Rupanya KOPI juga bermanfaat untuk
menangkap tikus.
Bahan : Kopi 434
Cara :
1. Siapkan kira-kira 2 sudu serbuk kopi.
2. Carilah lubang tempat persembunyian
tikus.
3. Masukkan/taburkan serbuk kopi
kedalam lubang tersebut.
4.Tikus yg sembunyi akan muncul
kepalanya, kerana dia akan bertanya
kepada anda...
"Kopi saja..air panasnya mana ?
5. Segera siramkan air panas ke kepala
tikus.
Selamat mencuba.. semoga berhasil..
Tuesday, January 26, 2016
PETUA HALAU TIKUS DI RUMAH
Wednesday, January 20, 2016
ANAK YANG BAIK
Seorang anak berusia 6 tahun sedang seronok tengok movie tentang Maharaja China zaman Ming Dynasty.
Selepas tengok filem tu, anak kecik kata, "Mak, adik pun nak jadi macam Maharaja. Ada 7 bini. Seorang boleh masak untuk adik, seorang boleh bacakan buku cerita untuk adik, seorang boleh bawa adik jalan2, seorang boleh mandikan adik...blah..blah..."
Si ibu tersenyum seraya berkata, "Kalau macam tu tak payah la mak tidur dan temankan adik lagi malam2 yea?!
Si anak termenung sejenak dan jawab, "Alaaaa tak boleh la camtu. Adik nak tidur dengan mak!"
Dengan serta merta titisan airmata si ibu mengenangi kelopak mata kegembiraan, dan si ibu berkata, "Alhamdulillah, anak yang baik!"
"Tapi siapa nak tidur dengan bini bini adik yang 7 orang tu nanti?", sindir si ibu sambil tersenyum.
"Takpe" jawab si anak, "diaorang boleh tidur dengan ayah!"
Terus bergenang airmata di pipi si ayah.....penuh kegembiraan, dan berkata, "Anak yang baikkkk!!"....😁😁😁
Sunday, January 17, 2016
Amanah 20 sen
"Seorang imam masjid di London biasa naik bas untuk ke mana mana...
Suatu hari dia membayar tambang bas,, lalu segera duduk setelah menerima baki dari pemandu bas tersebut..
Setelah dia mengira,, ternyata wang baki dari pemandu itu terlebih 20 sen... Ada niat di hati sang imam untuk mengembalikan baki duit yang terlebih itu kerana memang bukan haknya...
Namun terlintas pula dalam fikirannya untuk tidak mengembalikannya.. hanya kerana memikirkan itu hanya wang kecil yang tak begitu bernilai.. Umumnya orang juga tidak mengambil peduli dalam hal begini... lagipun itu tidak akan membuat pemandu bas miskin...
Kemudian bas berhenti di sebuah perhentian bas untuk menurunkan sang imam... Tiba-tiba sang imam berhenti sejenak sebelum keluar dari bas,, sambil menyerahkan wang 20 sen kepada pemandu dan berkata:
"Ini wang anda,, baki wang saya yang anda pulangkan tadi terlebih 20 sen.. Ini bukan hak saya.."
Si pemandu mengambilnya dengan tersenyum dan berkata:
"Bukankah anda imam baru di kota ini?? Saya sudah lama berfikir untuk mendatangi masjid anda demi mengenal lebih jauh tentang Islam,, maka sengaja saya menguji anda dengan memberi wang baki yang lebih dari sepatutnya... Saya ingin tahu sikap anda.."
Saat sang imam turun dari bas,, kedua lututnya terasa menggeletar dan hampir jatuh ke tanah,, hingga dia memegang tiang yang berdekat dengannya dan bersandar... Pandangannya menatap ke langit dan berkata:
"Ya Allah,, hampir saja saya menjual Islam hanya dengan 20 sen saja..."
(Al-Brithani wa amaanatul Imam,,Ahmad Khalid al-Utaiby)
Maka berdakwah tak hanya dengan dalil,, tapi juga dengan akhlak,, agar jangan sampai orang lain menjauh dari Islam kerana perilaku kita yang tidak selaras dengan apa yang diajarkan Islam...ambillah ibrah dari cerita di atas...
Thursday, January 7, 2016
Life Is Like A Cup Of Coffee
Sekumpulan bekas pelajar yang sudah berjaya di dalam kerjaya masing-masing telah berkumpul untuk melawat pensyarah universiti yang pernah mengajar mereka. Mereka berasa gembira kerana dapat bersua sesama mereka setelah lama tidak berjumpa, apatah lagi dapat menemui pensyarah universiti yang selama ini telah banyak membantu mereka ketika menuntut ilmu di universiti yang menatijahkan kerjaya yang baik buat mereka.
Setelah lama berbual, timbullah beberapa rungutan tentang tekanan di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian yang disuarakan oleh beberapa bekas pelajar ini. Pensyarah itu hanya mendengar dan kemudian beliau ke dapur untuk menyediakan minuman kopi untuk tetamu-tetamunya.
Beliau kemudiannya keluar dengan membawa satu bekas besar yang berisi minuman kopi dan beberapa jenis cawan. Ada cawan yang diperbuat daripada porselin, plastik, kaca dan kristal. Ada cawan yang kelihatan ringkas sahaja. Ada yang nampak murah. Dan ada juga yang kelihatan mahal dan sangat cantik.
Pensyarah itu mempelawa tetamu-tetamunya agar melayan-diri. Masing-masing pergi ke meja tempat dihidangkan minuman kopi itu dan menuangkan sendiri ke dalam cawan yang berbagai-bagai bentuk, warna dan buatannya itu. Setelah semuanya mengambil secawan kopi, pensyarah itu berkata:
“Jika anda perasan, kesemua cawan-cawan yang kelihatan cantik dan mahal telah pun diambil, tetapi cawan-cawan yang ringkas dan nampak murah tiada sesiapa yang mahu mengambilnya. Biasalah tu, memang semua nakkan yang terbaik untuk diri sendiri kan…”
Beliau kemudian menyambung.
“Itulah puncanya kepada masalah-masalah anda. Dan itulah sebabnya kenapa anda berasa tertekan dengan kerjaya dan kehidupan.”
“Saya pasti, cawan-cawan itu tidak memberikan apa-apa nilai kepada kopi yang anda minum. Dalam beberapa situasi, cawan-cawan itu hanya membuatkan kopi yang diminum itu lebih mahal harganya. Dan di dalam situasi yang lain, cawan itu malah menyorokkan apa yang kita minum.”
“Apa yang anda semua betul-betul mahukan adalah minuman kopi itu. Bukan cawannya. Tetapi anda tetap mahukan cawan yang terbaik sifatnya, dan kemudian anda memandang dan menjeling ke arah cawan kawan-kawan anda untuk melihat siapakah yang memiliki cawan yang paling cantik atau paling bagus.”
“Sekarang, cuba anda fikirkan. KEHIDUPAN adalah ibarat kopi. Manakala pekerjaan, wang, pangkat dan kedudukan di dalam masyarakat adalah ibarat cawan. Yang mana ia hanyalah bekas kepada KEHIDUPAN!”
“Rupa dan jenis cawan tidak memberi makna atau mengubah nilai KEHIDUPAN yang sedang kita jalani ini. Kadang-kadang dengan kita hanya menumpukan kepada rupabentuk CAWAN, kita gagal untuk menikmati MINUMAN KOPI itu. Jadi, nikmatilah dan tumpukanlah kepada KOPI itu, bukan CAWANNYA!”
“Manusia yang bahagia bukanlah mereka yang memiliki yang terbaik dalam setiap perkara. Manusia yang bahagia adalah mereka yang sentiasa membuat yang terbaik di dalam setiap perkara.”
“Hiduplah dengan sederhana. Bercakaplah dengan baik, ambil beratlah dengan sungguh-sungguh, berkasih sayanglah, bermurah hatilah… dan hayatilah kehidupan ini dengan penuh makna. Jangan terlalu ditumpukan kepada aksesori kehidupan.”
Mudah-mudahan kalian dapat memahami mesej yang cuba disampaikan oleh tulisan di atas.
Tulisan di atas telah saya terjemah dan sunting dari video ‘Life Is Like A Cup Of Coffee’ yang dipetik dari spiritual-short-stories.com. Penulis asalnya tidak diketahui.