Sunday, August 28, 2016

Kolestrol

Saya bersetuju dgn kata2 rakan saya Dr Norman Norawi.

"Masyarakat menjadi keliru kerana sentiasa diberitahu bahawa makanan yang sihat adalah makanan yang rendah kolesterol dan rendah kalori semata-mata. Sedangkan hakikatnya makanan yang menyebabkan keradangan tiada kena mengena dengan kandungan kolesterol di dalamnya.

Makanan seperti telur terutamanya telur kuning dikatakan tidak sihat kerana kandungan kolesterol sedangkan kuning telur mengandungi beta karotin yang merupakan bahan anti keradangan.

Oleh kerana itu apabila kajian ke atas telur secara terus dijalankan didapati ia tidak meningkatkan risiko penyakit jantung. Sedangkan makanan seperti gula dan lemak trans (marjerin, krimer) yang menyebabkan keradangan meningkatkan risiko kardiovaskular secara terus tetapi susah di fahami oleh sesetengah ahli kesihatan yang hanya memahami konsep kiraan kalori dan kolesterol.

Masyarakat perlu didedahkan dengan punca sebenarnya penyakit-penyakit kronik untuk mereka mengambil langkah-langkah pencegahan yang betul. Situasi semasa yang kita lihat hari ini dengan pelbagai penyakit kronik yang melanda masyarakat kita seperti wabak yang amat sukar dibendung adalah berpunca daripada salah faham tentang konsep sebenar penyakit terjadi dan kaedah yang pencegahan yang sebenarnya.

Yang lebih malang apabila ahli kesihatan sendiri dilihat keliru dengan konsep ini kerana tiadanya pendedahan tentang perkembangan kajian-kajian terbaru disamping tiadanya subjek perubatan nutrisi (Nutritional Medicine) yang diajar secara khusus kepada mereka. Subjek ini amat penting dan kritikal kepada semua masyarakat terutamanya ahli-ahli kesihatan untuk membendung masalah kesihatan yang semakin menular sekarang.

Ia sepatutnya dijadikan subjek dalam pengajian perubatan untuk semua ahli perubatan daripada doktor, jururawat, paramedik hinggalah kakitangan kesihatan keseluruhannya. Insyaallah"

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS (Man), MSc(UCSI), FAGE (MAHE)
+60 196667250
PERDIM, Melaka

No comments:

Post a Comment