Udang Goreng Mentega
Menu kali adalah Udang Goreng Mentega, mudah dan sangat ringkas. Nampak warna udang pun sudah kecur air liur. Bagi yang suka seefood, anda boleh mencuba dan hidangkan kepada keluarga tersayang! Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
250 gm udang besar
15 biji telur (ambil kuning sahaja)
15 gm cili padi
20 gm daun kari
500 gm mentega
1 sudu sos tiram
Tepung beras secukupnya
Sedikit susu cair
Garam secukup rasa
Cara Membuat:
· Udang diperap dengan susu cair, garam dan sos tiram. Kemudian gaul dengan tepung beras lalu digoreng. Ketepikan.
· Campurkan mentega dan minyak masak. Apabila minyak panas, masukkan kuning telur dan kacau.
· Setelah telur separuh garing, masukkan daun kari, cili padi dan serbuk perasa.
· Curahkan minyak berserta bahan-bahan yang digoreng ke atas udang.
No comments:
Post a Comment