Sunday, January 28, 2018

Posidur tarik kereta

Hati2 kes ni terjadi kat saya hari ni: 25.1.2018.

+-2.00pm saya berhenti depan Kedai Tayar dekat hotel vistana  Penang utk repair tayar kereta Anak.
Satu kelisa merah bertampal pelbagai sticker ikut berhenti di belakang Waja saya.
Seorang lelaki dari kereta tu datang bagi tau saya nombor Waja ni keluar dlm computer dia.nak kena tarik.
Saya tanya bank mana?, dia tak tau jawab.
Saya minta srt bank, dia tak ada.
Berapa bulan tak bayar ? Dia tak tau, dia kata dia tembak dlm komputer saja...
Saya tanya, kad kuasa kpdnkk ada ka? Ada(memang dia gantung kat leher.
Tu kawan dlm kereta tu ada kad ka? Dia kata ada.
Saya kata kat dia:
"Waja ni dah habih bayar bertahun dah.
Hang pi ambik srt dari bank dulu  lepas tu mai balik."(memang bank tak akan keluar srt dah).
Saya kata lagi: "hang jgn buat kerja mcm ni. Aku tau , hangpa nak ugut orang.bila orang panik hangpa minta 2-3 ratus, konon pasal hangpa dah dtg..tipu semua tu."
Dia senyap.
Saya kata:  "Yg dlm kereta tu genster ka. Awat tak turun sekali. Kalau dia turun saya nak bawa pi balai, tarik kereta guna gengstar. Hang peras ugut orang kat tepi jalan..la nak tunggu radio car datang ka? Atau nak belah? Saya
tanya dia...
Last2 dia minta maaf, dia kata dia tak mau gaduh,dia cakap baik2...mungkin bank salah maklumat. Saya kata:" bank tak salah . hang yang nak pekena orang..."
Dia kata : "tak pa pakcik..kami belah, minta maaf pakcik..sorry."
Depa pun cabut..😃

Semua Yg dlm group ni hati2, kes mcm ni dh kena kat saya dua Kali,  kat shell dekat sun shine sekali(tahun lepas).ini kali kedua.

Panduan :
1.penarik kereta mesti ada kad kuasa KPDNKK.Setiap Org.tak blh bawa gangster.
2.Surat arahan bank.
3.Hari bekerja.hari cuti am tak boleh tarik.
4.kereta mesti di tempat awam.dlm kawasan persendirian(berpagar ) tak boleh.
5. Jika rasa cemas bunyikan honk atau tiup wisel.utk tarik perhatian.
6. Jika sempat ambil nombor kad KPDNKK, No.kereta (sudah pasti palsu).

Syed Baharuddin Baharuddin

No comments:

Post a Comment