Wednesday, November 28, 2012

ORANG CINA BERKHATAN

HANYA DIKELANTAN ORANG CINA BERKHATAN

naimnikmat.blogspot.

Remaja Cina Bersunat

[SH] PASIR MAS – Walaupun amalan berkhatan menjadi kemestian dalam kalangan umat Islam, namun masyarakat Cina di Kampung Pasir Parit menjadikannya sebagai tradisi sejak sekian lama.

Remaja, Justin Khor Han Shen, 15, berkata, dia sudah menanam niat mahu berkhatan sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Justin berkata, ibu bapanya juga tidak menghalang malah menggalakkan untuk bersunat sepertimana yang dilakukan oleh ahli keluarganya yang lain.

"Sebelum bersunat, saya ada bertanya kepada rakan saya yang beragama Islam dan mereka banyak memberi semangat agar tidak takut ketika berhadapan dengan 'tok mudim'.

"Keberanian saya mula timbul apabila melihat kanak-kanak Islam tidak gentar mahupun menangis ketika dikhatankan. Malulah jika saya yang sudah remaja, menangis ketika bersunat," katanya semalam.

Menurutnya, rakannya juga ada memberi semua petua serta pantang larang sebelum dan selepas bersunat, agar ia tidak memudaratkan kesihatannya kelak.

Tradisi keluarga turun-temurun

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Gerakan Kelantan, Albert Khor berkata, tradisi berkhatan bukanlah perkara baru kerana ia dilakukan lebih 50 tahun lalu.

"Ini bukan suatu yang pelik kerana rata-rata lelaki yang mencecah usia lapan tahun, akan bersiap sedia untuk berkhatan. Tanya sahaja penduduk lelaki di kampung ini, pasti sukar untuk mencari yang belum bersunat," katanya.

Menurutnya, amalan ini diterima oleh masyarakat Cina kerana menjadi tradisi turun-temurun bermula daripada nenek moyang yang menetap di Pasir Mas puluhan tahun lalu.

Albert berkata, tiada salahnya untuk berkhatan kerana ia baik dari segi kesihatan malah kebersihan turut terjamin.

Katanya, amalan yang baik daripada kaum lain boleh dibuat, kerana ia memberi manfaat kepada pelaku malah ia juga tidak menyalahi agama yang dianuti.

"Kanak-kanak masa kini bertuah kerana tidak akan merasa sakit kerana pelbagai kemudahan serta teknologi digunakan ketika bersunat. Berbeza dengan zaman dahulu, kami disunatkan tanpa menggunakan bius malah penggunaan batang pisang turut menyakitkan mereka sehingga sebulan lamanya," katanya.

Menurutnya, penggunaan teknologi dan ubat ini dapat mempercepatkan proses pemulihan daripada sebulan kepada hanya tiga hari.

Generasi kelima

Sementara itu, Tok Mudim Kampung Buluh Melintang, Kangkong, Mohamad Suhaimi berkata, dia tidak menyangka seramai 11 remaja berbangsa Cina berusia lapan hingga 18 tahun berani untuk berkhatan.

Sebelum ini katanya, alternatif berkhatan secara separa tradisional dan moden ini, hanya disertai oleh pelajar Melayu.

Menurutnya, dia menjadi tok mudim sejak 20 tahun lalu dan menjadi kepakaran turun temurun sejak lima generasi lalu.

"Saya belajar daripada arwah bapa dan datuk, yang mana ketika itu masih lagi menggunakan rawatan tradisional. Ketika itu, remaja yang bersunat tidak dibius dan tidak dijahit, sebaliknya hanya dibalut menggunakan kain sehingga menyebabkan terpaksa berpantang selama sebulan," katanya.

Beliau berkata, kaedah bersunat yang digunakan kini lebih moden dan tidak memakan masa yang lama untuk berpantang.

Mohamad yang juga peniaga dan pembuat batu nisan menasihati remaja yang berkhatan, agar mematuhi semua pantang larang pemakanan, agar proses penyembuhannya lebih cepat.

 

Orang Cina Sokong PAS, Tak Hairan Dengan Bayaran "One-Off" Najib

Bajet 2013: Sekadar ambik, sokong tidak

KUALA LUMPUR: Di Johor, orang tidak tanya MCA akan tinggal berapa kerusi sahaja lagi tetapi orang tanya tinggal berapa orang sahaja lagi di dalam MCA, kata Mohamad Sabu.

"Itu baru di Johor, tempat lain pun sama atau mungkin lebih teruk untuk Umno BN (Barisan Nasional)," katanya lagi.

Timbalan Presiden PAS itu menyatakan demikian merujuk kepada kesan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan tidak memberi kesan besar kepada perubahan sokongan rakyat untuk menyokong BN.

Di Johor katanta, MCA dalam keadaan nazak, dan bajet BN itu tidak mungkin akan memberi nyawa baru untuk menyelamatkan parti itu.

Menjelaskan lebih lanjut apa yang dimaksudkannya itu, Mohamad berkata, rata-rata orang Cina tidak peduli pun belanjawan itu kerana yang lebih penting bagi mereka ialah tarikh pilihan raya kerana mereka sudah tidak sabar hendak menamatkan cengkaman kuasa Umno Barisan BN.

"Itu belanjawan untuk menyasarkan sebahagian orang Melayu, sebab orang Cina tidak hairan dengan duit RM250 sekali bagi itu," katanya.

Malah, katanya, orang-orang Cina rata-ratanya tidak mengendahkan umpan yang bertujuan memancing undi mereka itu.


Mohamad berkata, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu apabila meneruskan amalan 'memberi ikan dan bukan kail' kepada mereka melalui pemberian duit sekali bagi dan pemberian-pemberian lain seumpamanya.

"Ketika bangsa lain boleh diumpamakan sudah maju dengan peralatan canggih untuk menangkap ikan di laut dalam, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu dengan memberikan ikan kepada mereka dan bukan memberi kail," katanya lagi.

Mohamad berharap orang-orang Melayu menolak perbuatan menghinakan mereka dengan duit sekali bagi seperti itu dan menuntut penyelesaian jangka masa panjang terhadap masalah asas mereka.

Umpamanya, kata beliau, masalah pengangguran yang sebahagian besarnya melibatkan orang-orang Melayu.

"Belum kira lagi yang tidak graduan, yang bertaraf siswazah pun sehingga 40,000 orang menganggur kebanyakannya berbangsa Melayu," katanya.

Beliau meminta orang-orang Melayu berfikir, adakah duit sekali bagi RM250 boleh menyelesaikan masalah mereka? "Jangan biarkan kerajaan Umno BN hina kita dengan gula-gula murahan seperti itu," kata Mohamad.

comments:

 Anonymous said...

BILA NAK LANCAR HIJAU 2 KEPUTRAJAYA?

Anonymous said...

Betul kata orang Cina, Melayu perlu memikir untuk berdiri atas kaki sendiri bukan sahaja bergantung sepenuhnya kepada kerajaan. Duit 250 tu cukup untuk bayar tol and minyak pergi balik KL - Penang aje. Namun rata rata akal Melayu pendek sehingga sanggup membenggapkan diri pada si Bahalol selama 50 tahun lebih. Lagi banyak anak masok universiti, lagi ramai dapat ijazah toilet paper. Kelulusan TAR Kolej tak nak pula di cari, malah universiti senang lulus pass 40% di ambilnya.

Apa nak jadi....

Anonymous said...

I tak berniat nak hina bangsa melayu tapi tolong fikir masak - masak takkan maruah kamu bernilai RM250 saja? Hak kita sebagai rakyat M'sia bukan hanya RM250 saja sebalik hak kita lebih dari itu dan jangan kita dimanjakan dengan benda sedemikian kerana untuk maju kita kena berusaha sendiri bukan selalu duduk dan mengharapkan 100% bantuan kerajaan sebagai kerajaan BN / UMNO buat. Biarlah kerajaan beri bantuan sebanyak 50% paling maksimum selebihnya kita sendiri yang usahakan barulah kita dapat nikmati kejayaan hasil usaha kita sendiri, barulah agama Islam dipandang tinggi oleh orang bukan beragama Islam. Lu fikirlah sendiri.

__._,_.___
__,_._,___

No comments:

Post a Comment