Friday, August 18, 2017

Rezeki dari Allah

Renungkanlah....

Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai (ada orang panggil timun Cina ) . Dia membeli buah itu dari sebuah pasar. Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya: "tawar". Lalu isterinya terus-terusan merungut.

Melihat isterinya yg merungut itu, suami berkata: "Saya membeli tembikai itu dari pasar"

Isteri: "Saya tau"

Suami: "Pada pendapat awak, semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?"

Isteri: " Tentulah yang manis"

Suami:" Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?"

Isteri: "Tentulah mereka ingin menjual yg manis"

Suami terus lagi bertanya: " Ketika peraih (org tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?"

Isteri: "Mesti yang manis"

Si suami diam sejenak...

Kemudian dia menyambung." Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti manis atau tawar?"

Isteri: " Tentu yang manis, pastinya."

Suami:" Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?"

Isteri: "Mesti saya ingin yang manis. Kenapa dengan semua soalan ini?" soal isteri.

Orang soleh itu tersenyum pada isterinya. Lalu dia berkata:

"Ketika semua orang inginkan buah yang manis, sebaliknya pula yang berlaku. Buah tembikai itu tawar rasanya!"

Isteri orang soleh itu terdiam.

Marahkan siapa?

'Jadi ketika awak marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang inginkan buah yang manis. Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya, Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yg membeli, atau penjual yang menjual atau awak yang membelah atau pekebun yg menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar?"

Adab ketika makan: Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja.

Pengajarannya:

Kita perlu faham bahawa rezeki kita dapat yang manis atau tawar, sedap atau tidak, semuanya ditentukan Allah. Jika kita mengecamnya, ramai orang akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati. atau mungkin ayah yang membeli terasa hati. Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah "mengecam" Allah yg mengurniakan rezeki itu kepada kita.

Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak.

"HANYA SEBIJI TEMBIKAI, KITA MERUNGUT KEPADA ALLAH TA'ALA

Thursday, August 17, 2017

Mahal

Bertahun-tahun India terkenal
di mata dunia dengan keajaiban *Taj Mahal*. Satu tu ajer....

Tapi kini di Malaysia telah mengatasi India dengan adanya ...
Gula Mahal, Minyak Mahal, Tol Mahal, Gas Mahal, Tambang Mahal, Bil Letrik Mahal, Barang2 Mahal.
Mahal-mahal belaka. 😅😅😅

Wednesday, August 16, 2017

Menantu ku uztaz

Ada kluarga tu nak cari org beriman...utk jadi menantu...nak djodohkan dgn anak perempuan dia..memang baik tetapi sedikit lurus.... Dipendekkan cerita....terjumpalh sorg ustaz, baik dan beriman.. nikah la mereka berdua.... Selepas malam pertama....pagi2 lagi pengantin perempuan minum air seorang diri..... Ibu dia tanya kenapa x ajak ustaz ( suami) minum air bersama... Pengantin perempuan tu jawab...... ustaz apa perangai mcm tu mak...semalam selak kain org.

Tersembor air minum mak dia... 😂😂😂😂

Thursday, August 10, 2017

Bila isteri gi kerja naik teksi.

Buat pengajaran wahai isteri² dan ingatan kpd suami. Hati2 jangan sampai terjadi macam ni walaupun dah umur lebih 5 series....... 🙅😳

Timah tiap hari pergi kerja suami hantar.
Semalam suami out station beberapa hari
So dia naik teksi.
Bila sampai ofis dia terus cium tangan dan berlalu pergi.
Pada hal yang dicium tu tangan taxi driver.
Sebab dah terbiasa cium tangan suami....
😝😝😝😝😝😝😝😝😝

Si taxi driver pun tergamam
Bukan hanya tergamam tangan di cium
Tapi lebih tergamam sebab Timah berlalu pergi...
Tanpa membayar tambang....
Dia ingat taxi ni bapak dia ke yang punya...
Si driver pon menyumpah.. 😝😝😝😝😝😝😝

Wednesday, August 9, 2017

Tengok pelangi

Hari pertama buka sekolah..
Murid - murid disuruh memperkenalkan diri ..

Guru :  "Cuba kamu yang  duduk kat belakang kanan , sapa namamu dan apa hobimu..?”

Murid #1:  “Nama farhan hobi mancing di sungai sambil tengok pelangi..”

Guru : "Cuba yang duduk di sebelahnya?”

Murid #2 : “Nama Denny, hobi makan manggis di tepi sungai sambil tengok pelangi.."

Guru : “Ooo sama …, kalian bersahabat ke.? Cuba yang duduk belakang..?”

Murid #3 :  "Nama Zakaria, hobi lepak tepi sungai sambil tengok pelangi.."

Guru : … sama jugak..? Rupanya kalian satu geng .? Cuba si kacak  yang duduk ujung sana..?”

Murid #4: “Nama Danial, hobi makan  martabak di tepi sungai sambil tengok pelangi.."

Guru :  "alamak...., hobi semua sama . Cuba si cantik  yg duduk di tengah tengah tu, sapa nama dan hobi kamu..”

Murid #5 :  "Nama saya Pelangi, hobi mandi kat sungai..."

Guru :   “Oooooooo  patut le... !!!!

Thursday, August 3, 2017

Nampak biji

Suatu hari, seorang Nyonya dari Kuala Selangor pergi ke JPJ untuk renew road  tax kereta nya. Yang melayannya di kaunter adalah seorang pemuda bernama Samdol.

NYONYA: "morning adik, Aso mau renew roadtax bole ka?"

SAMDOL : "Boleee auntie, berapa nomor pelat kreta auntie?"

NYONYA : "Biji you dua dua nampatk!"

SAMDOL : (muka merah malu, terus cek zip seluar) ok jer

"Ha? Berapa nomor pelat auntie?"

NYONYA: "Biji you dua dua nampatk!!"

SAMDOL : (merasa serba salah)
"Maaf nih auntie, Tolong tulis no pelat kreta auntie..."

NYONYA: *BGU 2264.*

Ini cerita betul2 belaku di JPJ Klang.
😆😛😄😆😛😄😳😳😳