Friday, November 3, 2017

Bila dah berumur 50 tahun

Kepada semua saudara2 teman2 yg sudah mencapai umur 50an dan 60+

Ini ada beberapa
nasihat yg baik yang boleh dipraktikkan.

mulai hari ini kita perlu berkongsi dan lakukannya demi kehidupan yang lebih bahagia.

# nasihat pertama

• cubalah berbekam sekali setahun walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan.

# nasihat kedua

• banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

# nasihat ketiga

• cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

# nasihat keempat

• kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

# nasihat kelima

• jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh temeh.

# nasihat keenam

• biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

# nasihat ketujuh

• jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

# nasihat kelapan

• banyakkan gurau senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.

# nasihat kesembilan

• banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

# nasihat kesepuluh

• bersedekah,berzakat  dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke jalan fisabillilah semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak.In syaa Allah..

# nasihat kesebelas

• makanlah makanan sunnah.. dengan usia dalam lingkungan  ini macam2 penyakit mengejut boleh datang.Ingatlah orang yang tersayang..Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua..

Renung2kan dan selamat beramal serta semoga beroleh manafaat

kurangkan gula dalam minuman..
tambahkan manis dalam senyuman..

No comments:

Post a Comment