Wednesday, January 6, 2016

KES DIFTERIA DI MALAYSIA

From the Desk of the Director General of Health Malaysia
A nation working together for better health
NAVIGATION
Skip to content
Kenyataan Akhbar KPK 5 Jan 2016: Kes Difteria Di Malaysia
Posted on January 5, 2016 by DG of Health
KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

KES DIFTERIA DI MALAYSIA

Bakteria Corynebacterium diphtheria
Pada awal November 2015, satu kes difteria dilaporkan berlaku di Kampung Bukit Malut, Langkawi, Kedah. Kes berumur lapan (8) tahun dan tidak menerima imunisasi difteria. Beliau meninggal dunia kerana komplikasi jangkitan. Semua kontak rapat diperiksa dan didapati hanya seorang (1) dengan gejala yang disahkan dijangkiti difteria. Kedah juga pernah melaporkan satu kes kematian difteria yang berlaku di Kampung Bikan, Kulim pada Disember 2014. Kes ini tidak mendapat suntikan lengkap imunisasi difteria.

Difteria disebabkan oleh jangkitan bakteria Corynebacterium diphtheria. Ia tersebar melalui titisan cecair pernafasan. Bakteria ini akan menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas. Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis).

Diphtheria is fatal in 5 – 10% of cases, with a higher mortality rate in young children. Read more here

Sejak pelalian difteria dimasukkan ke dalam Program Imunisasi Kanak-kanak Kebangsaan pada tahun 1972, kejadian penyakit difteria telah menurun dengan sangat drastik. Dalam tempoh lima (5) tahun kebelakangan ini, bilangan kes difteria yang paling tinggi di Malaysia adalah pada tahun 2013, iaitu empat (4) kes termasuk dua (2) kematian dilaporkan dengan kadar insiden 0.01 per 100,000 penduduk.

Pada masa kini, imunisasi difteria terkandung dalam vaksin lima (5) serangkai, DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenza Type B). Ia diberikan pada umur 2, 3 dan 5 bulan sebagai prime dose (dos utama) dan 18 bulan sebagai dos tambahan. Liputan imunisasi yang melebihi 95% dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini. Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan.

Community Immunity (“Herd” Immunity). Infographic source: National Institute of Allergy and Infectious Disease, USA

Di Malaysia, pesakit yang disyaki difteria akan diberi antitoksin dengan segera tanpa menunggu keputusan ujian makmal kerana sebaran toksin ke seluruh tubuh boleh mengancam nyawa. Lazimnya seorang kes difteria memerlukan tujuh (7) hingga lapan (8) vial antitoksin dengan kos RM500 per vial; berbanding dengan kos vaksin hanya RM34 satu dos dan dapat melindungi daripada lima (5) jenis penyakit.

Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang sangat tinggi. Ia menunjukkan betapa bahayanya penyakit ini dan betapa mustahaknya kanak-kanak diberi imunisasi difteria. Justeru, ibubapa disarankan untuk memastikan anak mereka telah mendapat imunisasi lima (5) serangkai prime dos yang lengkap. Tindakan bijak kita akan menyelamatkan anak-anak daripada komplikasi

No comments:

Post a Comment