Thursday, March 9, 2017

Pejabat dan Masjid

"Kenapa tidak di solatkan di pejabat sahaja?"

Sebelum Subuh
Sudah berangkat ke Pejabat.

Setelah isyak
Baru kembali dari pejabat.

Zuhur
Tersepit waktu istirahat pejabat.

Asar
Pekerjaan banyak sekali  di pejabat.

Maghrib
Jalan jem/sesak dijalan,
perjalanan pulang dari pejabat.

Isyak
Masih letih, baru pulang dari pejabat.

Malam-malam
Dipanggil untuk datang ke pejabat.
Malah segera berangkat ke pejabat.

Disaat pencen
Hanya memiliki rumah sederhana bukan istana.
Kereta tua yg kos pembaikan pun mahal.
Duit simpanan yg sudah habis  atau Wang pencen hanya cukup-cukup untuk makan.

Walaupun mampu memiliki rumah lebih mewah,
tubuh lemah dan sakit sudah tidak mampu menikmati indahnya rumah.

Hari-hari hanya merasakan rasa sakit.

Puluhan tahun kerja membanting tulang.
Setelah rumah, kereta dimiliki, hartapun habis untuk berubat.

Berat untuk solat karena semua sendi sudah tidak kuat. Ditambah masa muda sibuk kerja hingga tak terbiasa solat.

Mati-matian membela pejabat atas
perintah atasan sampai malas ke masjid.

Tapi disaat tua, lemah, dan wafat.

Jasad pun meminta disolatkan di masjid
dengan Ustaz sebagai Imamnya bukan anaknya yang menjadi Imam.

Mati-matian membela pejabat.
Tak seorang pun mati disolatkan dipejabat. dengan orang atasannya sebagai Imam sholat jenazah.

Jadi..

Masihkah kita  mengutamakan
PEJABAT daripada MASJID?

Padahal..

MASJID adalah tempat terakhir kita di solatkan.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Bahagian Dakwah, JAKIM

Ego seorang Wanita.

Kisah benar

Barangkali ia boleh diambil iktibar dan menjadi peringatan malah ada sesuatu yang boleh kita belajar.

Kakak T(nama dirahsiakan)  menulis;

“Puan, sewaktu zaman bujang saya seorang yang periang, ceria dan disukai oleh rakan-rakan serumah mahupun di pejabat. Saya sangat gemar memasak. Setiap hari sayalah yang menjadi chef di dapur rumah bujang kami. Hujung minggu, saya suka menjamu tetamu. Setiap hidangan pasti menerima pujian.

Namun, segalanya berubah apabila saya berumahtangga. Beban tugas di pejabat, urusan rumahtangga dan beban pengajian membuatkan saya bertukar karekter.

Di rumah, saya jarang sekali memasak untuk suami. Asalnya pada awal perkahwinan kerana suami sering menegur setiap hidangan saya. Dia sering membandingkan dengan masakan ibunya.

Dia mahu saya mempelajari masakan ibunya yang pada pandangan saya hanya biasa - biasa sahaja. Contohnya, suami mahu saya merebus ikan terlebih dahulu sebelum mengorengnya. Sedangkan pada ketika itu pada fikiran saya – ia kerja renyah dan menyusahkan. Banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan. Saya sukar menerima teguran.

Anak-anak pula banyak kerenah – meminta memasak itu dan ini sedangkan saya keletihan kerana bebanan kerja dan beban tugasan pengajian. Akhirnya suami membuat keputusan untuk makan sahaja di kedai. Jika ada tetamu datang bertandang, suami tempah makanan. Anak-anak pula diajar memakan makanan segera. Saya berasa lega.

Begitulah..bertahun-tahun ia berlalu.

Kini, saya dan suami sudah bersara. Anak-anak pula semuanya telah berumahtangga. Kami sedang mengharungi kehidupan yang sunyi. Tiada komunikasi. Ketika duduk berdua, saya mahu memasak untuk suami. Namun, dia menolak.

Katanya, ” Tak apalah.. kita makan di kedai sahaja.”

Adakalanya saya bertanya,

”Abang..mahu saya bancuhkan kopi?”

Jawapannya,”Tak apalah..nanti saya buat sendiri.”

Apabila anak-anak pulang bercuti, mereka berpakat - pakat makan di restoran. Ketika hari raya, mereka menempah juadah atau isteri masing-masing membawa makanan sendiri. Saya rasa terpinggir. Pernah beberapa kali saya menyediakan makanan apabila dimaklumkan tentang kepulangan, namun apa kata mereka;

“Mummy kenapa bersusah-susah? Kami sudah makan dalam perjalanan tadi.”

Makanan tidak berjamah. Tidak seorangpun merindui masakan ibunya. Sayu hati saya apabila mengenangkannya.

Lebih sayu lagi apabila anak perempuan saya langsung tidak pandai memasak apa-apa. Sedangkan ketika saya sebaya dengannya boleh memasak segala macam juadah. Apabila ke rumah mereka, saya melihat anak perempuan kami terkial-kial membantu suaminya di dapur. Dia menyiang ikan dengan penuh susah payah.

hati saya remuk. Lebih remuk lagi, apabila suami tidak mahu dimasakkan apa-apa. Sedangkan apabila saya ke dapur, saya melihat dia menyediakan makanan dan makan sendirian. Masakan yang biasa disediakan oleh arwah ibunya!

Kakak  sudahi dengan pesanan dan perasaan yang penuh dengan kekesalan di hati. Katanya hebat bagaimanapun masakan kita, tidak jika tidak disuap ke mulut anak-anak dan suami…ia tidak bererti.

Sungguh, masakan ibu rupa-rupanya mampu menjalinkan perhubungan ibu dan anak. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dikenang oleh anak-anak suatu hari nanti. Ada ilmu yang boleh diturunkan menjadikan ia bermanafaat.

Salam sayang buat emak, adik, kakak dan semua ibu-ibu yang dirahmati Allah. Sudah tentu, mereka menjadi guru nombor satu!

Masaklah walau sesibuk mana sekalipun sekadar telur dadar berlaukkan kicap. Masaklah demi air tangan seorang isteri@ibu

.😭😭😭

Tuesday, March 7, 2017

5 FASA MENUJU KEJAYAAN

1) Fasa Exited/semangat - Masa ni jiwa kita sangat bersemangat nak buat bisnes. Setiap hari sharing, posting di media sosial.

2) Fasa mula diuji - ada adik beradik perli..tiada sokongan keluarga malah diuji dengan kata2 negatif  orang sekeliling berkenaan bisnes anda.

3) Fasa Down 😰 ~ Fasa ni ramai yg tidak manpu untuk bangkit sebab terlalu banyak layan biawak sekeliling.Akhirnya stop, berhenti di tengah jalan..TETAPI.andai anda berjaya hadapi segala ujian..maka anda akan naik ke fasa keempat.

4) Fasa  Bangkit dari kegagalan ☺~ Org yg berjaya bangkit dan istiqamah dalam fasa ini ,maka dia akan terus buat tanpa henti..perjalanan bisnes akan kembali stabil dan pasti akan naik ke fasa lima.

5) Fasa KEJAYAAN 😍~ inilah fasa yang dinantikan & didambakan oleh semua usahawan2. Jiwa raga kental dengan segala macam bentuk ujian yg melanda.Lebih tenang menghadapi segala kemungkinan.Ianya akan membuatkan anda berjaya  capai apa sahaja impian, Financial Freedom, bebas mmbeli impian,bebas hutang dan akan trus bersemangat melahirkn usahawan2 baru tanpa henti.

So , teruskan sahabat.Jangan stuck di fasa ketiga..bangkitlah dan teruskan melangkah kerana kejayaan amat hampir dgn insan yg berusaha tnpa henti!!

Salam menuju impian.

#kekalkn aura postif
#fokus ..n set mind ape yg NAK...bayangkn...

Friday, March 3, 2017

Microsoft office

Pagi tadi ada budak gi interview as a despatch boy kat opis.

Bos tanya dia,

"Awak tahu Microsoft Office...?"

Mamat tu jawap

"Kalau bos bagi alamatnya saya boleh cari... KL  ni bukan besar sangat pun..."