Wednesday, November 14, 2018

TANDA-TANDA ORANG NEGATIF

Kurang percaya diri, rasa keseorangan, rasa sedih ketika ditimpa malapetaka, tidak percaya pada orang lain dan sentiasa rasa gelisah adalah perasaan yang biasa kita alami. Ia datang sesekali. Bagi orang yang negatif, ia berlaku setiap masa.

Bagi sebagai orang yang positif, kita tidak  membiarkan perasan-perasan ini mempengaruhi hidup kita. Bagi orang negatif, mereka tidak mampu mengeluarkan perasaan ini walaupun telah diberikan hujah dan alasan secara logik.

Apabila kita berfikiran negatif, cepat-cepat perbetulkan fikiran tersebut dengan menggantikan dengan sesuatu yang positif. Orang negatif tidak mampu melakukan perkara ini.

Ramai di antara kita yang tidak menyedari bahawa mereka mempunyai sifat  negatif dan tidak tahu bahawa sifat-sifat tersebut boleh merosakkan hubungan dengan orang sekeliling.

Jom kita audit diri kita jika kita ada sifat atau pemikiran negatif.

1. Selalu khuatir

Kehidupan orang yang negatif selalu dilanda rasa kekuatiran sehingga mereka rasa tidak selamat dan perlu dilindungi oleh orang lain atau sesuatu lain. Sebagai contoh rasa selamat jika berkawan dengan seorang doktor atau ada klinik berada berhampiran dengan rumah mereka. Atau rasa selamat jika ada kenalan seorang polis, dan rumah dekat dengan balai bomba dan balai polis.

2. Mereka akan cuba untuk memberitahu apa yang kita perlu lakukan dengan bersungguh-sungguh.

Ketika seseorang memberitahu kita tentang apa yang harus kita lakukan di hidup kita dengan bersungguh-sungguh, mungkin orang ini berfikiran negatif.

Contoh menyuruh kita membeli kereta mewah di luar kemampuan kita dan melabel kita dengan orang yang lemah jika kita tidak mengikut kata mereka.

Seolah-olah kalau kita tidak menukar kepada kereta mewah, kita akan berada dalam bahaya dan kehinaan.

3. Mereka lebih suka hidup merana dan tidak mahu berubah.

Orang berfikiran negatif ini adalah orang yang mempunyai masalah di bahagian otak yang disebut amigdala yang berfungsi sebagai alarm. Masalah alarm ini terus dikeluarkan walaupun tiada tanda-tanda bahaya. Alarm ini semakin kuat apabila mereka melihat ada sesuatu yang bahaya, dan mendengar berita buruk yang berlaku pada orang lain.

Orang yang positif akan berfikiran rasional untuk mengimbangi perasan ini. Tetapi orang negatif tidak mampu menjadi lebih rasional. Mereka merasa semua musibah yang berlaku adalah penghujung kehidupan. Pada ada seribu satu cara untuk menyelesaikannya.

4. Mereka hidup dalam kerahasiaan

Bila kita jumpa orang negatif dalam satu majlis, mereka akan bercakap perkara yang membosankan. Mereka akan takut untuk bercerita tentang diri mereka. Mereka mengelak dari bercerita tentang diri mereka.

Mereka akan mengelakkan diri dengan bercakap (bergosip) tentang orang lain. Yang jelas semua gosip yang dibawa adalah berita buruk saja, tiada berita yang baik. Semua orang salah, semua orang tidak betul. Mereka jarang kongsikan sesuatu yang positif.

5. Mereka selalu pesimis

Orang yang negatif jarang membayangkan hasil yang baik atau yang besar. Mereka selalu membayangkan bahawa segala sesuatu yang telah mereka lakukan akan menjadi suatu masalah, mendatangkan musibah atau mendatangkan bahaya.

Mereka akan menunggu-nunggu sesuatu yang benar-benar dirasakan selamat untuk melakukan sesuatu.

6. Mereka tidak boleh menerima musibah dengan rasa berlapang dada.

Orang yang negatif suka bercerita hal-hal yang buruk tentang orang lain. Contohnya dia akan bercakap "Apakah dengar kisah buruk tentang orang A”. Setelah itu mereka akan bercerita secara terperinci berita malang itu. Yang menyedihkan adalah mereka terkesan berlebih-lebihan mencerita berita malang itu sehingga mempengaruhi si pendengar (kita) pada hal ia tidaklah seteruk seperti yang diceritakan.

7. Mereka memiliki jiwa yang sangat sensitif

Mereka yang berfikiran negatif cenderung memiliki hati yang terlalu sensitif  terhadap kritikan, bahkan mengambil pujian dengan cara yang salah. Mereka menafsirkan pujian ikhlas sebagai suatu sindiran atau penghinaan, kerana mereka sudah biasa menghina orang lain dengan cara sinndiran yang sama.

Sebagai contoh, pujian "suara awak sedap" sama erti dengan "suara awak tak sedap", sebab mengambil pujian sebagai sindiran.

8. Mereka banyak mengeluh

Orang yang negatif selalu banyak mengeluh. Mereka berasa mereka adalah mangsa keadaan. Mereka berasa mereka adalah bos yang pemarah, kawan-kawan yang pemalas, adik beradik yang tidak membantu atau suami yang tidak bertanggungjawab. Memang sesetengah alasan yang diberikan boleh diterima, tetapi jika mereka menyalahan semua orang, berkemungkinan mereka adalah orang yang nagatif.

9. Mereka tidak pernah cuba untuk keluar dari zon selesa.

Apabila melakukan sesuatu di luar kebiasaan, ia seperti melakukan sesuatu yang mengaibkan. Baju yang dipakai mungkin serupa saja setiap hari. Fesyen dan warna yang sama. Tanpa sebarang alasan atau sebab yang kukuh, mereka suka melakukan perkara yang sama berulang-uang setiap hari.

Mereka takut melakukan sesuatu yang berlainan, atau melakukan sesuatu yang lebih sukar (untuk mendapat kejayaan yang lebih besar). Mereka tidak boleh  menghadapi perasan ketakutan, mereka mudah rasa tidak selesa, mereka tak sanggup menghadapi cabaran dan takut jika berhadapan kegagalan (pada hal mereka belum mencuba)

10. Mereka menyukai perkataan “tetapi” dalam perbualan.

Seseorang yang berfikiran negatif apabila mengatakan sesuatu yang positif atau memberikan sebuah pujian, akan menyambung perkataan "tetapi".

Contohnya dia akan berkata "saya suka melihat awak berpakaian cantik begini, tetapi..  "  Perkataan tetapi menukarkan ayat positif menjadi ayat negatif.

11. Mereka adalah orang yang kurang berprestasi

Kurang berprestasi boleh disebabkan oleh banyak faktor, tetapi berfikiran negatif adalah faktor utamanya. Orang yang negatif umumnya selalu berfikir  mereka tidak cukup pintar, tidak berbakat atau tidak cukup baik. Masalah utama mereka ialah mereka adalah mereka tidak berfikiran rasional. Pada mereka berfikiran negatif lebih mudah dari berfikiran secara logik.

12. Mereka tidak bersemangat ketika merancang masa depan

Pernahkan kita melihat orang-orang yang berfikiran negatif tidak dapat berbicara tentang rancangan masa depan dengan cara yang positif? Sebenarnya, mereka jarang membicarakan tentang rancangan masa depan kerana  mereka terlalu sibuk untuk mengurus "penderitaan" mereka sekarang.

Sebagai orang yang positif, kita tentu memiliki impian. Kita mempunyai rancangan masa depan. Orang yag negatif akan berasa mereka tidak layak untuk berjaya, mereka rasa tidak layak mempunyai rancangan untuk berjaya pada masa depan.

13. Mereka menghabiskan tenaga kita

Mereka sudah biasa dengan keadaan negatif. Bagi mereka hidup dalam rasa takut, kebimbangan dan kerisauan adalah suatu yang biasa. bila mereka bersama kita, rasa takut, bimbang dan risau juga akan menghantui kita. Maka kita akan berada dalam keadaan tertekan dan tidak dapat memikir secara rasional. Ini semua akan menyebabkan tenaga kita akan keluar dan menyebabkan kita penat.

14. Mereka kehilangan semua hal yang baik didalam hidupnya

Orang yang negatif tidak pernah mengenal sifat sukacita, gairah, kepuasan dan kegembiraan. Mereka akan kehilangan semua pekara yang baik dan hidup mereka sepanjang hidup. Ini akan mendukacitakan mereka dan mengukuhkan anggapan bahawa mereka sentiasa bernasib malang.

15. Mereka akan memberikan penilaian  negatif didalam khabar gembira.

Kita sangat berpuashati dengan pencapaian kita. Kita mahu berkongsi kegembiraan pada semua orang. Bila sampai pada orang yang negatif, mereka akan menjadi berita gembira itu menjadi berita duka. Dia akan membuatkan kita rasa apa yang kita buat adalah sesuatu yang tidak berguna.

Orang negatif mempunyai satu, dua atau keseluruhan sifat di atas. Mereka mempunyai tahap yang pelbagai. Ada yang terlalu teruk dan ada yang ringan.

Bolehkah mereka yang berfikiran negatif ini boleh berubah? Mungkin boleh jika mereka rasa ingin berubah. Mereka mendapat hidayah bahawa sifat negatif mereka adalah sifat yang perlu diubah segera.

Jika mereka tidak mahu berubah, dan menganggap apa yang mereka buat dan rasa adalah suatu yang betul, maka mereka tidaka akan mampu berubah.

Tiada kaunselor yang mampu mengubah keadaan ini, kecuali mereka sendiri yang ingin berubah.

#inspirasidrzubaidi

No comments:

Post a Comment