Wednesday, May 25, 2016

Kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh

Ada suatu kisah tentang kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh di YouTube yang diceritakan oleh Mufti Menk mengenai Sultan ini yang mahu menguji tenteranya selepas memenangi peperangan.

Beliau berpura-pura menjadi orang biasa dan terus mahu membeli barangan di pasar. Sultan bertanya kepada kedai pertama,

“Aku mahu membeli keju, susu dan madu, boleh kamu jualkan kepada aku?”

Tuan kedai pertama itu menjawab, “Aku jualkan kamu keju, cuma susu dan madu kamu belilah di kedai  sahabat aku yang lain pula. Aku juga mahu dia membuat jualan seperti aku hari ini”

Kemudian, Sultan Muhammad terus ke kedai yang ke-dua. Lalu Sultan bertanya lagi “Aku mahu membeli susu dan madu, bolehkah kamu menjualkan kepada aku?”

Lalu pekedai itu menjawab, “Aku jualkan kamu susu, untuk madu kamu perlu dapatkan di kedai sahabat aku yang lain pula. Aku juga mahu dia membuat jualan seperti aku hari ini”

Lalu Sultan Muhammad berkata, “Subhanallah! Dengan akhlak yang menyayangi sesama muslim yang ada pada tenteranya ini, bukan sahaja mereka dapat menawan Kota Konstatinople, tetapi boleh menguasai dunia. Dan dengan akhlak “brotherhood” inilah Allah memakbulkan usaha dan doa mereka.

***

No comments:

Post a Comment