Friday, August 9, 2019

Hantar duit kepada family

Baru tadi, selepas makan malam, saya keluar berjalan (bersenam) di sekitar kawasan kejiranan. Apabila lalu di kawasan kedai, ingatkan nak beli barang tetapi teringat yang saya tak bawa duit.

So, saya call family, suruh bawa duit kepada saya.

Sementara menunggu, saya ternampak seorang lelaki tua sedang membakar wang kertas orang mati di tepi jalan, lalu saya pun pergi mendekati untuk berbual dengan dia.

"Buat apa dekat sini?" saya tanya dia.

"Wa sedang hantar duit kepada family wa," katanya.

Kemudian dia pula bertanya kepada saya, "Lu buat apa sini?".

"Saya sedang tunggu keluarga saya hantar duit kepada saya."

Selepas mendengar kata-kata itu, muka dia terus pucat dan dia terus lari.

Saya jerit, "Hey! Jangan lari! Saya cuma tunggu keluarga hantar duit kepada saya!"

Tiba-tiba, beberapa orang yang sedang membakar wang kertas orang mati berhampiran, juga melarikan diri!

😂🤣😂🤣😂🤣🤣😂🤣