatih penunggang motosikal ialah Look Ahead. Ia bukan sahaja bermaksud meilhat ke depan, tetapi lebih kepada membawa situasi yang mungkin atau bakal terjadi.

Jangan terlalu berani bila pengalaman masih singkat.

Kemahiran ini sangat penting untuk tunggangan di dalam bandar. Contohnya sekiranya anda menunggang di antara kenderaan di kala kesesakan lalu lintas, baca tayar hadapan kenderaan di kiri kanan anda – tayar yang membelok keluar menandakan pemandu itu mungkin akan bertukar lorong tanpa menyedari kedatangan anda.

Anda juga perlu belajar mengenali pemandu kenderaan yang liar, dan menunggang jauh dari mereka. Walaupun mereka bersalah, kita penunggang sentiasa menjadi mangsa yang lebih teruk kerana kita tidak ada dinding besi di antara tubuh kita dan jalanraya.

4. Pastikan anda bukan seorang halimunan

Ketika menunggang, pastikan pemandu kenderaan lain sentiasa nampak atau tahu kehadiran anda. Caranya ialah dengan memastikan kita tidak berada di dalam “blind spot” atau titik buta pemandu tersebut.

Paling mudah, tunggang di sebelah tepi sehingga anda nampak muka mereka pada cermin sisi (tidak perlu tunggang dengan rapat).

Ketika hujan, jauhkan dari menunggang di kiri atau kanan kenderaan berat seperti lori treler kerana percikan air hujan menghalang pemandangan sisi mereka. Anda juga patut meletakkan dua jari anda pada tuil brek hadapan agar senang untuk berhenti sekiranya ada kecemasan.

Ketika menunggang, jadilah seorang yang paranoid (penakut) kerana merekalah yang sering terselamat.

5. Berkonvoi sebelum waktunya

Ada penunggang yang terlalu seronok dengan hobi terbaharu mereka dan terus mengikuti kumpulan lain untuk berkonvoi.

Pilih rakan konvoi dengan baik dan beritahu mereka anda masih baharu. Jangan ikut kelajuan mereka sekiranya anda rasa takut dan tidak yakin. Jangan ikut terlalu rapat di belakang motosikal di hadapan kerana anda tidak akan dapat membaca selekoh.

Paling bagus, keluar menunggang dengan seorang rakan yang sudah lama menunggang dan belajar garisan membelok dan cara berhenti yang betul.

Friday, April 22, 2016

Nak kaya tak?

Info disahkan sahih.....
Please take note suma pengguna jalanraya.. Sesiapa yg nk ke sungai besar dr KL pada masa ini..

Berhati hati jika ada org tua nk tumpang dekat petronas sekinchan

Kejadian berlaku sewaktu saya berhenti dlm perjalanan menaiki kereta utk pulang ke Sungai Besar dr KL. Oleh kerana mengantuk saya berhenti rehat di petronas sekinchan.

Sewaktu berehat datang seorg tua yg berpakaian agak comot, lalu menegur saya..

“Anak nak ke mana?”.
saya menjwb ringkas, "Sungai Besar pakcik ".

Org tua itu bertanya lagi, “Boleh pakcik tumpang sampai ke Sungai Besar” tanpa selidik dijawab oleh  saya “Ehm… bolehlah”.

Lantas org tua itu pun msuk & duduk di dlm kereta sya. Dlm hati  saya berkata, “Hai, siapalah org tua nii, org ka atau...” Seram gak bila tgk pakcik tu membisu ja.

Sy pun meneruskan perjalanannya. Sebaik lebih kurang 2km menghampiri Sg.Besar org tua tadi bertanya,

“Anak nak kaya tak?”  saya tersentak & berkata dlm hati,

“Dah buat dah org tua ni. Nak bagi sy kaya pulak. Org tua ni nak bagi sy nombor kot.  Atau nak menguji sy”

Lalu sy pun jawab, “Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak”

Org tua tu tak bertanya lagi. Dlm hati sy berkata mungkin jwpn sy adalah yg terbaik takut2 itu hanya ujian drpd org tua tadi.

Kemudian org tua tu tanya lagi, “Anak nak kaya tak?”

Sy jwb serupa yg tadi, “Tak apalah pakcik, saya lebih hidup sederhana”.
Sampai di Sg.Besar, org tua itu minta diturunkan lalu berkata,

“nak tu, pakcik ada tinggalkan satu tin KAYA cap Yeo's utk anak sebagai tanda t kasih kerana tumpangkan pakcik.. Roti ank beli sendiri ya.. T kasih, ya nak.” lalu org tua tu turun dari kereta.

Begitulah ceritanya 😂😂😂 senyum selalu. utk buang stress...

PERIBAHASA TERBARU.!!!

😄   ALANG-ALANG MANDI BIAR GUNA SABUN.
😄   BIAR PUTIH TULANG, JANGAN KUNING GIGI
😄   CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TAK RASA APA-APA PUN.
😄   DARI MANA HENDAK KE MANA , KENAPA KAU TANYA,MENYIBUK PULA.
😄   DIAM-DIAM UBI, BERISI, DIAM-DIAM ORANG, BISU.
😄   GAJAH MATI MENINGGALKAN GADING,HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGAL DUNIA.
😄   HABIS MADU SEPAH DIKITAR SEMULA.
😄   SEDIKIT-SEDIKIT LAMA-LAMA TINGGAL SIKIT.
😄   HARAPKAN PAGAR, PAGAR MEMANG TAK BOLEH DIHARAP.
😄   HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK TAK APA.
😄   HIDUP SEGAN, MATI DITANAM.
😄   HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI,LEBIH BAIK KALAU HARI TAK HUJAN.
😄   JAUH DI MATA SAKIT DI HATI.
😄   KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG, NAK MAKAN ESOK KAIS ESOK JELAH
😄   KALAH JADI ABU, MENANG JADI ARANG, SERI JADI ABU BAKAR.
😄   KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE BAWAH.
😄   KECIL-KECIL CILI PADI, KECIL LAGI BIJI CILI.
😄   LEMBU PUNYA SUSU, CAP TEKO DAPAT NAMA.
😄   MASUK TELINGA KIRI, KELUAR TELINGA KANAN, TERSUMBAT KAT MULUT, MELELEH KAT HIDUNG.
😄   MEMBUJUR LALU, MELINTANG PUKANG.
😄   ORANG MEMBERI KITA MERASA,ORANG TAK BERI KITA PAKSA DIA.
😄   PATAH TUMBUH , HILANG REPORT POLIS.
😄   PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA, PONDAN TIANG TELEPON.
😄   SEBAB PULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT HABIS PULUT.
😄   SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT, INIKAN PULA MAKANAN DI DALAM MULUT.
😄   SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA BENANG HABIS.
😄   SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK DAPAT MASUK OLIMPIK JUGA.
😄   SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN HILANG PENDAPATAN, YANG PALING SESAL CUKAI PENDAPATAN
😄   TIADA ROTAN PELEMPANG PUN BERGUNA.
😄   ALAH BISA, TAK ALAH HOSPITAL JAWABNYA.
😄   ALAH MEMBELI, MEMBER YANG PAKAI.
😄   CARIK-CARIK BULU AYAM, KESIAN AYAM.
😄   KERA DI HUTAN DISUSUKAN, BAIK JADI KERA.
😄   KERANA NILA SETITIK, HABIS ROSAK BAJU SEKOLAH.
😄   KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL, BAIK PANCING KAT AKUARIUM JER.
😄   HIDUNG TAK MANCUNG, TAIK HIDUNG BESEPAH.
😄   SORONG PAPAN TARIK PAPAN, NAK BELI KE TAK PAPAN NI?
😄   AIR DICINCANG, SAH DAH TAKDE KEJER LA TU.
😄   PECAH KACA, MAK AKU MARAH.
😄   KALAU TAK DIPECAHKAN RUYUNG, SELAMATLAH SAGUNYA.
😄   BAGAI ITIK PULANG PETANG. PULANG PAGI KER, TENGAHARI KER, TETAP ITIK JUGAK.
😄   DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU HABIS KEWANGAN...😂😂😂😂

Tuesday, April 12, 2016

Menantu ku Uztaz

Ada kluarga tu nak cari org beriman...utk jadi menantu...nak djodohkan dgn anak perempuan dia..memang baik tetapi sedikit lurus.... Dipendekkan cerita....terjumpalh sorg ustaz, baik dan beriman.. nikah la mereka berdua....
Selepas malam pertama....pagi2 lagi pengantin perempuan minum air seorang diri..... Ibu dia tanya kenapa x ajak ustaz ( suami) minum air bersama... Pengantin perempuan tu jawab...... ustaz apa perangai mcm tu mak...semalam selak kain org.

Tersemboq ayaq minum mak dia baq hang..
😂😂😂😂😂😂

Friday, April 8, 2016

Rahmat di sebalik musibah...

Assalamualaikum dan salam pagi jumaat

Jom....baca dan muhasabah kejap

Baru ini saya sedang parking di depan rumah ayah mertua. Tiba-tiba ada sebiji kereta depan mata saya di bawa laju-laju dan bergesel dengan kereta saya. Dia terus pergi laju-laju. Saya tengok calar dari depan sampai belakang. Terkejut juga, saya cuma doa Ya Allah pasti ada rahmatmu. Ada kebaikan nak datang ni. Rahmat Allah..

Malam yang sama sedang saya di surau. Ada sebuah kereta budak-budak muda pasang lagu kuat-kuat langgar kereta saya lagi. Bertambah colour pada kereta saya. Saya cepat-cepat solat taubat dan beri sedekah. Ya Allah maafkan saya. Salah saya. Rahmat Allah. Pasti ada rahmat ni..kebaikan nak datang..

Esok pagi semasa nak ke pejabat. Semasa di traffic light ada sebuah kereta laju meluru langgar belakang kereta saya. Sepanjang saya bawa kereta ini kali kedua orang langgar belakang kereta saya. Saya tengok boleh tahan teruk kedua-dua kereta. Saya termenung sekejap sebab bertubi-tubi pulak rasa. Terus sangka pasti ada rahmat besar Allah nak bagi..

Saya kata pada akak pakai sexy tadi. Dia panik dan cuba terangkan. Saya kata akak nak tahu yang sebenarnya? Semua yang berlaku dalam dunia ini telah ditakdirkan Allah. Hari ini dan waktu ini akak langgar belakang kereta saya. Dia terkejut. Saya senyum jer. Buat apa nak marah. Allah dah tulis..

Saya tolong dia uruskan keretanya. Lepas tu dia ambil nombor telefon saya dan tanya saya kerja apa. Saya kata saya buat training motivasi..

Esoknya dia call saya. Dia ajak ke pejabat bincang pasal kursus untuk kakitangan di tempat kerjanya. Dia antara bos utama. Ramai orang presentation. Semua datang dalam team. Pakai hensem dan dengan baju korporat dan atau kot. Saya salah seorang datang. Saya datang seorang jer..tak sempat ajak staf. Saya tempat ceramah saya pakai jubah jer..dia tak kenal saya pun. Tak pernah langsung tahu..diaorang tengok saya atas ke bawah.

Takdir Allah saya dapat 6 siri program teambuilding untuk organisasi tu. 3hari 2malam. Saya belajar satu perkara di sebalik susah dan musibah ada rahmat Allah nak bagi. Rahmat dapat buat dakwah pada sebuah pejabat yang tak pernah ambil training islamic. Sebelum ni katanya semua non muslim punya training. U punya quo paling murah dan saya terkejut bila kereta u teruk tapi u senyum dan kata ini semua takdir Allah. Saya suka bila dapat program di syarikat orang pakai tudung boleh kira dengan jari.. saya yakin dengan Islam kita jadi amanah, hati yang mulia, cekap dan bahagia di hati.

Siapa tahu rupanya Allah simpan kegembiraan disebalik semua kesedihan yang kita lalui.

Adik beradik kita yang paling nakal akhirnya menjadi anak yang paling baik dan banyak khidmat buat ibubapanya..

Pelajar yang direndahkan dan dipandang rendah tiba-tiba jadi paling berguna buat masyarakat..

Orang yang lambat kahwin dan tiada anak akhirnya paling bahagia dan gembira sampai akhir usia..bercinta sampai syurga. Diberi anak lewat tapi anak daie yang gegarkan dunia dengan kebaikan.

Orang paling gengster akhirnya orang paling banyak menangis depan Allah..

Buat dakwah tapi sentiasa dihina dan direndahkan dan mungkin disalahfahami tetapi tiba-tiba menjadi orang yang kata-katanya diingati dan jadi asbab hidayah. Semua ulama yang soleh dulu pernah masuk penjara kerana kebenaran..

Orang baik-baik tidak dikedepankan supaya mereka diselamatkan dari cinta dan fitnah dunia. Ada orang tidak dikenali di dunia tapi di kenali di sisi penghuni langit.

Kematian orang paling disayangi supaya dia diberi rehat dan Allah ingin kita belajar erti kehidupan agar menjadi lebih bermakna..

Belajarlah melihat disebalik kesusahan ini Allah sediakan rahmat yang besar..

Jika Allah ingin beri kebaikan pada seseorang,Allah mula beri musibah.

Hakikatnya tidak ada orang akan gagal di dunia dan akhirat melainkan orang yang berputus asa dari rahmat Allah. Ubat bagi segalanya sangka baik pada Allah yang Maha Penyayang.-ebit lew

#www.keluargasunnah.

Tuesday, April 5, 2016

HATI-HATI NAIK TEKSI DI KUALA LUMPUR !!! ( KES TERBARU )

Kejadian ini terjadi hari Khamis alias mlm Jumaat lalu, demi melindungi mangsa kita sebut saja namanya Lina.

Sebab ada pekerjaan yg harus diselesaikan, mlm tu Lina bekerja sampai larut mlm di office di depan Masjid India...

Kira-kira jam 11 mlm, Lina memesan teksi utk menghantarnya pulang ke rumah sewanya.

“Stadium Merdeka ya bang?” ujar Lina

Pemandu teksi itu hanya menggangguk & langsung menjalankan Teksi

Selama perjalanan tdk terjadi percakapan antara Lina & pemandu teksi

Mungkin Lina merasa letih karena bekerja sampai larut mlm

Pemandu teksi juga tdk berniat utk berkomunikasi.

Sekitar 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba2 Lina ingat kalau ia tdk bawa cukup duit buat bayar tambang

Di dompetnya cuma ada sekitar 8 ringgit saja & Lina cemas takut x cukup

Lina lalu menepuk belakang pemandu Teksi dgn maksud berhenti dulu di kawasan Ampangan  utk mengeluarkan duit di ATM

Tapi setelah blkg nya di tepuk tiba2 pemanduTeksi itu secara melulu & memutarkan stering ke kanan ke kiri sambil berteriak histeria...

Sampai akhirnya Teksi itu melanggar pembahagi jalan & pokok mangga..

Untung Lina & pemandu Teksi tdk mengalami luka parah.

Pemandu Teksi itu kemudian menoleh & bercakap dgn Lina :

“Maaf saudari... saudari  x apa-apa kan? Saudari tepuk blkg sy td... terkejut sy setengah mati !!”

“Laaa, tepuk blkg bahu pun x blh?!” jwb Lina heran

“masalahnya ini hari pertama sy jadi pemandu teksi.”

“Sebelum ni kerja apa Cikkk ?” tanya Lina turut terkejut.

"Sy kerja 20 tahun  jadi pemandu Van jenazah” jawabnya...

"Tu la terkejut sgt sy tu...
😄😄😄

@lawakHambarMerapu

Sunday, April 3, 2016

27 TANDA-TANDA ANDA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA

1. Anda tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.

2. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an lantaran Anda terlalu sibuk.

3. Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Anda semakin bertambah.

4. Anda marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang Anda lakukan adalah haram.

5. Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya besuk, nanti dan seterusnya.”

6. Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.

7. Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah

8. Anda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.

9. Anda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah.

10. Anda tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.

11. Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin Anda miliki.

12. Anda merencanakan kehidupan hingga jauh ke hadapan.

13. Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk berkerjaya

14. Anda memiliki teman-teman yang kebanyakannya tidak bisa mengingatkan Anda kepada Allah.

15. Anda menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.

16. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya

17. Anda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.

18. Anda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.

19. Anda tidak kuasa mengubah gaya hidup Anda yang suka berfoya-foya, walaupun Anda tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.

20. Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi Anda beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan di tengah kesulitan ekonomi.

21. Anda ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya

22. Anda sangat perhatian dengan penampilan fisik Anda.

23. Anda meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan lama datangnya.

24. Anda ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi Anda sedikit pun tidak mendapat pengajaran dari kematiannya.

25. Anda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar bisa segera melanjutkan pekerjaan.

26. Anda tidak pernah berfikir bahawa hari ini bisa jadi hari terakhir Anda hidup di dunia.

27. Anda merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang Anda miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.

- Semoga Allah melindungi kita dari hal tersebut dan semoga kita termasuk golongan hamba-hamba Nya yang soleh..

Aamiin