Tuesday, February 10, 2015

2 PERKARA

DUA PERKARA YANG PERLU KITA DAPATKAN  KETIKA DI DUNIA INI TIADA PERKARA YANG LEBIH UTAMA DARIPADA2 PERKARA INI.

Kita hidup di atas permukaan bumi Allah سبحانه وتعالى adalah tidak lain tidak bukan adalah untuk mendapatkan 2 perkara.

1)Yang pertama adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mendapatkan redha Allah سبحانه وتعالى.Kalau ada orang-orang yang niatnya selain untuk mendapatkan redha Allah maka kena betulkan balik imannya,kena betulkan balil fahamannya.

Kerana tiada matlamat utama dalam kehidupan kita kecuali untuk memperolehi redha Allah سبحانه وتعالى.Kalaulah seseorang itu tahu akan MAHALNYA REDHA ALLAH  سبحانه وتعالى.

Maka pasti dia akan jual ataupun melepaskan apa sahaja yang dia miliki Baik itu harta,pangkat,takhta apa sahaja demi untuk mencapai keredhaan Allah سبحانه وتعالى.

Kerana mahalnya redha Allah  سبحانه وتعالى ini.

Sebab itu Baginda Rasulullah ﷺ ketika mana berdakwah ke Thoif dan dakwah Baginda ﷺ ditolak oleh pemimpin-pemimpin Thoif.

Bahkan lebih dahsyat ketika Nabi ﷺ datang bersama dengan Zaid Bin Haritsah Radhiyallahu'Anhu berjumpa dengan pemimpin-pemimpin Thoif.Kemudian mereka menolak dakwah Baginda Rasulullah ﷺ dan menyuruh budak-budak Thoif untuk berbaris membuat satu lorong yang kiri kanannya ada budak-budak.

Sepertimana untuk menyambut pemimpin-pemimpin.Untuk apa?Adakah untuk menerima dakwah Rasulullah ﷺ dan menyambut kedatangan Baginda Rasulullah ﷺ?Tidak!!!

Tetapi untuk menyakiti Nabi ﷺ dengan apabila Nabi ﷺ melalui jalan itu maka budak-budak itu akan membaling batu ke arah Nabi ﷺ.

Bayangkan apa yang dihadapi oleh Baginda Rasulullah ﷺ demi untuk menyampaikan dakwah kepada kita.Pernahkah kita bersusah payah demi Baginda Rasulullah ﷺ?(Muhasabah Diri)

Sehingga kata Saidina Zaid Bin Haritsah "Aku cuba untuk mempertahankan Nabi ﷺ dengan aku mengengelingi kepada Nabi ﷺ.Akan tetapi masih tidak berupaya untuk melindungi Nabi ﷺ dan akhirnya mengenai Nabi ﷺ.

Sehingga berdarah kaki Nabi ﷺ.Di dalam riwayat mengatakan bahawa "Darah yang keluar daripada kaki Nabi ﷺ itu membasahi daripada sepahtu/selipar Baginda Rasulullah ﷺ.

Sehingga Nabi ﷺ berjalan berbunyi-bunyi disebabkan percikan daripada darah tersebut.

Kemudian ketika Nabi ﷺ duduk di sepohon  pokok anggur.Apa doa Nabi ﷺ?

Nabi ﷺ mengatakan "Ya Allah.Kalaulah apa yang aku hadapi ini.Baik itu daripada musibah,dibaling oleh batu,hinaan apa pun.........Dan kalau perlu semua ini untuk aku mendapatkan redha Mu Ya Allah maka aku mengharapkan keredhaan Mu Ya Allah.

Kerana redha Mu adalah segala-galanya bagi aku.Lihat bagaimana besarnya redha Allah.Begitu jugalah kita yang hidup di atas muka bumi ini adalah tidak lain tidak bukan adalah untuk mengharapkan keredhaan Allah سبحانه وتعالى.

2)Yang kedua adalah supaya kita mencapai matlamat yang paling utama iaitu AKHIRAT kerana dunia ini bukanlah matlamat kita.Dunia ini hanyalah sementara sahaja.Tidak kekal.

Sebagaimana harta yang kita kumpul,yang kita miliki.Sebesar mana rumah yang kita ada.Semuanya akan kita tinggalkan kelak.Semuanya akan musnah.Akan tetapi AKHIRAT adalah kekal abadi.

Sepertimana yang diriwayatkan di dalam hadis "Setiap orang itu disediakan rumahnya di dalam Syurga.Apabila ia dimasukkan ke dalam Neraka maka rumah itu akan diwarisi kepada orang lain."

Rumah kita di dunia ini apabila kita meninggal dunia pasti akan diwarisi kepada orang lain.Akan tetapi yang perlu kita jaga adalah jangan sampai rumah kita di Syurga itu diwarisi kepada orang lain.

Tiada ibadah yang untuk mendapatkan redha Allah,kesejahteraan dan keselamatan di akhirat kecuali Allah Taala sudah memberitahu kepada kita caranya.

Allah سبحانه وتعالى berfirman di dalam Al-Quran "Sesungguhnya pada Muhammad ﷺ itu Uswatun Hasanah iaitu sebagai contoh ikutan,tauladan yang baik.Untuk siapa?Untuk orang-orang yang nak mendapatkan redha Allah.

Tiada jalan untuk mendapatkan redha Allah kecuali menjadikan Nabi ﷺ itu sebagai satu tauladan.Dan tiada jalan lain untuk sampai di akhirat kecuali menjadikan Nabi ﷺ sebagai contoh tauladan ikutan kita.Dan bagi mereka yang banyak mengingati Allah Taala.

Tiada contoh yang lebih baik kecuali Nabi kita Baginda Rasulullah ﷺ.

Perbanyakan selawat dan salam kepada Baginda Rasulullah ﷺ kerana ianya tidak akan sia-sia kerana pasti ianya adalah sinar cahaya daripada Allah di Yaumul Qiyamah kelak.

#MutiaraKata[AL-HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL-KHERED]

No comments:

Post a Comment