Thursday, December 29, 2016

PELANGGAN: APA YANG PERLU ANDA TAHU

[1] Layan pelanggan selayaknya, bukan jadi hamba kepadanya.

[2] Jangan kecil hati jika pelanggan tak membeli. Biasalah, itu kan adat berniaga.

[3] Bagi layanan extra special kepada repeat customer. Jaga mereka ni elok-elok. Mereka inilah ejen pemasaran "words of mouth" anda nanti.

[4] Jangan fokus nak menjual je (hardsell).

[5] Fokus mahu bantu pelanggan selesaikan masalah dia atau realisasikan impian dia.

[6] Pelanggan minta diskaun? Kalau margin anda "cantik" dan tak bunuh pasaran, silalah bagi.

[7] Tetapi kalau diskaun itu boleh buatkan harga pasaran rosak, tolong lah elakkan. Banyak lagi cara lain untuk dapatkan jualan.

[8] Pelanggan juga manusia. Layan mereka seperti manusia, bukan seperti mesin. Mesin ATM.

[9] When customer say NO, we say NEXT.

No comments:

Post a Comment