Friday, March 16, 2012

Ayam Juga Mengalami Kitaran Haid?

By

China – Ayam sedang mengalami kitaran haid, itu penjelasan tidak munasabah yang diberikan oleh sebuah syarikat pembekal telur ayam selepas seorang pengguna mengadu telur yang dibekalkan itu mengandungi tompokan darah.

Pengguna itu, Bai telah membuat aduan kepada jabatan pengguna bahawa putih telur itu dikesan mengandungi tompokan darah.

Telur-telur tersebut dibelinya di sebuah pasar raya.

Apabila aduan dikemukakan kepada pasar raya berkenaan, Bai telah dimaklumkan bahawa adalah normal bagi putih telur mengandungi tompokan darah kerana ia dihasilkan oleh ayam yang diberi makan serangga.

Sebab itulah, kata jurucakap pasar raya tersebut, telur itu dilabel sebagai `telur serangga’.

Namun Bai mendapat jawapan paling mengejutkan daripada syarikat yang membekalkan telur berkenaan, Rensun bahawa telur itu dihasilkan oleh ayam yang sedang mengalami haid.

Bagaimanapun penjelasan Rensun itu tidak diterima oleh jabatan pengguna.

Sementara itu, seorang penyelidik di Universiti Pertanian Beijing, Ji Haifeng menerangkan ayam tidak boleh mengalami haid sebaliknya keadaan itu berlaku disebabkan binatang itu dipercayai mengalami jangkitan virus.

Haifeng turut memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak makan telur itu.

sumber: mynewshub.my

No comments:

Post a Comment