Monday, January 16, 2012

Bolehkah Beri Zakat Kepada Bukan Muslim?

BOLEHKAH BERI ZAKAT KEPADA BUKAN MUSLIM?

Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Soalan: Prof Madya Dr Asri, saya ingin bertanya mengenai bolehkah orang bukan Islam mendapat peruntukan z akat. Saya difahamkan ada pendapat yang menyatakan golongan muallaf yang berhak dapat z akat itu, ada pendapat kata termasuk yang bukan muslim. Begitu juga fakir miskin. Tapi ada yang beritahu tidak boleh. Sehingga timbul isu politik. Saya rasa di Malaysia ini kita patut faham Islam dengan lebih luas. Harap tuan dapat berikan pencerahan kepada kami.

Nuruddin, Selangor.

Jawapan Prof Madya Dr MAZA: Terima kasih saudara yang bertanya. Usaha saudara dan rakan-rakan untuk memahami Islam dengan lebih luas adalah sesuatu yang terpuji. Apatah lagi dalam isu-isu muamalat yang membabit interaksi antara agama yang memberi impak kepada perkembangan Islam. Untuk menjawab persoalan saudara, di sini saya sebutkan beberapa perkara;

1. Masalah bolehkah bahagian sadaqah wajib atau yang dinamakan z akat diberikan kepada bukan muslim adalah masalah khilafiyyah (perbe z aan pendapat) dalam kalangan fuqaha (sarjana fekah). Al-Imam al-Syafi'i r.h (w. 204H) berpendapat tidak boleh. Pendapat yang sama dikeluarkan oleh fuqaha lain. Pendapat ini beliau sebutkan dalam karyanya yang terkenal al-Umm, katanya:

"Golongan muallaf (mereka yang dijinakkan jantung hati) ialah sesiapa yang masuk ke dalam Islam. Tidak diberikan sadaqah ( z akat) kepada musyrik untuk menjinakkannya dengan Islam. Jika ada yang berkata: Ketika peperangan Hunain Nabi telah berikannya kepada sebahagian muallaf dari kalangan musyrikin. (Jawapannya) itu adalah pemberian dari harta fai (harta rampasan), atau dari harta Nabi s.a.w sendiri. Bukan dari harta z akat". (al-Umm, 2/338. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-'Arabi).

2. Pendapat al-Imam al-Syafi'i r.h tersebut telah menjadi pegangan dalam Ma z hab al-Syafi'i. Maka, kita dapati tokoh-tokoh dalam ma z hab al-Syafi'i akan menegaskan hal yang sama. Ini seperti al-Imam al-Syira z i dalam al-Muha z z ab, al-Imam an-Nawawi dalam al-Majmu' dan lain-lain. Berdasarkan asas 'kekufuran' itu menghalang bukan muslim menerima peruntukan z akat, maka –dalam Ma z hab al-Syafi'i mereka tidak boleh menerimanya samada atas tiket kefakiran ataupun muallaf.

3. Adapun jika kita melihat pendapat yang lain, sebahagian para fuqaha menyatakan mereka boleh menerima z akat atas peruntukan 'al-muallafah qulubuhum' iaitu yang dijinakkan jantung hati mereka kepada Islam. Ini seperti yang dinaskan oleh al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 60. Peruntukan ini merangkumi mereka yang masih kafir dan yang telah menjadi muslim. Kata al-Imam Ibn Qudamah (w. 620):

"Muallaf itu dua bahagian: kuffar dan muslimin yang mana mereka itu pemimpin yang ditaati dalam kaum dan keluarga mereka. Bahagian kuffar ini pula ada dua kelompok: pertama; orang yang diharapkan dia menganut Islam, maka diberikan z akat agar hasrat keislamannya bertambah dan jiwanya cenderung kepada Islam, lalu dia menjadi muslim…kelompok kedua; orang yang dibimbangi kejahatannya. Diharapkan dengan pemberian kepadanya akan menghalang kejahatannya dan mereka yang bersamanya.." (Ibn Qudamah, al-Mughni 9/317. Kaheran: Hijr).

4. Inilah pendapat yang ditarjihkan (dinilai lebih kuat penghujahannya) oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Zakah, Dr 'Abd al-Karim Zaidan dalam al-Mufassal, juga Dr 'Umar Sulaiman al-Asyqar dalam kertas Ta'lif al-Qulub 'ala al-Islam bi Amwal al-Sadaqah dan lain-lain. Maka, berdasarkan pendapat ini boleh diberikan z akat bahagian muallaf kepada bukan muslim yang berpengaruh dalam kaum atau masyarakat mereka yang diharapkan pemberian itu menggalakkan dia atau pengikutnya menerima Islam, atau mengurangkan sikap permusuhan dengan Islam. Pendapat ini disokong oleh pelbagai riwayat yang mana Nabi s.a.w memberikan kepada pemimpin-pemimpin Arab yang masih kafir seperti Sofwan bin Umayyah. Sehingga Sofwan pernah berkata:

"Demi Allah! Rasulullah s.a.w memberikan kepadaku begitu banyak. Dahulunya, dia adalah orang yang paling aku benci. Dia terus memberi kepadaku sehingga dia menjadi orang yang paling aku sayangi" (Riwayat Muslim).

5. Walaupun Ma z hab al-Syafi'i dan selainnya menyatakan bahawa nas Surah al-Taubah itu bermaksud mereka yang sudah menganut Islam dan kisah Nabi s.a.w memberikan harta kepada pembesar-pembesar Arab yang masih kafir itu diambil dari peruntukan selain z akat, namun di sana ada ayat al-Quran lain yang menunjukkan bahawa Nabi memberikan sadaqah ( z akat) kepada bukan muslim. Firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 58-59: (maksudnya)

"dan antara mereka ada yang mencelamu (wahai Muhammad) mengenai (pembahagian) sedekah-sedekah ( z akat); oleh itu jika mereka diberikan sebahagian daripadanya (mengikut kehendak mereka) mereka suka, dan jika mereka tidak diberikan dari z akat itu (menurut kehendaknya), (maka) dengan serta merta mereka marah. Dan (alanglah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka dan berkata: "cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; Sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah".

Kata Dr 'Umar Sulaiman al-Asyqar:

"Nas ini amat jelas bahawa golongan ini yang mendapat sadaqat ( z akat), pemberian tersebut adalah untuk menjinakkan jantung hati mereka kepada Islam. Pastinya belum menganut Islam jantung hati yang orang mencela Rasulullah s.a.w mengenai z akat". (ibid).

Ertinya, mereka itu belum menganut Islam, jika tidak, mana mungkin mereka mencela Rasulullah s.a.w kerana itu perbuatan yang kufur. Justeru, ayat ini memberi maksud Rasulullah s.a.w memberikan z akat kepada bukan muslim untuk dijinakkan jantung hati mereka pada z aman baginda.

6. Bagi saya, pendapat yang membolehkan z akat bahagian muallaf diberikan kepada bukan muslim dengan tujuan dakwah adalah lebih kukuh dan sangat relevan untuk masa kini. Hari ini Islam disalahfahami dan dituduh sebagai agama yang negatif. Pemberian z akat kepada muallaf yang sudah muslim dan belum muslim dapat membantu memelihara keindahan Islam. Jika kita bimbang aktiviti dakwah agama lain yang menggunakan sumbangan kewangan dan bantuan, mengapa tidak kita mengamalkan pendapat para ulama yang membolehkan pemberian z akat muallaf kepada mereka yang bukan muslim untuk menarik minat mereka kepada Islam?!

7. Selain dari peruntukan z akat kepada bukan muslim atas nama muallaf, para ulama juga berbe z a pendapat tentang peruntukan z akat fakir miskin kepada bukan muslim. Jumhur (majoriti) berpendapat tidak boleh. Namun, Dr Yusuf al-Qaradawi mentarjihkan bahawa ia dibolehkan (lihat: Fiqh al-Zakat, 2/707) . Antara dalil dalam hal ini, Saidina 'Umar ketika membaca firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 60 itu: (maksudnya)

"Sesungguhnya sadaqat ( z akat) itu untuk golongan fakir…", beliau berkata: "Di z amanku ini mereka itu adalah Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian)" (Riwayat Ibn Abi Syaibah).

8. Para sarjana fekah bersepakat bahawa peruntukan z akat tidak boleh diberikan kepada kuffar yang memerangi Islam atau golongan kafir harbi. Ini berasaskan firman Allah: (maksudnya):

"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memeberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang z alim". (Surah al-Mumtahanah 8-9).

Namun bagi yang tidak memerangi Islam; samada mereka warga negara umat Islam, atau yang ada perjanjian keamanan dengan kerajaan umat Islam, atau anak-anak dan kaum wanita kafir harbi yang bapa mereka memerangi tetapi mereka tidak terlibat, boleh diberikan peruntukan z akat muallaf atau fakir miskin ini.

9. Institusi z akat sebenarnya, jika berperanan dengan betul akan membangun umat Islam, dakwah Islam dan membina imej yang baik untuk masyarakat Islam. Jika z akat diuruskan dengan baik, banyak yang dapat dilakukan. Hanya kepada Allah tempat kita mengadu!

Sunday, January 15, 2012

Siapakah BAHLOL??

Dalam bahasa melayu bahlol merujuk kepada bodoh atau tolol. tahukah kengkawan siapakah bahlol yg sebenarnya?? Bahlol ialah nama seorang ulama yang hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Harun Ar Rashid. Hebatnya Bahlol (Nama sebenarnya ialah Bahlol Dana r.a) ni sampaikan Imam Abu Hanifah (pengasas Mazhab Hanafi) pun mengiktiraf beliau sebagai gurunya. Ada pengkaji mengatakan Bahlol ini ialah saudara lelaki (tak tahu lah tiri atau kandung) dan penasihat kepada Khalifah sendiri. Bahlol dikenali sebagai Madjzub iaitu golongan yang menyembunyikan kepintaran mereka dengan perbuatan2 yg tak masuk akal. Sesetengah orang sahaja yang mampu kenal siapa madjzub ni


kisah Bahlol..

kisah 1:

masa zaman Bahlol tu, berlaku satu kemarau yg sangat dahsyat. Kira2 ganda2 la panas dari kita yg duk Malaysia hari ni. Habis khalifah suruh para ulama solat minta hujan. Turunlah ulamak, solat beramai-ramai... tapi tak ada hujan yang turun pun. Pening weh khalifah masa tu. Dipanggil la menteri dia mengadap.
"Hah, habis ulamak dah kita suruh solat mintak hujan ni. Tak setitik pun turun. Apa yg perlu kita buat lagi?"
"Tuanku, ada sorang lagi yang kita tak panggil"
"Siapa?"
"Bahlol!"
"Bahlol? Perintah dia buat solat mintak hujan!"
Bahlol pun pergi la ke masjid. Masa tu ramai dah yg ikut berkumpul. Ya la, nak solat mintak hujan kan. Tak best la kalau sembahyang sorang2 ni.
Tiba-tiba, Bahlol naik atas mimbar, ditunjukkan jarinya ke langit dan dia mintak "Ya Allah, turunkan lah hujan". Tak ada solat apa pun.
Hujan tiba2 turun dengan lebat... Cepat sungguh Allah jawab permintaan wali-Nya.

Kisah 2:

Satu kisah yang menarik ialah, ketika Harun Ar Rashid jalan2 dgn isterinya, Zubaidah, mereka ternampak Bahlol tgh buat rumah dari tanah liat.
Zubaidah ni pun tanya,
"Buat apa tu Bahlol?"
"Buat rumah! Rumah ni untuk syurga!"
"Nak beli boleh?"
"Baiklah.. saya jual dgn 10 dinar".

Zubaidah pun memberi 10 dinar kpd Bahlol. Lantas Bahlol terus buang duit tu dalam sungai.

"Haa.. balik lah, kau dah ada rumah dah kat syurga Zubaidah".

Gelak-gelak Harun masa tu.. dia berkata kpd isterinya "Sayang dah kena main dah ngan Bahlol tu".

Malam tu, Harun Ar Rashid mimpi, dia mimpi masuk syurga. Di hadapan dia masa tu ada sebuah istana, yg tertera nama Zubaidah. Harun pun cuba masuk, tapi dihalang oleh malaikat.
"Eh apsal halang2 ni? Ni rumah isteri ku!"
Malaikat menjawab "engkau hanya boleh masuk rumah isteri kau di dunia.. bukan di syurga!"

Harun Ar Rashid terjaga dr tidur dgn berpeluh2. Dikejutkannya isterinya dan pagi itu juga, mereka mencari Bahlol. Jumpa la Bahlol tepi sungai, tengah buat rumah tanah liat.

"Bahlol, aku datang nak beli rumah ni"
"Boleh!" jawab Bahlol
"Berapa harga?" tanya Harun Ar Rashid
"10,000 dinar!"
"Kenapa harganya naik sehingga 10,000?"
"Kerana semalam isteri kau 'membeli tanpa melihat'!"

Apakah maksud tersirat Bahlol bila dia kata Zubaidah 'membeli tanpa melihat' sampaikan Zubaidah dapat harga murah?


sumber: http://www.tranungkite.net/

*adakah berdosa kita apabila memperbodohkan nama seorang ulama??

__,_._,___

Disebat kerana mencabul

COLOMBO: Mahkamah di Maldives mengarahkan seorang lelaki dirotan 25 kali di hadapan umum dan dipenjara dua tahun kerana mencabul seorang guru perempuan Jepun, kata jurucakap polis, Ahmed Shiyam, semalam.

Menurut Ahmed, hukuman dijatuhkan mahkamah jenayah di Mali selepas suspek mengaku bersalah dalam kejadian yang dilakukan November lalu.

Insiden jenayah jarang berlaku di Maldives, kepulauan di Lautan Hindi yang dihuni 330,000 umat Islam daripada golongan ahli Sunnah.

Negara yang terkenal untuk destinasi bulan madu itu mempunyai undang-undang shariah tersendiri yang membolehkan hukuman sebat di khalayak ramai dilakukan terhadap pesalah jenayah seksual. "Pesalah itu akan disebat 25 kali pada waktu yang akan ditentukan mahkamah kelak," katanya lagi. - AFP

Tuesday, January 10, 2012

Five Pizza Dough Recipe Favorites


Five Pizza Dough Recipe Favorites
by James Weston
If you are new to making yourown pizza bases then start with Recipe #1 Quick & Easy No Yeast Pizza Dough. Without having to wait for the dough to rise your pizza can be ready to cook in ten minutes. If your family are a fan of Pizza Hut then this Pizza Hut Original pan pizza crust recipe will surely win you some fans! Calzone is an unusual type of pizza and is great for meals or packed lunches alike. This ebook will show you three different ways to fold the ends of the base together. It doesn’t stop there, completing the book with popular thin-crust and thick-crust (Sicilian) recipes which you can experiment with to suit your tastes.

Language: English
Format : PDF
Password: No Password. Just download it

Please click link below to download your file:
Pizza Recipes
(Please click 'SKIP AD' button after few second to download it. Enjoy yea!)