Monday, December 19, 2016

LAHIRKAN JUTAWAN BERTAQWA

DrZaharuddin Group: Telegram group

LAHIRKAN JUTAWAN BERTAQWA
Muslim yang bertaqwa bukan hanya sekadar kuat amal ibadahnya, namun wajar turut mencapai status JUTAWAN dan HARTAWAN sebenar. Dengan kekayaan itu pula mampu dimanfaatkan dengan mencipta peluang pekerjaan, bersedeqah kepada mereka yang kurang bernasib baik dan sumbangan tugas dakwah, mampu juga menaikkan imej serta reputasi Muslim kepada masayarakat bukan Islam, yang ketika ini kelihatan terkehadapan dalam pencapaian bisnes. 

Kita BUKAN MAHUKAN jutawan yang selepas itu hanya bersenang lenang dan berbangga dengan kereta mahal, beg mahal, jam mahal, rumah teramat besar, pakaian canggih dan berlagak dan boros dalam perbelanjaannya.

Bayangkan, daripada 10 sahabat nabi yang dijanjikan syurga, 7 orang di kalangan mereka adalah kaya, hartawan & dermawan khususnya :-

1. Abu Bakar Al-Siddiq,
2. Umar al-Khattab
3. Uthman bin Affan
4. Abd Rahman Auf
5. Zubayr al-Awwam
Kekayaan Zubair bin Awwam r.a terdiri dari:
• 50.000 dinar atau RM 35 juta
• 1000 ekor kuda perang
• 1000 orang budak (yang kemudian dimerdekakan) etc
6. Talhah bin ubaidullah
Beliau bijak berniaga dan antara yang paling kaya sebaris dengan Abdul Rahman bin Auf, Uthman Affan dan sahabatnya Zubair al Awwam r.ahm. Ibnu Khaldun di dalam kitab Muqaddimahnya menyebut pada zaman khalifah Uthman bin Affan, hasil perniagaan Talhah di Iraq mencecah 1000 dinar setiap hari. Disebutkan hasil perniagaannya di Ash-Sharah adalah lebih lagi. Beliau juga memiliki banyak ladang di Madinah dan hamba.
7. Sa'ad bin Abi waqqas turut hartawan namun sangat dermawan sebagaimana sahabat yang lain.

No comments:

Post a Comment