Sunday, February 8, 2015

Azan

"Kecik hati saya lebai!" keluh Kadir masa singgh minum teh time balikk dari surau..
"Kenapa?" tanya Lebai Sahak sambil mencapai kuih karipap bawah tudung saji..

"Lebai tak perasan ke tadi?  masa saya tengah azan, baru separuh dah dirampas mikrofon oleh tok bilal! Macam ni ke orang Islam? Takde budi bahasa!"
"Bukan macam tu kadir!" pujuk Lebai Sahak.

"Sudah la Lebai, orang masjid ke! orang surau ke! semuanya sama. Mentang-mentanglah rambut saya panjang, baru nak belajar ke surau, semua pandang saya macam orang jahil." Kadir melepaskan apa yang terbuku dalam hatinya..

"Apa! ...kalau azan suara mesti sedap ker? Mesti nafas panjng ke? Suara macam saya tak boleh azan! Tak sah?" Sambungnya lagi betul-betul tak puas hati.

"Bukan macam tu kadir! ...Bilal buat macam tu tadi bukan sebab tak sedap!...Sebab tak betul!.. Tadi tu kau takbir raya!.. Bukan azan!" jawab Lebai Sahak sambil mengunyah karipap.......

No comments:

Post a Comment