Wednesday, November 28, 2012

Bumi Gaza berdarah, kita buat apa?!

Laungan Syahid Mujahideen Di Gaza Berkumandang - Ayuh Panjatkan Doa Kepada Mujahideen

kakisembang.com
 
Semalam, ketua sayap tentera kumpulan Islamis Hamas Palestin, Ahmed Said Khalil al-Jabari syahid dalam satu serangan udara Israel di Gaza
Ahmed Said Khalil al-Jabari  dan seorang pegawai kanan Hamas turut Syahid apabila kereta yang mereka naiki dibedil melalui serangan udara.
Satu siri serangan udara kini sedang dilancarkan di seluruh Gaza .
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) laknatullah berkata mereka kini sedang melancarkan operasi serangan terhadap Hamas, pejuang Jihad Islam dan lain-lain kumpulan Mujahideen yang lain.
Kebelakangan ini, pegawai-pegawai Israel tekad untuk membunuh dan menyerang pemimpin-pemimpin kanan Hamas
Pasukan Keselamatn Israel Laknatullah, Shit Bet mengesahkan yang mereka bertanggungjawab ke atas segala aktiviti keganasan.
"Ahmed Said selama ini juga antara orang yang bertanggungjawab membiayai dan memberi arahan operasi tentera mereka bagi menyerang Israel. Jadi dengan pembunuhan beliau, kami mahu memberi amaran kepada pegawai Hamas yang lain jika mereka melakukan keganasan kepada Israel, mereka juga akan turut diserang," katanya.
Jurucakap Hamas, Taher Anunu memberitahu pemberita, keganasan yang dilakukan oleh Israel ini merupakan jenayah yang cukup kejam dan bakal memberi kesan jangka panjang.
"Kerajaan Palestin akan memanggil mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah kejam ini dan rakyat Palestin sendiri mempunyai hak untuk bertindak balas," katanya.
Timbul juga kebimbangan yang serangan itu akan menimbulkan lagi perang ke kawasan sekitar. 

P/S: Semalam merupakan detik yang mengemparkan dunia berkenaan pembunuhan komender Hammas, pembunuhan ini bermakna Israel telah mengishtiharkan perang terhadap Mujahideen seluruh dunia dan Umat Islam yang mendokong perjuangan Islam.

Serangan Israel ini bagi aku lah  bertujuan untuk menutup kekejaman Tentera Bashar AlAssad Laknatullah di Syria. Bagi aku dunia Islam memasuki demensi baru, ini zaman kebangkitan Islam di seluruh Dunia. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejatuhan Rejim Hosni Mubarak di tangan Ikhwan Muslimin dan kalau kita lihat satu persatu rejim  telah tumbang. InsyaAllah sinar Islam semakin muncul dan terang di Ufuk Timur.

Berbalik kepada Cerita Di Palestine sehingga ke saat ini Mujahideen telah melaungkan seruan Jihad, pemuda, orang tua turun memikul senjata untuk menghadapi kejahatan Yahudi Laknatullah. Pada mereka tiada apa yang diharap selain kemenangan atau pun Syahid berjumpa dengan Allah..

Kataib Syahid Izzudin Al - Qassam ( Sayap Hammas ) telah menghentam 4 serangan roket jenis Grad ke atas pusat perisikan khas Zionis dan mengebom pengkalan tentera Zionis. Pejuang-pejuang telah bersumpah dengan nama Rabbul Izzah, Bumi Gaza tidak akan tunduk kepada Yahudi Dan sekutunya dan janji mereka akan tiba kepada suku sakat Zionist.

Abu Ahmad, jurucakap Saraya Al-Quds ( Sayap Hammas ) berkata " kami akan buat lagi kejutan yang mana musuh tidak sempat untuk bersedia, musuh pasti kesal bila menemui tentera-tentera meraka terbunuh apabila memasuki bumi Palestine. 

Kita sebagai Umat Islam yang prihatin, sama2 lah kita memanjatkan doa kepada pejuang di sana, aku begitu berharap khutbah Jumaat esok sentuh lah berkenaan perkara ini supaya masyarakat dapat info berkenaan perkara ini.  Banyakkan berdoa untuk keselamatan dan kemenangan Mujahideen di sana. Jadi kamu pentingkan diri kamu sendiri, kelak mati Allah tidak memandang wajah kamu...Doa itu senjata ISLAM....Gunakan lah Doa dan perbanyakkan lah amalkan Qunut Nazilah selalu dalam sembahyang..Takbirrr  
 
comments:
Anonymous ..

Ya Allah, kami akan berjuang dgn apa jua yg kami mampu...demi Islam n saudara2 kami di seluruh dunia..Mujahid2 Palestin, kamu tidak keseorangan krn kami bersama2 kamu...

 
{ TaTJ }

Takbirrr...bangun jihad wahai umat Islam!

 

Kisah Benar!! Keajaiban di peperangan Gaza Palestin

agendsai.blogspot
 
 Foto Hiasan
subhanallah..Allah Akhbar......
Keajaiban di peperangan Gaza

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar d

an pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!
 
Sumber : FB 

No comments:

Post a Comment