Saturday, November 3, 2012

ZULFAHMI CIPTA SEJARAH


Muhammad Zulfahmi Khairuddin (born 20 October 1991 in Banting, Selangor, Malaysia) is a Malaysian motorcycle racer who currently competes in the Moto3 class in the Motorcycle World Championship. He made his debut in 125 championship in the 2009 Malaysian Grand Prix where he finished 20th. In 2010, Zulfahmi competed in his first full season on board an Aprilia for the Air Asia-Sepang International Circuit.
His best finish in Grand Prix racing was a fourth position at the 2012 Portuguese Grand Prix,[1] and achieved the first pole position by a Malaysian rider in any class at his home race in October 2012.[2] Khairuddin led for most of the race, but finished second behind team-mate Sandro Cortese, after Cortese made a final-lap pass.

 

 

CORTESE JUARA DUNIA, ZULFAHMI CIPTA SEJARAH NAIK PODIUM KALI PERTAMA

  • SEPANG, 21 Okt (Bernama) -- Pelumba Jerman Sandro Cortese meraih kejuaraan
grand prix keempatnya dan dimahkotakan juara dunia Moto3 pertama, sementara
pelumba Malaysia Zulfahmi Khairuddin daripada AirAsia-SIC-Ajo Team pula menaiki
podium buat kali pertama pada Grand Prix Motosikal Malaysia 2012, di sini hari
ini.
Cortese yang bermula dari barisan hadapan bersama Zulfahmi, menamatkan
perlumbaan 18 pusingan itu dalam masa 40 minit 54.123 saat. Beliau menewaskan
Zulfahmi dengan hanya 0.028s.
Pelumba Jerman Jonas Folger daripada Mapre Aspar Team Moto3 meraih tempat
ketiga dengan 40''54.370s.
"Saya masih tidak percaya saya juara dunia. Saya tidak menjangka kejayaan
ini dicapai di sini. Pada dua pusingan terakhir, saya memberi tekanan sedikit
kepada Fahmi (Zulfahmi) dan tindakan itu berhasil," kata Cortese.
Dengan kemenangan itu, Cortese mengumpul 280 mata iaitu 73 mata mengatasi
pencabar terdekat Luis Salom daripada RW Racing GP yang mengumpul 207 mata,
dengan baki dua perlumbaan dan kutipan 50 mata maksimum.
-- LAGI
SUKAN-MOTOGP (MOTO3) 2 (AKHIR) SEPANG
Zulfahmi yang meraikan hari jadi ke-21 semalam, mencipta sejarah tempatan
apabila muncul rakyat Malaysia pertama menaiki podium dalam perlumbaan grand
prix.
"
Memang strategi pasukan kami untuk tidak mengetuai perlumbaan dari awal.
Saya cuma mengekori Jonas (Folger) sehingga perlumbaan sudah berlangsung separuh
jalan. Apabila hujan mula turun, saya beritahu diri sendiri masa sudah tiba
untuk saya melakukan tugas saya dan mengetuai perlumbaan.
"Berentap dengan Santos pada beberapa pusingan terakhir agak menyeronokkan.
Perlumbaan itu memang hebat dan saya tidak percaya dapat menamatkan perlumbaan
pada kedudukan podium (untuk kali pertama)," kata Zulfahmi.
Selepas 16 perlumbaan, Zulfahmi berada di tempat ketujuh dengan 112 mata dan
akan menyertai Grand Prix Australia minggu depan.
"Perlumbaan itu dijangka sukar kerana keadaan sejuk dan berangin. Untuk
perlumbaan Moto3, keadaan sedemikian boleh menyukarkan kerana jentera kami lebih
ringan berbanding kelas lain. Saya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal
untuk menghasilkan satu lagi keputusan yang baik," katanya.
-- BERNAMA
Muhammad Zulfahmi Khairuddin
 
Nationality  Malaysian Born 20 October 1991 (age 21)
Banting, Selangor (Malaysia) Current team AirAsia-SIC-Ajo Bike number 63


No comments:

Post a Comment